Pungutan Pingat Terkini Sukan SEA ke 26 Indonesia 2011 | Days 6

Sehingga jam 8.30pm, negara kita berjaya menambah 6 lagi pingat emas buat negara kita..Tahniah diucapkan untuk atlet kita..


Skuad boling berpasukan lelaki dan perempuan berjaya menyapu bersih tawaran pingat emas pada hari ini apabila keuda-dua pasukan lelaki dan wanita negara berjaya mendapat pingat emas dan gangsa..Walaupun tanpa kelibat Ester, kita juga yakin kita mampu untuk lakukan.Tahniah buat JACQUELINE JENELEE dan ZANDRA AZIELA, dan juga ADRIAN ANG LIEW KIEN LIANG.

Skuad penerjun juga tidak memberi peluang kepada penerjun dari negara lain apabila memperoleh 2 pingat emas pada hari ini menerusi acara 10m platform perempuan dan 3m springboard lelaki. Tahniah buat Pandalela dan Yeoh Kee Nee.


Satu lagi kejutan dilakukan atlet negara dalam acara snooker apabila THOR CHUAN LEONG dan CHONG TIN SAM berjaya dalam acara snooker berkumpulan.   

Satu lagi pingat emas negara adalah dalam acara renang apabila Siow Yi Ting berjaya memenagi dalam acara 200m breakstroke.

Tahniah buat atlet yang berjaya dan yang tak berjaya jangan bersedih.

Kepada Wartawan harap bersabar ye walaupun memang nampak jelas Malaysia kini sentiasa menjadi bualan hangat disana apabila setiap kali atlet negara main, mesti ada gangguan daripada penonton..Alahai tuan rumah, nak interview atlet kami sendiri pon tak boleh ke ha?
*klik untuk tumbesaran.+1 emas utk Malaysia
Esok, mari kita sama2 memberi semangat untuk pasukan bolasepak negara apabila bertemu Indonesia pada jam 8.00 malam waktu Malaysia.

p/s: gambar utusan dan astro arena


1 comment: