Info K-Pop | Senarai Artis Korea Yang Bunuh Diri



Di sebalik bayangan populariti dan kemewahan yg dipaparkan dunia hiburan, tidak ramai yg tahu isi tersirat di sebalik senyuman yg terukir, juga segala kesengsaraan dan kepayahan yg dilalui dalam mencapai kejayaan.

Korea dicatatkan sebagai negara yg kesebelas tertinggi kadar membunuh diri dan punca utama selalu berkaitan masalah psikiatri. Warga Korea dikatakan begitu berahsia mengenai masalah peribadi sehingga menyebabkan kemurungan.

Antara selebriti popular Korea yg membunuh diri :

1. LEE EUN JU (16 NOVEMBER 1980-22 FEB. 2005)

Dia membunuh diri pada usia 24 tahun di kediamannya di Budang, Seongnam beberapa hari selepas majlis graduasi Universiti Dankook. Dia mengelar pergelangan tangan dan menggantung diri. Keluarga aktres ini mengesyaki kejadian berpunca daripada kemurungan dan insomnia setelah beberapa babak bogel yg dilakonkan menerusi filem The Scarlet Letter. Pelakon ini meninggalkan nota berbunyi ‘ibu,saya minta maaf dan sayangkan ibu. Banyak yg ingin sya lakukan. Biarpun sya tak wujud,namun sya tak benar-benar hidup. Sya tak mahu sesiapa kecewa’.

2. U-NEE (3 MEI 1981-21 JAN. 2007)


Mayat penyanyi popular ini ditemui neneknya dalam keadaan tergantung di pintu kediamannya di Seo-gu Incheon. Ibu U-Nee mengesahkan anaknya menderita akibat tekanan dan kritikan dari laman internet. U-Nee sepatutnya melancarkan album ketiga pada 1 feb. 2007. Timbul kontroversi di Malaysia apabila U-Nee dikatakan sebagai Altantuya Shaariibuu berikutan wajah yg seiras.

3. AHN JAE HWAN (8 JUN 1972-8 SEPTEMBER 2008)

Aktor ini ditemui mati di dalam kereta dan polis melaporkannya sebagai kes bunuh diri. Siasatan menunjukkan kematian berpunca daripada asap selepas mayat aktor ini ditemui di dalam kereta selepas terhidu asap berlebihan daripada orang yg dibakar di dalam kereta. Ahn meninggalkan nota menyatakan rasa cinta kepada isteri yg juga pelakon komedi, Jung Sun-hee yg dikahwini pd November 2007. Lelaki malang ini dibebani hutang yg mencecah jutaan ringgit.

4.CHOI JIN SHIL (24 DISEMBER 1968-2 OKTOBER 2008)

Pelakon berusia 40 tahun ini ditemui menggantung dirinya di bilik air sekitar jam 6.15 pagi. Sebelum kematiannya, Choi menghantar pesanan ringkas kepada rakan rapat untuk menjaga dua anaknya. Choi menghadapi tekanan hebat apabila dituduh terlibat dalam skandal kematian Ahn Jae Hwan. Choi antara pelakon popular sekitar tahun 1990-an dan dikenali menerusi drama Wish Upon A Star pd tahun 1997.

5.JANG JA YUN (25 JANUARI 1980-7 MAC 2009)

Pelakon Boys Over Flowers ini menggantungkan diri di pangsapuri akibat tekanan perasaan. Sebelum kejadian, kakaknya melaporkan aktres itu kerap mengurung diri di dalam bilik. Jang kehilangan ibu bapanya dalam satu kemalangan ketika dia berada di sekolah tinggi. Pada 28 Feb. 2009, Jang meminta bekas pengurusnya Yoo menyerahkan dokumen yg menyatakan dia telah didera secara fizikal dan seksual oleh orang besar di dalam industri. Akibat desakan yg melampau, Yoo juga telah membunuh diri pada 14 Mac.

6. CHOI JIN YOUNG (27 FEBRUARI 1971-29 MAC 2010)

Ditemui mati di kediamannya di Seoul selepas bergelut dengan tekanan dalam jangka masa yg lama. Menurut laporan polis, Choi melilit lehernya dengan wayar elektrik. Mayat ditemui oleh ibunya yg bergegas ke rumah Choi setelah dia tidak menjawab panggilan telefon. Kakaknya, Choi Jin Shil turut membunuh diri pd tahun 2008.

7.PARK YONG HA (12 OGOS 1977-30 JUN 2010)

Penyanyi dan pelakon popular Korea Selatan yg membintangi drama bersiri popular Winter Sonata ini ditemui mati di kediamannya. Sumber melaporkan Park yg ketika itu berusia 33 tahun menggantung diri menggunakan wayar pengecas bateri telefon bimbit. Park sempat menghantar pesanan ringkas meminta maaf kepada ayahnya yg sedang menghidap kenser perut. Aktor ini juga mengambil pil tido kerana menghidap insomnia.

8.PARK HYE SANG (1981-12 NOVEMBER 2010)

Berusia 29 tahun ketika mengambil keputusan menamatkan hidupnya. Tiada sebab jelas dilaporkan berhubung kematiannya, lebih-lebih lagi kerjaya Park sedang memuncak naik ketika itu.

9.SHIN JUNG HWAN

Aktor ini pernah menyatakan niat membunuh diri kepada teman rapatnya selepas terbabit dalam skandal hutang sehingga menjejaskan kariernya dalam industri hiburan. Shin baru saja blik dari Korea pd 20 Januari 2011 selepas ditahan di Filipina pd 13 September 2010 kerana kehilangan duit dan pasportnya selepas kalah dalam berjudi. Namun kes hutang ini selesai selepas teman wanitanya melangsaikan hutangnya. Pd 14 September, Shin meluahkan perasaan kpada teman rapatnya melelui pesanan ringkas yg berbunyi, ‘’Hung, sy bukannya melarikan diri. Apa yg sy mahu hanya berehat sementara drpd pihak media. Sy mahu mati kerana tertekan. Sy tak mampu berdepan masalah ini lagi.’’

10.SONG JI SUN

Yg terbaru, pembaca berita MBC Plus Sport menamatkan nyawanyasendiri dengan terjun dari tingkat 19 kediamannya. Media membuat spekulasi tragedi ini berlaku kerana skandal yg berlaku antara gadis malang itu dengan pemain besbol, Im Tae Hoon. Song membuat pengakuan berpancaraan dgn leleki itu selama setahun enam bulan namun dinafikan Im. Dlam satu catatannya pd 7 Mei lalu, Song menyatakn, ‘’Jika awak tak dpat membawa sy bersama, sekurang-kurangnya berikan sy kekuatan. Hati sy teramat sakit. Sy kini telah mengambilpil tido yg ketiga.’’ Pesanannya yg terakhir pd 21 Mei pula mencatatkan , ‘’Sy benar-benar minta maaf. Sy tak begitu pandai menggunakan komputer jadi sy tak tahu bagaimana untuk memadamkan akaun. Sy ingin minta maaf.’’

From Peminat Korea

9 comments:

Sandra Azwan said...

sungguh menyedihkan sekali!

Ryan Ervan said...

haish~ begitu senang to give up ur life just like that..

My Name is Mar said...

Duit banyak tapi hati tak happy...
Hurmmm...
Apa mahu buat..
Urmmm....

syuwai said...

aiiii.. sadisnyaaa... X(

::FAIZ:: said...

kesian

e k i n said...

Memang sedih! Lagi2 dengan kematian park yong ha. He's great actor. :'(

Hana Soffelia said...

Kesian..

Hana Soffelia said...

Kesian..

Anonymous said...

Semua kan kristian kalau islam insyaalah x jadi macam tu