Pengguna Malaysia Tertipu, TV LED Hanya Terdapat Di Jepun!

Nampaknya ramai tertipu dengan beli Tv LED sebenar yang ia juga adalah LCD, kerana TV LED hanyalah dari Sony dan ia hanya di Negara pengeluar, iaitu Jepun.

TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya. Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar. Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.

Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran. ”Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.

”Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,” katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh , Perak, baru-baru ini.
Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55. 

Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED. 

Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya. ”Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD ‘kahwin’ LED. 

Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura. ”Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,” katanya.
Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut. 

Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.

p/s: Sejauh mana kebenarannya saya pon tak tahu. Fwrd from mailbox.

iPhone 4S Kini Di Malaysia

Setelah agak lama menunggu, akhirnya bermula 16 Desember 2011 secara rasminya gadget yang mendapat tempahan 1 juta lebih semasa pre pelancaranya di US baru2 ini kini telah tiba di Malaysia.

Ini bukan lagi cubaan.. Kalau dulu memang betul kita cuma agak2 je bila dia nak masuk Malaysia..Tapi jinni bukan lagi cubaan. Ini sendiri diakui dan ditulis pada apple store Malaysia yang mengatakan esok adalah hari pelancarannya.

Seawal 2.00 petang, kepada peminat gadget ini boleh dapatkan gadget pilihan anda di pengedar sah apple iaitu Machines tetapi dengan syarat2nya.Antara syarat2nya adalah,

1. Purchase of iPhone 4s must be accompanied with any Maxis iValue plans. 
2. Customer need to ensure that they are existing Maxis customer (any active/current Maxis postpaid or prepaid plan user). We will only accept the following iPhone 4s purchase from: - Change of rate plans (existing Maxis post paid plan user to iValue plan) - Maxis Hotlink change to iValue plan - iValue plan extension (maximum contract period of up to 30 months) 
3. Limited to 1 unit of iPhone 4s per customer 
4. Color and model selection is final 
5. While stocks last 
6. Machines reserves the right, without any liability, to change, vary, add or amend any of these terms and conditions without prior notice. 

Kepada yang dah lama menuggu, esok mungkin boleh keluarkan duit dan terus beli.Hahaha..

Di khabarkan, harga untuk 16Gb adalah RM2190, 32Gb adalah  Rm2590 dan untuk 64Gb Rm2890.




Kembali berblogging? Ek..!!

Assalamualaikum dan hai semua..

Hahaha...Memang agak lama jugak tidak menulis blog ini dan disebabkan berbagai masalah termasuklah hardisk laptop ni yang totally broken..Hampeh je..Semua data lost..Header punya data pon xde..So, buat masa sekarang ni header ni kekal sehingga menjumpai header yang asal.Hihihi

InsyAllah, masih lagi diberi kelapangan untuk kembali berblogging walaupun orang cakap blog ni hidup segan mati tak mahu..Tak kisah la ada orang nak baca ke tidak, as long as dapat taip dan beri something dekat blog ini dah cukup.

Dulu masa zaman student boleh la update blog satu hari 2 entry..Sekarang bila ada komitmen lain, 1 entry seminggu pun penat jugak la..Tapi ada jugak yang dah kerja, tapi masih tetap setia dengan blog mereka..Betul la, kerja orang masing2..Bidang pon masing2 kan..

OK la..Selamat malam dan jangan lupa hantar borang BR1M untuk dapatkan RM500.. Baca syarat2 dulu sebelum hantar..

Waslaam..