UPDATE! Pelancaran Perodua NEW Myvi SE 1.5 dan Myvi Extreme 1.5. HARI INI 12.00 PM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca...


Esok 15 September 2011 adalah pelancaran model terbaru perodua Myvi SE 1..5 dan juga Myvi Extreme 1.5. Kalau sebelum ni, merata-rata gambar telah tersebar di internet yang menggambar bentuk fizikal dan ciri2 myvi baru yang dimaksudkan.

Namun, semua itu hanyalah sementara kerana yang pastinya esok kesemua itu akan terbongkar.. Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan nak ke tempat kerja melalui highway PLUS, tiba2 terjumpa dengan 4 buah lori yang membawa kereta myvi. Walaupun keadaanya berselimut hitam, tapi tetap boleh dilihat dengan mata kasar warna kuning yang tersebar di internet tu..So, memang confirm la warna tersebut wujud dan available.

Tapi persoalannya adalah mengenai harga dan penjimatan minyak. Sebelum ni, myvi memamng terkenal dengan kereta yang begitu menjimatkan minyak..Namun, setelah kapasiti enjin dinaik tarafkan, adakah myvi masih tergolong di dalam golongan yang menjimatkan minyak? Kalau New Myvi dikatakan hampir 80% lebih jimat daripada Myvi lama, tapi adakah ini akan terus dikekalkan perodua dalam kelebihannya memiliki enjin yang menjimatkan minyak..Sama-sama kita tanya abg dan kakak yang buat sales esok.Huhuhu..


Harga sebelum ni digembar gemburkan adalah bermula dari RM61,ooo -RM65,000? Tapi ini semua adalah cobaan. Tapi ada jugak saya pernah terbaca yang mengatakan harga kereta untuk 1.5 ni tidak melebihi rm60k? sejauh mana kepastiannya, kita tunggu esok ok..

Selamat malam semua..Untuk makluman, kalau anda dah buat tempahan kereta myvi sebelum ni, tapi masih tak dapat, anda ada hak untuk cancle order..Pastu boleh la tukar dengan myvi LAGI POWER LAGI BEST !!ni...hihi

Sekian sahaja dari saya..

UPDATE:

Tadi sempat pergi perodua..PEeeeeeeeeeeehhhh...Memang terbaik la New Myvi SE....Sapa yang order elegance tu, dah boleh change order to Myvi SE. Harganya tak sampai rm60k. RM59K untuk myvi SE auto dengan GPS. Kalau tak ada GPS, dalam Rm57k. Harga lebih kurang macam tu la..

Nak update gambar pon, sama je seperti gambar kat atas tu..Myvi SE keluar dengan 5 warna termasuk warna kuning.Kalau Extreme tu, agak extreme sgt la..Bezanya dengan SE dari segi skirting dan juga spoiler..

Seat untuk kedua-dua model ni hadir dengan seat separa bucket..Memang sedap jugak la...Ape2 pon, tunggu laman web perodua update jab..Tadi closed untuk maintenance..

Huhu..Layan...

p/s: gambar sumber paultan

3 comments:

zuar said...

pelancaran hari ni xleh nak g tgk..ada open house company kat sacc mall..huk3..bro,kalau g nanti ambik gambar share la kat sini.bleh masuk blog aku tgk gambar myvi yg nak lancarkan hrni..mmg confirm yg tu.huhu

::FAIZ:: said...

cun

Unknown said...

damn!gila cantik kuning extreme!arghhh!!

kalo wa tau,wa extend 1 thn beli myvi.se lame xcantik dah..grrrr