Thursday, November 17, 2011

Pungutan Pingat Terkini Sukan SEA ke 26 Indonesia 2011 | Days 7

Sebentar lagi pasukan bola sepak bawah 23 negara akan bertarung untuk merebut juara kumpulan A sekali gus layak untuk ke peringkat separuh akhir..Sama-sama kita doakan agar perlawanan pada malam ni memihak kepada kita..Anggap la perlawanan ni adalah perlawanan akhir walaupun sebenarnya bukan..

*klik utk aparan yang lebih jelas.sehingga jam 8.00mlm.+1 emas utk Malaysia.
Alhamdulillah, semakin hari semakin kita menghampiri target yang kita sasarkan iaitu 45 pinga temas..Sehingga kini 8.00malam , kita berjaya untuk menambah sekurang-kurangnya 6 lagi pingat emas pada hari ini.


Antara pingat emas yang disumbangkan pada hari ini termasuklah daripada kontigen boling dalam acara trio lelaki sekaligus kita mendapat pingat emas dan perak dalam acara ini..Tahniah diucapkan.

Tahniah juga buat atlet memanah negara apabila mendapat 1 emas dan 2 perak pada hari ini .Pingat emas pada hari ini diperoleh dalam acara Team recurve lelaki..

Satu lagi kejutan daripada satu lagi acara yang diberi nama open water swimming 5000m kita berjaya memperoleh pingat emas oleh atlet wanita negara iaitu HEIDI GAN. 

Acara Pencak silat hari ini berjaya dinominasi oleh atlet negara apabila pada hari ini sahaja berjaya membawa pulang 3 emas dan 1 perak dalam acara kelad D, kelas E dan Kelas F lelaki.

Tahniah juga buat atlet termuda negara, adik Aaliyah Yoong umur 8 tahun apabila berjaya mendapat pingat emas dalam acara water ski trick.Tahniah

Alex Yong bekas pemandu F1 memperoleh pingat perak.
Jom kita sama-sama mendoakan perlawanan pada malam ini supaya memihak kepada kita..Ayuh Malaysia! Malaysia Boleh!..


p/s: gambar sumber utusan+nst




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...