New Perodua Myvi SE Extreme 2011

Kereta Myvi Extreme ini dikatan sebagai pengganti kereta Myvi SE untuk model yang terdahulu. Kalau sebelum ni, sepatutnya kereta ini dilancarkan bersama-sama dengan Myvi 2011 dan Myvi Elegance, tapi disebabkan beberapa faktor, kereta ini terpaksa dilancarkan secara berasingan.Mungkin ini adalah startegi yang perodua gunakan.

Kalau tahun lepas, Perodua Myvi adalah top 2 kereta terlaris di Malaysia, tahun ini juga telah menjadi immpian yang sama untuk perodua benamkan Proton SAGA sebagai pencabar terdekatnya..

New Myvi 20111 Extreme ini di gambarkan mempunyai kapasiti enjin 1.5 liter dan didatangkan dengan 2 warna iaitu kuning dan putih. Ia juga dikatan lebih mahal daripada Myvi Elegeance dengan julat harga sekitar RM 61,000 - RM64,000 seunit. Walaubagaimanapun, semua andainyan ini hanya bersifat sementara selagi pihak perodua tidak membuat pelancaran secara rasmi.

Dari segi bentuknya, adalah sama seperti New Myvi tetapi diubah suai dari segi spoiler dan juga skirting. Di datangkan dengan warna kuning diyakini lebih mendapat sambutan daripada rakyat malaysia yang sudah jemu untuk melihat variasi warna yang hampir sama untuk setiap model kenderaan.

Myvi SE atau Myvi Extreme ini akan dilancarkan dalam masa yang terdekat memangkan ia telah pun di jumpai oleh orang ramai di jalan2 disekitar Malaysia..


Tapi, Myvi ELEGANCE pon dah 3 bulan pending, agak2 Myvi SE ni 5 bulan kot pending sementara nak boleh naik..Huhuhu..Ape2 pon, kita tunggu dan lihat..






Info Jumaat 46 | Menangisi Murtad dan Zakat

MENANGISI MURTAD DAN ZAKAT 
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa ‘amat sederhana’. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja. 


Sedih 

Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. 

Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik. Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya. Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.


Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. 

Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya. Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan ‘mesra dan sayang’. Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya.


Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya? Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat. Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu. 


Tangkap 

Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja. Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi. 


Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. 


Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini. 

Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad. 


Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut ‘semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya’. 

Semasa saya menziarahinya –tanpa notis awal- dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih. Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan. 

Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai Ph.D dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam. 

Salah Siapa? 

Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’. Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata. 

Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini. 

Zakat 

Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja? 

Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat. 

Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. 

Firman Allah (maksudnya): 

“(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273) 

Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. 

Kata Saidina ‘Umar r.a.: “Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah). 

Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam! 

untuk capaian asal, boleh ke: http://drmaza.com/home/?p=1561 

Perodua Service Centre | Pusat Servis Perodua : NEGERI SEMBILAN

 Perodua Service Centre | Pusat Servis Perodua : NEGERI SEMBILAN

Klinik Kereta Two Sdn. Bhd.
No. 11, Taman Jati, Jalan Batu Kikir, 71000, Bahau, Negeri Sembilan
Mr. Tan Chin Sing
Tel :
06-454 5676 / 5677
Fax :
06-454 0482


Lukut Kim Yong Motor Sdn. Bhd.
No 60, PT 5143, Jalan Industri 3, Taman Perindustrian Lukut Indah , 71010, Lukut, Negeri Sembilan
Mr Soo Kim Tian (MD)
Tel :
06-6511 913
Fax :
06-6511913
Email :
lkymotor@yahoo.com


Prima Kembara Sdn. Bhd.
PT 7539, Jalan 2/9D, Semarak Light Industrial Park, 71800, Nilai, Negeri Sembilan
En. Syahrulnizam Bin Salim
Tel :
06-799 5050
Fax :
06-799 1336


C&C Automobile Sdn. Bhd.
Wisma CE 340 รข€“ 342, Taman Bukit Emas, Jalan Tampin, 70450, Seremban, Negeri Sembilan
Mr. Raymond Chew Siong
Tel :
06-678 8888 ext 3
Fax :
06-678 8889
Email :
raymond@cemalaysia.com


Perodua Service Centre (Seremban)
Lot 500 & 1123, Batu 2.5, Jalan Rasah, 70300, Seremban, Negeri Sembilan
En. Mohd Muzafar Jaafar
Tel :
06-633 1776 / 1897
Fax :
06-633 1982
Email :
MUZAFAR@perodua.com.my
SVC_SBN@perodua.com.my


Setia Namus Automobile Sdn. Bhd.
No. 20, Persiaran Lombong Emas, Light Industrial Park,Jalan Tun Dr Ismail, 70200, Seremban, Negeri Sembilan
Mr. Lim Chee Kiong (SM/PIC)
Tel :
06-764 4491
Fax :
06-764 6594
Email :
snc20@tm.net.my


Klinik Kereta Tampin Sdn. Bhd.
No. 6316, Jalan Gemas Batu 1/4, Industri Kecil Meena Jaya, Tamping Tengah, 73000, Tampin, Negeri Sembilan
Mr. Tan Chin Sing (MD)
Tel :
06-441 5676
Fax :
06-441 3397 / 8132
Email :
perodua@streamyx.com

Info Ramadhan | Lailatulqadar

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat berpuasa semua..Alhamdulillah kita masih lagi diberi nyawa untuk terus hidup di muka bumi Allah ni dan juga masih lagi diberi kesempatan untuk mengakhiri penghujung bulan yang penuh dengan keberkatan.

Seperti yang dah sedia maklum, pada mulab Ramadhan ini terdapat satu malam di mana malam itu lebih baik daripada 1000 bulan.

Allah berfirman yang bermaksud:" Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran ini pada malam Lailatuqadar. Dan apa jalanya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatuqadar ini? Malam Lailatulqadar ini lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan Jibrail dengan izin  Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam ( yang berkat) itu hingga terbit fajar!" ( Surah Al-Qadr:1-5)

So, tunggu apa lagi..Malam 10 terakhir ni la sepatutnya kita kena tambahkan lagi kerajinan kita untuk pergi ke masjid, baca quran dan melakukan sebarang ibadah kerana Allah. Tapi kebanyakkan manusia pada 10 hari terakhir ni sebok untuk mencari perkakas mahupun pakaian untuk dipakai ketika hari raya ini..Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang lalai dengan mainan duniawi..

Wasalam

Download | Lagu Raya Aidilfitri



Assalamualaikum w.b.t. Maaf sebab lama sangat tak sempat nak update blog..Di samping anda semua tengah mengejar2 pahala di dalam bulan yang penuh berkat ni, ape kata disini saya kongsikan lagu-lagu raya untuk tatapan anda..Kalau dengar di radio2, dah banyak lagu raya telah dimainkan.Tapi dengar dekat radio tak feel sgt..Kalau dengar dalam laptop sendri baru la best..Heheh


Tapi, bagi saya, lagu raya ni kalau dengan malam ke 22 baru rasa best..Kalau malam ke 15 Ramadhan rasanya kurang feel sikit la..Tapi lain orang, lain la kan feelnya..Kepada yang berada di luar pada Malaysia, lagu raya memang sedap untuk didengar berkali-kali...hehehe..

Selamat berpuasa.

1.[nabilpotter]Lagu Raya|Takbir Raya
2.[nabilpotter]Ahmad Jais|Selamat Hari Raya
3.[nabilpotter]Aishah|Pulanglah
4.[nabilpotter]Aishah|Senandung Lebaran
5.[nabilpotter]Aishah|Setitis Cahaya Di Aidilfitri
6.[nabilpotter]Aman Shah|Kepulangan Yang Dinanti
7.[nabilpotter]Amy Mastura|Setahun Sekali
8.[nabilpotter]Artis|Warna
9.[nabilpotter]Awie|Selamat Hari Raya
10.[nabilpotter]Azlina Aziz|Indahnya Beraya Di Desa

1.Black Dog Bone[nabilpotter]|Cahaya Di Aidilfitri
2.Dayang Ku Intan[nabilpotter]|Senandung Hari Raya Untukmu
3.Dj Dave[nabilpotter]|Menjelang Hari Raya
4.Dr Sam[nabilpotter]|Esok Hari Raya
5.Erra Fazira[nabilpotter]|Mulia
6.Fazidah Joned[nabilpotter]|Selamat Hari Raya
7.Feminin[nabilpotter]|Kurniaan Di Hari Raya
8.H. Amir & Uji Rashid[nabilpotter]|Seloka Hari Raya
9.Ideal Sisters[nabilpotter]|Hari Raya Hari Bahagia
10.Jamal Abdillah[nabilpotter]|Salam Aidil Fitri

Kalau nak download Semua, Klik sini

p/s: Selamat mendengar lagu raya :)

Video Penuntut Malaysia di Pukul dan di Samun

IPOH 9 Ogos - Seorang penuntut Malaysia cedera dibelasah dan disamun sekumpulan remaja dalam kejadian rusuhan yang berlaku di London dan beberapa bandar di Britain.

Dalam kejadian yang berlaku di Barking, Timur London itu, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, yang patah tulang rahang dan gigi terpaksa dimasukkan ke Hospital Royal London.

Difahamkan ketika kejadian, penuntut bidang perakaunan berasal dari Ampang itu keluar bersama rakan-rakannya untuk membeli juadah berbuka puasa.

Visual Asyraf yang duduk sambil mengusap mulutnya yang berdarah dan dikelilingi lebih 10 remaja itu dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube hari ini di bawah tajuk 'Heartless robbery in London riots!!!!



Video itu juga sempat merakamkan aksi seorang pemuda berkulit putih yang dengan selamba membuka beg galas Asyraf dan menyamunnya lalu berlalu tanpa sesiapa pun yang menegahnya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Kelab-Kelab UMNO United Kingdom, Dzuhair Hanafiah berkata, Asyraf kini menjalani pembedahan membetulkan tulang rahang. Menurut Dzuhair, Barking adalah salah satu kawasan tegang dan panas dalam beberapa siri rusuhan serta kekacauan sejak tiga hari lalu di London.

Katanya, Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) dan Kelab UMNO London kini berusaha memindahkan penuntut ke kawasan selamat.

Penuntut serta rakyat Malaysia yang terjejas dinasihatkan menghubungi MSD di UK atau Kelab UMNO UK di info@umnolondon.com atau talian +447435644040.

Sumber: Utusan

Kami di Malaysia mendoakan supaya rakyat kita di sana berada dalam keadaan selamat semuanya disamping bulan yang penuh keberkatan ini..

Info Ramadhan 7 | Segerakan Berbuka

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ramadhan untuk semua pembaca..

Pertamanya selamat berpuasa yew..So, pada hari ini secara ringkasnya saya nak kongsikan satu hadis ringkas untuk tatapan kita semua mengenai segerakan berpuasa..

Daripada Sahl bin Sa'ad , Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:" Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka mahu menyegerakan berbuka." ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Haa..Oleh sebab itu, lepas ni bila dah dengar azan tu, terus segerakan berbuka..Jangan la masa azan baru nak masak nasi la, nak sapu sampah la..Salah tu..

Tapi ingat, jgn lupa pulak untuk membaca doa..Lepas tu pula, makan la ikut prioriti yang Nabi kita buat iaitu dahulukan dengan kurma..Kalau tak ada, manisan dan kalau tak ada jugak, minum la air kosong..

oK..Sekian sahaja dari saya untuk saya dan semua..

Wasalam..

Header | Merdeka Edition

Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat semua warga Malaysia..

Di samping kesemua tengah sebok mencari seinfiniti pahala yang boleh dalam bulan Ramadhan ini, kita jugak tidak seharusnya untuk kita lupakan saat-saat negara kita mencapai kemerdekaan.

Sehubungan dengan itu, untuk menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan ke 54 ni, elok la kita untuk sama-sama pamerkan dan tunjukkan rasa cinta kita pada negara dengan kibarkan jalur gemilang di mana sahaja yang boleh..

Kalau yang ada blog tu, mungkin boleh buat entri merdeka khas ke, tak pon buat header merdeka edition seperti saya..Hehehe..

Semoga kita tidak lupa jasa-jasa  orang terdahulu yang telah mengobarkan nyawa untuk mempertahankan negara demi cinta kepada tanah air kita iaitu Malaysia.Semoga kepada para pahlawan ini yang telah lama pergi di tempatkan dengan golongan-golongan yang soleh..Amin..

Ok..Selamat meneruskan hari2 baik anda..Pastikan hari ini lebih baik dari hari sebelumya..

Wasalam..

Info Ramadhan 6 | 5 Bonus Khas Ramadhan

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah s.w.t

Bonus 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka yang berpuasa sehingga mereka berbuka.

Bonus 3: Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman : " Hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu."
( Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

Bonus 4: Syaitan-syaitan dibelenggu , tidak dibiarkan lepas seperti bulan-bulan selain Ramadhan

Bonus 5:Mereka akan mendapat kemapunan pada akhir Ramadhan ( orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengejarkannya )

    Ada seorang sahabat Rasulullah s.a.w bertanya, Ya Rasulluah, adakah ini berlaku pada malam Lailatulqadar?:" Bukan,tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan
amalanya." ( Riwayat Ahmad)

Wasalam

Info Ramadhan 5 | Perlaksanaan yang Menepati Sunnah

Assalamualaikum w.b.t.

Puasa bukan sahaja beerti menahan daripada lapar dan dahaga tetapi perlu juga menjaga daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa..Puasa jugak menggalakkan kita supaya mengikut Sunnah yang telah dilakukan oleh Nabi kita iaitu Muhammad S.A.W.

Berikut adalah secara ringkas beberapa perlaksanaan yyang menepati Sunnah:

1- Memantapkan niat.

Wajib untuk berniat sebelum terbit fajar.

2- Melewatkan Makan Sahur.

Nabi Muhammad S.A.W melewatkan makan sahur iaitu sebaik-baiknya sebelum subuh.

3- Meninggalkan Menipu, Percakapan Kotor dan Karut

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Sesiapa yang tidak meniggalkan menipu dan dan beramal dengannya , maka tidaklah Allah s.w.t. berhajat untuk meniggalkan makan dan minumnya"
( Riwayat Al-Bukhari)

4- Tidak berlebihan dalam berkumur

5- Tidak bercumbu dengan isteri jika tidak dapat menahan diri

6- Menyegerakan Berbuka Puasa

7- Berpuasa dan tidak meniggalkan solat.

8- Menghidupkan Malam dengan Solat Tarawikh

9- Membayar Zakat Fitrah

Info Ramadhan 4 | Sahur

Assalamualaikum w.b.t. Maaf atas kelewatan dan kesebukkan untuk mengupdate entry info Ramadhan..

Sahur tak tadi pagi?? Kalau zaman student dulu2, ramai jugak yang tak sahur sebab tak bangun dan ada jugak yang bangun..Kebanyakkan yang tak bangun sahur akan tido lewat sikit untuk makan sahur dan terus tido..Sebenarnya, bangun sahur adalah sunnah yang perlu untuk kita laksanakan keranan termasuk diantara pekara yang rasulullah lakukan ketika bullan Ramadhan.

Sepotong hadis mengenai Sahur,

Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: " Bersahurlah , kerana pada sahur itu ada keberkatan." ( Riwayat BUkhari dan Muslim)

So, lepas ni cuba2 la untuk bangun sahur walaupun memang berat untu bangun..ok..

Peringatan ini untuk kita semua termasuk saya..Semoga beroleh keberkatan dalam Ramadhan kali ini..

Wasalam.

Perodua Service Centre | Pusat Servis Perodua : PAHANG

Perodua Service Centre | Pusat Servis Perodua : PAHANG

Semantan Otomobil Sdn. Bhd.
Lot 10754, Jalan Temerloh, Mukim Pedah, 27000, Jerantut, Pahang
Mr. Tan Chin Guan (SM)
Mr. Yow Sue Chee (MD)
Tel :
09-266 1755 / 1758 (Manager)
Fax :
09-266 1643
Email :
tnyap@semantan.com / sosbjtut@streamyx.com


KM Otomobil Sdn. Bhd.
Lot 2, Kawasan Perindustrian Semambu, 25300, Kuantan, Pahang
Ms. Monica Kong Say Hoon
Tel :
09-566 5628 / 568 1298
Fax :
09-566 1044
Email :
kmotomobil@yahoo.com


Perodua Service Centre (Kuantan 1)
Lot 71, Kawasan Perindustrian Semambu, 25350, Kuantan, Pahang
En. Muhamad Sufian Saaid @ Zaidun
Tel :
09-567 7657 / 58
Fax :
09-567 7664
Email :
MSUFIAN@perodua.com.my
SVC_KTN@perodua.com.my


Perodua Service Centre (Kuantan 2)
No. 23 Jalan 1M 3/1, Bandar Indera Mahkota, 25350, Kuantan, Pahang
En. Izzat Bin Samsuri
Tel :
09-572 1650 / 1654 / 1655
Fax :
09-572 1651
Email :
IZZAT@perodua.com.my
SVC_KUANTAN2@perodua.com.my


Economy Motors Sdn. Bhd. (Mentakab)
No. 1, Jalan setia, Taman Tan Chew Tong, 28400, Mentakab, Pahang
Mr. Wong Kok Wah
Tel :
09-270 1566
Fax :
09-270 1569
Email :
ecomotor@tm.net.my


L.S Motor Sdn. Bhd.
PT5802, Taman Raub Jaya, Jalan Tras, 27600, Raub, Pahang
Ms Cindy
Tel :
09-355 8828
Fax :
09-355 2828


Marathon Motor Sdn. Bhd.
No. C 316-317, Jalan Kuantan, 28000, Temerloh, Pahang
Mr. Sasidaran (SM)
Tel :
09-296 3308 / 1613 / 6333
Fax :
09-296 5613
Email :
mmservice@tm.net.my





Info Ramadhan 3 | Niat Puasa

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya." ( Riwayat Abu Daud)

So, berdasarkan hadis ini, apa yang kita boleh ambil adalah kita seharusnya untuk melakukan niat puasa sebelum terbit fajar..Kalau selepas terbit fajar, seolah-olah tiada puasa untuk hari itu..







Untuk mengelakkan kita dari terlupa, eloklah lepas kita solat sunat witir, terus kita niatkan untuk puasa keesokkan harinya..Kalau lupa juga, niatkan semasa bangun sahur..Moga kita sentiasa tidak lupa untuk niat puasa..Ok.

Wasalam

Info Ramadhan 2 | Sunah Berbuka degan Kurma

Assalamualaikum w.b.t.

Di samping kita berpuasa, elok juga kita mengikuti cara-cara bagaimana sunah Rasulullah s.a.w. Pada bulan Ramadhan,  Rasulullah s.a.w. menyarankan kita berbuka puasa dengan kurma terlebih dahulu. Sabda Baginda yang bermaksud: " Apabila seorang daripada kamu berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah kurma. Sekiranya tiada kurma,maka minumlah air kerana ia adalah suci." ( Riwayat al-Tarmizi no.594)

Ia sangat bertepatan kerana terbukti melalui kajian santifik yang mengatakan bahawa kurma membekalkan sumber tenaga segera kepada manusia bahkan mengawal pemakanan agar tidak berlebihan.

Tapi ingat, berbuka dengan kurma adalah semata-mata mencontohi Rasululuaah s.a.w bukan disebabkan nak diet atau sebagainya.ok.

wasalam

Perodua Service Centre | Pusat Servis Perodua : MELAKA

Perodua Service Centre | Pusat Servis Perodua : MELAKA

Perodua Service Centre (Melaka)
No. 5369 C, Jalan Malim, 75250, Bacang, Melaka
En. Ahmad Abdillah Bin Md Nor
Tel :
06-337 1880 / 4052
Fax :
06-337 4092
Email :
AHMAD_A@perodua.com.my
MELAKASVC@perodua.com.my


Bumiraya Motor Sdn. Bhd.
No. 205, Jalan Suria 9, Taman Malim Jaya, 75250, Melaka, Melaka
En. Khasnol Muslim (SM)
Tel :
06-336 0963
Fax :
06-334 6179 / 06-281 1053
Email :
bmparts@pd.jaring.my


DMM Sales Sdn. Bhd.
No. 111, Jalan Laksamana Cheng Ho, Daerah Melaka Tengah, 75000, Melaka, Melaka
Mr. Lim Woon Ming (SM)
Tel :
06-284 6495 / 3900
Fax :
06-284 4132
Email :
dmsbisb@streamyx.com


Roda Juara Automobile Sdn.Bhd
No. 47, PT 12303, Jalan IKS M5, Taman IKS Merdeka, 75350, Batu Berendam, Melaka
Nurul Asyikin Bte Umar
Tel :
06-336 8228 / 6592 / 6593
Fax :
06-336 6595
Email :
RJ_SVC@Streamyx.com


Mesizaman Auto (M) Sdn. Bhd.
Lot 120, Jalan Solok Duku, 78300, Masjid Tanah, Melaka
En. Mohd Hanis Zakari Mohamad (SM)
Tel :
06-385 3470 / 3473
Fax :
06-385 3476
Email :
mesizaman_auto@yahoo.com

Info Ramadhan 1 | Kenapa Diwajibkan Berpuasa?

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejarhtera..

Pertamanya selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua penganut Islam di Seluruh Dunia semoga puasa kali ini mendapat takwa di sisi Allah s.w.t. Kenapa kita berpuasa?

Tahu ke tak kenapa kita perlu berpuasa setiap kali datangnya Ramadhan? Adakah sebab ikut kawan2 atau sebab semua orang puasa, kita pun puasa la?

Ada juga yang kata puasa sebab nak merasai bagaimana orang susah yang tak dapat makan setiap hari? Mungkin ada betulnya jugak..Tapi kalau puasa sebab itu, kenapa tak biarkan orang kaya sahaja yang puasa untuk nak rasai susahnya kalau tidak dapat makan? Tapi puasa wajib ni adalah untuk semua tak kira kaya atau miskin..Maka. mesti ada sebab yang lebih penting kenapa kita diwajibkan berpuasa..

Sebenarnya, pada bulan puasa kita semua hanya berlapar untuk Allah s.w.t semata-mata.Ini kerana , melalui ibadah puasa Allah melatih kita untuk menjadi orang yang bertakwa. 

Allah s.w.t. berfirman, yang bermaksud: " Wahai orang yang beriman diwajibkan keatasmu berpuasa sebagaimana  diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".( Surah al-Baqarah 2:183)

InsyAllah, apabila bertakwa, orang kaya akan bersyukur dengan apa yang dia ada dan orang miskin akan besabar dengan dengan kelaparannya.

Wasalam