Wednesday, June 29, 2011

Wajar ke Jemputan Kenduri Kahwin Melalui Facebook?

Salam buat semua pembaca..

Facebook atau dalam bahasa melayunya adalah muka buku adalah satu medium sosial yang paling famous dalam abad ni terutamnya di Malaysia. Dalam 1000 org rakyat Malaysia, nak jumpa 10 org yang tak ada accaunt FB memang agak susah..Susah bererti masih ada yang tidak mempunyai acco Fb..Mungkin atas pelbagai sebab mengapa acc FB tak digunakan.

Oleh yang demikian, sebarang hebahan mahupun event semuanya nak guna account Fb..Baru-baru ni berkesempatan untuk ke GLC Open Day di KLCC, kebanyakkan company rata-ratanya berlumba-lumba untuk
mengumpulkan bilangan like yang banyak untuk suport page diorang..Tapi, itu tak kesah la..Mungkin ini merupakan part of business strategy..

ok..Berbalik kepada tajuk, wajar ke kenduri kahwin dijemput melalui FB? My personal oppinion adalah tidak wajar..Sebabnya rasa seperti ajak-ajak ayam sahaja..Maksudnya, kalau kita tak buka FB atau tak mempunyai
Fb memang harapan yang sangat tinggi untuk kita tak tahu tentang majlis perkahwinan tu..

Betul, memang tidak dinafikan sebab nak menjimatkan kos dan juga menggunakan teknologi yang ada, tapi dengan cara tu macam tak relevant dan tidak sesuai untuk sesetengah pihak..Mungkin ada sesetengah pihak boleh terima, tapi ada jugak yang tak boleh terima..

Tapi,Kalau nak guna FB jugak, saya mencadangkan untuk direct message kepada acc FB orang yang nak dijempu tu..Berbalik kepada kita jugak, kalau kita betul2 nak jemput orang datang kenduri kita, apa salahnya jemput betul2..Email direct ke, hantar kad ke..Jangan sampai nak jimatkan kos, pastu ramai yang tak datang..Ok.Tapi mungkin pendapat anda lain pada saya..Lain orang ain pandagan dia kan?

Apa kata anda? 



14 comments:

Kujie said...

anak sedara pernah jemput kenduri kawen kepada abang iparnya..kami tak pergi sebb dia jemnput kt fb je

kak jie ni dah pangkat mak2....mcm tak manis je dijemput mcm tu

kalau korang rakan sebaya, kalau rasa rapat, kenal mesra... mgkn pergi kot.

kalau kenal bau2 bacang je, rasa mcm dijemput2 ayam..

syAzAnA said...

ouhh. boleh jeh jemput kt fb. tp, seelok-eloknya bagi lah kad jemputan. ^^

syazwanizrashid said...

saya kata, kita sepatutnya bagi kad jemputan atau apa apa cara lah yang macam orang dulu-dulu guna. invite dekat fb boleh lah dibuat sekadar reminder untuk mereka.

dhiera said...

well, pada saya create event di fb adalah sebahagian daripada cara untuk hebah-hebahkan majlis atau pape event sbb ada sesetengah kawan kita dah lama lost contact dan dapat contact melalui fb. ad juga yang kita memang tak simpan no telefon dia tapi kita masih contact melalui fb. at least, dengan event di fb tu dapat sebar-sebarkan hal majlis.

the most proper way is, create event di fb untuk kumpul alamat kawan-kawan yg kita susah jumpa, xda nombor fon then hantar kad. kalau boleh bg by hand, bg sendiri. kalau perlu pos, kita pos~ tapi create event ni mestilah sebulan 2 sebelum majlis.

rasanya kebanyakan orang jempt utk ke majlis kahwin mereka dengan ikhlas untk sama-sama doakan kebahagian mereka. FB adalah salah satu alternatif untuk hebah-hebah kan majlis.

Alynn Notnot said...

bagi aku tak adil lah, sebab mostly golongan orang tua2 mane ade fb, diorg mane bukak, and probability utk diorg dpt jemputan thru fb sgtla rendah. mmg la nak jimat kos ape semua la tp bagi aku cam tak ikhlas je.

tp aku rasa tak semua org kot mcm ni, certain2 org kontek kat fb utk mintak alamat je then pos kad later on.

well depends on the individual really benda ni.

Nabiel said...

hurmm..
rasanya klu invite pakai fb okeh kot..tpi bg aku tk ckup,klu bleh hntr lah kad..sbb bkn smua owg akn slalu on9 dkt fb tiap2 hari..

eiela said...

saya rasakan, boleh je invite guna fb bleh jimat, tapi ikut kesesuaianlah.

Latest Entri :
Tidur : Kualiti Ke Kuantiti

cimOt said...

boleh je invite through fb..tp kalo family and saudara terdekat proper la sikit jemput face to face or hantar kad..hormat la sket...

SweetyMui2 said...

kalau jemput thru fb macam was2 pulak nak pegi kan.huu better guna kad la.mui nanti nak kad tau dr nabil.hakhak

Nur_cahayamataku said...

secara peribadi saya pun kurang senang dengan jemputan melalui fb ni.nampaknya dah macam jadi trend,apa2 event pun jemput guna fb. Rasanya elok kekalkan cara lama, bagi kad..itu lebih manis dan mesra. Baru nampak ikhlas menjemput.

KiN said...

betul tu...

invite kt fb
1.ssuai sbg remaider je
2.sesuai tuk invite member2 sj
klu invite mmber yg xrapat mlalui fb, nnt de pikir 'eh betul ke de jemput aku ni? de kenal aku lg ke x ni?'
3.xssuai tuk jemput sedara-mare lg2 yg lebih tua. kdg2 dorg senstip sket. seeloknya ada kad jemputan. baru dorg rase dijemput dgn ikhlas. mmg kita ikhlas menjemput org, tp kita xtw apa yg ada dlm hati org lain.

itu pendapat kin la...

::FAIZ FARISH:: said...

ok je kot. but tak best.... klu kad, blh buat design cecantik

^baju kurung^ said...

kalo mak2 ni mmg kompem x pegi. nak kna org tu sdri dtang antr kad. baru beradab.kalo org jauh, baik call.. tp utk kkawan bleh je kot kalo nk jmat

zmah said...

Ada acara atau kenduri kita masih perlu gunakan jemputan secara mulut ke mulut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...