Monday, August 8, 2011

Info Ramadhan 6 | 5 Bonus Khas Ramadhan

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah s.w.t

Bonus 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka yang berpuasa sehingga mereka berbuka.

Bonus 3: Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman : " Hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu."
( Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

Bonus 4: Syaitan-syaitan dibelenggu , tidak dibiarkan lepas seperti bulan-bulan selain Ramadhan

Bonus 5:Mereka akan mendapat kemapunan pada akhir Ramadhan ( orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengejarkannya )

    Ada seorang sahabat Rasulullah s.a.w bertanya, Ya Rasulluah, adakah ini berlaku pada malam Lailatulqadar?:" Bukan,tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan
amalanya." ( Riwayat Ahmad)

Wasalam

1 comment:

faiz said...

msti nk semua nk ke5,5 bonus tu.. oyeahh... n semoga bulan puasa melatih kite untuk menahan segla nafsu selain drpd menahan lapar n dahaga kn??:)

http://faeizma.blogspot.com/2011/08/ambil-peluang-di-bulan-puasa-untuk.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...