Pengguna Malaysia Tertipu, TV LED Hanya Terdapat Di Jepun!

Nampaknya ramai tertipu dengan beli Tv LED sebenar yang ia juga adalah LCD, kerana TV LED hanyalah dari Sony dan ia hanya di Negara pengeluar, iaitu Jepun.

TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya. Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar. Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.

Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran. ”Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.

”Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,” katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh , Perak, baru-baru ini.
Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55. 

Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED. 

Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya. ”Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD ‘kahwin’ LED. 

Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura. ”Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,” katanya.
Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut. 

Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.

p/s: Sejauh mana kebenarannya saya pon tak tahu. Fwrd from mailbox.

13 comments:

MrPingu Gonzalesz said...

barula tau.. hehe tq adeq nabil =p

pingupingu said...

btw LED sebenar mesti superb! bilalah nak dijual di Malaysia nih

APAN said...

bro...nama pun email forward...cuba ko try search dulu.ni mende lama dah ni.mengikut kata membe office aku, email ni dah lama dah la.aku pun ada forward kat orang lain gak :)

Peeka Syuhada said...

hoo..really ?? :-?

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

aikk, yaka. dah tu yg terjual dok ada tu? huhuuu :(

Cik Tengku Saliha Rahima Bt Tg Ariff said...

lorh btl ke
bwu tau !
btw thnx
huhu

Miss Mya said...

salam..

thanks for sharing...

ps: boleh set blog awak to allow mobile viewer?

x

E'in said...

yeke nie?

akmal said...

kalau betui, jom kita semua pi buat tuntuan dekat tribunal pengguna.. kalau satu kes dah menang, lain2 kes yg sama pasti menang. simpan bukti resit

cikmuda said...

eh biar betul? =]

cikmuda said...

eh biar betul? =]

Anonymous said...

maknanyer selama ni yg LED tu tipu la kan.... kesian la kat sape2 yg dah beli LED kononyer, padahal LCD... better kita beli Plasma lagi baagus....

Jom Masak Channel said...

senanye apa beza led dan lcd eh?

nabil macam lama je tak update blog? busy keje ke?