Monday, January 31, 2011

[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia


Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.

********
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.

Sunday, January 30, 2011

Bagaimana boleh terjebak dalam dunia blogging?


Salam.Secara jujurnya, saya , mula berminat dalam arena blogging ni semasa tahun 2008 lagi. Pada masa itu, saya hanya suka untuk melihat dan berblog walking ke blog-blog yang best..ada masa saya baca dan ada masa saya hanya suka tengok gambar.

Bermula dari situ, saya beranggapan siapa ayng ada blog dianggap seperti 'style' dan nampak macam 'cool' ja walaupun sebenarnya biasa jew..huhu..tapi niat saya sekarang dah berubah..Saya ada matlamat yang tersendiri mengapa saya berblog..huhu

Hampir bulan demi bulan, siang bertukar malam, saya termimpi-mimpi mempunyai blog sendiri dan dah ada dalam perancangan bagaimana nak hias blog saya nanti..

Dalam awal tahun 2009, saya dah mula untuk bertanyakan kepada class mate bgaimana nak buat blog..Susah ke tak buat blog ni? diorang pon cakap senang ja.. Minta tolong suruh ajarkan, tapi masing-masing sebok..Tak ape lah kalau sebok nak buat macam mana kan?

Bila semakin hari bermimpikan blog, pada suatu hari tanggal bulan 7 tahun 2009, saya memberanikan diri untuk mendaftar di blogspot. Pada ketika itu saya login guna account yahoo mail sebab tak ada gmail lagi.

Disitulah bermulanya transormasi saya meminati blog..Semakin hari semakin banyak saya belajar..Saya pergi ke Badan bookstore dekat Plaza Angsana dan membaca buku-buku mengenai jutawan internet, rahsia blog, apa itu affliate program, advertisment di dalam blog..semua tu saya baca.

Bila dah baca, semangat menggilai blog semakin bertambah..Saya buat blog ni keseorangan sahaja..Prinsip saya, kalau tak tahu, bertanya la.. So, pada masa itu, seorang junior dekat UTM ni aizuddin.com dia ni power la..Saya belajar edit-edit html coding pada dia..Bila dah dapat konsep sikit, dari situ saya implement by my self..

Dipendekkan cerita, Abg Ben Ashaari juga pernah menjadi guru saya pada masa dulu dimana dia ajar dari segi masa yang sesuai untuk ping atau tulis entry..Alhamdulillah, kebanyyakan blogger senior tak pernah kedekut ilmu..Cikgu Dahlia juga salah satu guru saya dalam blog ini..Suffer8izine pon juga pernah menjadi cikgu saya dalam dunia blog. Tidak dilupakkan juga buat mohamadfaiz.com kerana menjadi rakan parter untuk buat header blog saya ni yang very da cool..hehehe..semua mereka dah berbinkan .com...hebatkan mereka..tapi mereka tak kedekut..tu lagi la hebat..

Itulah serba sedikit sejarah berblog saya..Sekarang ni blog ini berumur 1 tahun 5 bulan macam tu la..Alhamdulillah semakin ramai followers yang sudi untuk mengikut blog ini..Saya menghargai semua itu..Saya juga dulu seperti anda semua.. Permulaan memang agak menyakitkan..Tapi, cuba sebaik mungkin dan jangan giveup untuk terus berblog..InsyAllah banyak manfaatnya.

Bagaimana pula dengan anda? Buat blog sebab kawan ke? Duit ke?


Terima kasih kerana masih support blog ini..Thanks sangat-sangat.

sekadar perkongsian kosong dari saya.~

Friday, January 28, 2011

Keputusan Pilihan Raya Kecil PRK DUN Tenang - BN menang

Assalamualaikum w.b.t

Keputusan tidak rasmi: BN menang di DUN Tenang

LABIS 30 Jan. – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim, 39, memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas menewaskan calon Pas, Normala Sudirman, 38, dengan majoriti 3,735 undi.

Bagaimanapun, ini merupakan keputusan tidak rasmi yang diberikan kepada Utusan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pilihan raya kecil kawasan itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis pada 17 Disember lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sulaiman mempertahankan kerusi berkenaan apabila menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi

DUN Tenang mempunyai seramai 14,753 pengundi berdaftar. - Utusan

Thursday, January 27, 2011

TECS | Test Of English Communication Skills

Assalamualaikum w.b.t

Mesti korang semua tertanya-tanya apekah yang dimaksudkan dengan TECS kan? Sebelum itu, pernah dengar MUET? InsyAllah kalau student lepasan matrikulasi dan juga spm mesti tahu sebabnya syarat untuk graduation mesti mempunyai sijil MUET. MUET adalah test atau ujian yang dilakukan yang merupakan prasyarat sebelum graduasi dan telah. MUET juga boleh menilai tahap kemantapan kita dalam menulis, mendengar, bercakap di dalam bahasa Inggeris.

OK..Clear kan pasal MUET? Kalau belum clear, just google sahaja. TECS nii apa benda pulak kan? TECS ni adalah singkatan bagi Test Of English Communication Skills.

TECS ni adalah wajib dilakukan bagi semua pelajar UTM (buat masa ini) yang merupakan pelajar semester akhir dan akan graduate pada bulan Ogos ni. Buat makluman semua, UTM merupakan universiti pertama yang mengenalkan TECS ni dan test ni akan diseleraskan ke semua IPTA dalam masa terdekat. Ia bermula pada bulan february 2011..Maknanya, saya memang terlibat dengan TECS ni.huhu

TECS ni seperti MUET jugak mempunyai level yang bermula dengan LEVEL 1 hingga LEVEL 6. Minimun kelayakkan diperlukan adalah LEVEL 3. Apabila anda mendapat LEVEL 3, maka akan tercatat dalam sijil graduasi anda..Tetapi kalau anda mendapat bawah daripada minimum iaitu LEVEL 2 dan 1, maka, tiada dituliskan di dalam sijil apa-apa mengenai TECS. Seolah-olah anda tidak pernah ambil test ini.

BUkan free ye tuan-tuan dan puan-puan..Buat masa sekarang, bayaran adalah rm40. Terdapat dua sahaja jenis ujian iaitu oral dan writing. No more listening yang macam matrik dulu..Memang tak dengar ape-ape pon kalau listening sebab system of acoustics yang teruk di matrik saya dulu.

Kepada pelajar Universiti lain, kalau anda merupakan semester akhir, mungkin anda bernasib baik..Tapi buat pelajar yang masih ada bekalan setahun dua lagi, mungkin TECS bakal menunggu anda..Huhuhu..

Sekian sahaja dari saya..

Selamat menduduki TECS.

Good LUCK!

Wednesday, January 26, 2011

Tips | Bagaimana untuk meningkatkan bilangan followers

Assalamualaikum w.b.t

Kalau tidak salah, ini merupakan kali pertama saya berkongsikan tips ataupun dalam bahasa yang lebih manis di dengar adalah petunjuk atau nasihat atau kaedah..HUhu.

Mengapa saya jarang menulis mengenai entry-entry berupa sebegini? Sebenarnya hajat dan niat nak kongsikan untuk anda semua tu ada. Tetapi memandangkan saya berasa kurang layak untuk berkongsi, maka itulah yang menjadi sempadan sama ada entry ni mampu disampaikan dengan baik atau tidak.

Saya tertampil untuk menulis entry ni disebakan seorang hamba Allah telah bertanyakan kepada saya bagaimana untuk menigkatkan bilangan followers?

Ok..Sebelum tu kena faham dulu apa itu followers..Kepada yang tahu, anggap ini adalah reminder la buat anda..Saya tahu anda semua di luar sana semua dah superb-superb kan dalam berblog ni? Followers atau pengikut ni adalah seperti di atas blog saya yang sebelah kanan atas tu..Yang ada gambar muka orang yang petak-petak tu..Ha..itulah dipanggil followers..Tapi, ada juga blog yang tak ada ruang untuk followers ni kan? Kalau belum ada, saya mencadangkan supaya letak widget yang memang menjadi standart widget dan yang perlu ada untuk setiap blog..Kalau tak letak, bagaimana anda nak tambah followers kan?

So, berikut adalah beberapa tips bagaimana untuk menambahkan bilanggan followers:

1- Mesti dan perlu mempunyai Followers Widget.

Seperti yang saya beritahu tadi, kalau widget ini tidak berada di dalamc arta 5 widget perlu anda, kemungkinan besar blog anda akan menghasilkan bilangan unique visitor yang rendah..Ini juga boleh termasuk
dalam tips bagaimana mahu menghasilkan 1000uv per day..Boleh dikatakan wajib ada la widget ni..

2- Blog Walking ( BW )

Blog walking dalam bahasa melayunya boleh dipanggil jalan-jalan ke blog. BW ni agak dan perlu dilakukan apabila anda diklasifikasikan sebagai bloggers yang baru..Bloggers baru ni bermaksud blogger yang baru membina blog dan masih baru dalam dunia berblog ni..

Blog Walking yang baik juga akan menghasilkan dan merupakan penyebab untuk followers anda bertambah. Please dan jagan hanya menulis 'hi, please visit my blog and follow me'. 

Ayat ni kalau saya baca, insyAllah saya tak akan BW ke blog dia dan biasannya yang buat macam ni merupakan ' budak baru'.

Gunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh orang..Ingat, ni shout box, bukan tempat untuk anda membuat karangan..Oleh itu, tulis apa yang agak-agak penting sudah la..ok.. Avoid juga tulisan yang macam ni, 'i follow u, please follow me back'. Ayat ni kadang-kadang boleh diterima orang..Tapi yang jadi masalahnya, dia tak follow pon kita. Tapi still tulis macam tu..Orang yang macam ni kita tahu tujuan dia BW hanyalah semata-mata mencari Followers murahan.

3- Entry menarik

Setiap blog mesti mempunyai daya penarik yang tersendiri..Kalau anda pandai dalam photographer, maka boleh tampilkan entry-entry dengan kaedah mengamil gambar yang betul dsb. Kalau anda hensem atau lawa, haaa...tunggu apa lagi, just upload your picture, then insyAllah followers datang mencurah-curah..Tapi kalau kita tak ada pakej yang sedemikian, maka carilah idea dan tingkatkanlah kreativiti anda semasa menulis.

4- Target

Target ni adalah lebihkurang dengan KPI (key perfomance index)..Lebih kurang tapi tak sama..Semasa anda baru berblog, anda dah tahu berapa followers yang ingin digapai dalam masa 3 bulan..Betul tak?

First target adalah 50 followers..So, bila dah mencapai target, maka up kan ke 100 followers..Bila dah ada 100 followers, automatic anda berasa seolah2 anda merupakan bloggers popular tanah air..Hahaha..

Bila dah sampai 100 tu, kalau nak tarik perhatian, bagi la greeting dan penghargaan sikit buat followers yang bertuah..Huhu..Kesian dia penat-penat follow blog kamu..

5- Pertandingan

Secara personalnya, kalau blog anda baru dalam tempoh 1 bulan, saya rasa memang agak tak sesuai untuk buat satu pertandingan..Tapi, kalau anda betul-betul power, InsyAllah anda boleh buat..Kalau anda pernah masuk pertandingan di dunia blog ni, salah satu daripada syaratnya mesti diorang akan tulis, 'mesti follow blog ini'. Lebih kurang macam tu la bunyinya..Biasanya yang buat sedemikian adalah untuk menambah bilangan followers..

Kalau yang agak mantap dah dia puya followers, ayat dia akan erubah sikit..cth, ' terpulang la sama ada ingin menjadi followers atau tidak'..Hehe..nampak tak egonya di situ? hihihi

6- Niat

InsyAllah, sebagai orang Islam, apabila kita nak lakukan something, maka pertama sekali adalah settingkan niat kita..Bila niat dah baik, insyAllah ada kemudahan bagi kita..Betulkan niat anda..kenapa anda boleh terjerumus dalam dunia blogging ni? Ok..Niat mau betul-betul ok tau..Dalam suatu hadis sahih berbunyi seperti ini, 'sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda, setiap amal tu bermula dengan niat'.

Rasanya dah cukup 6 tips yang boleh digunakan..Tapi mungkin ada lagi fakto-faktor lain yang boleh menaikkan followers ada..Saya ekadar berkongsi apa yang saya telah buat.

Terima Kasih buat semua yang sudi menjadi followers saya..



Tuesday, January 25, 2011

Singapore gesa penduduk Islam kurang patuh pada agama!

Assalamualaikum w.b.t

Kalau ditengokkan pada tajuk tu, mesti kamu semua tahu siapa Kuan Yew kan? Pengasas SIngapore tu la yang merupakan tali abrut Yahudi dan ada juga orang mengklasifikasikan Singapore seagai Israel ke 2. Bila terbaca saja tajuk tu, terus saya shock kenapa dia sanggup kata sedemikian?

Mungkin dia cuba untuk menark orang Islam di sana supaya lebih mengabaikan agama.Tapi saya percaya, walaupun dekat sana minoritinya adalah org yang beragama ISlam yang tertindas, tapi INsyAllah mereka masih lagi mampu untuk survive..Ye..memang betul..Ada org Islam Singapore dah macam org  bukan Islam..Ini bukan sahaja berlaku di Singapore..Mana2 tempat pon akan ada orang macam tu..

Tapi persoalannya, masih ada lagi sahabat seagama dengan kita yang masih mampu bertahan malah mempunyai iman yang kental walaupun mereka sedar negara yang mereka duduki itu adalah negara yang sentiasa mencari alasan untuk menidas org Islam..Tapi, semenjak pelancaran buku tu, saya beranggapan, Lee Kuan Yew dah kalah dengan programnya tersendiri yang menidas secara rahsia..Kini dia sanggup untuk mengeluarkan buku dan dinyatakan secara terang-terangan kepada penduduk Islam disana.

Atas nama ad Din Islam, kami sentiasa berdoa supaya rakyat Singapore yang beragama Islam di sana terus bertahan dan jangan sekali lunturkan semangat..Agama Islam adalah agama yang diredhai Allah..Tindakan Kuan Yew berbuat demikian saya rasa sepatutnya umat Islam di sana lebh berhati2 dan lebih bersatu..Jangan sama sekali sanggup korbankan agama untuk memuaskan hawa nafsu..

Kalau kamu abca artikel ni, kamu tahu yang Singapore tidak pernah puas hati dengan Malaysia dan sentiasa mecari alternatif untuk menghncurkan Malaysia..Tapi dalam kita tengah sedar, masih ada pemimpin yang boleh membatalkan projek jambatan bengkok dengan Singapore...Astaqfirullahalazim..Apa la yang kamu khuatirkan wahai pemimpin? tidakkah cukup dengan apa yang kamu ada? Ha?

Saya amat berharap, Sultan Johor bersuara kembali untuk meneruskan semula perancangan membina jambatan bengkoko.Kami penduduk Malaysia sangat bersetuju supaya jambatan Bengkok di teruskan..Saya jamin, kalau DS NAjib dapat teruskan dengan prjek jambatan bengkok, InsyAllah, PRU akan datang tak ada masalah..

Mungkin kamu boleh baca dulu artikel ni boleh comment:

**************
SINGAPURA - Pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menggesa masyarakat Islam di negara itu supaya menjadi kurang tegas dalam hal pematuhan ajaran agama demi meningkatkan integrasi dan proses pembangunan negara bangsa.

Singapura didominasi oleh penduduk etnik Cina manakala kaum minoritinya dibentuk oleh kelompok Melayu beragama Islam dan orang India.

Kuan Yew sering menekankan mengenai pentingnya keharmonian kaum.

"Saya ingin menyatakan pada hari ini, kita boleh mengintegrasikan semua agama dan kaum kecuali Islam," kata Kuan Yew dalam bukunya yang bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going.

Buku tersebut mengandungi pandangan-pandangan jujurnya mengenai Singapura dan masa depannya.

"Saya fikir kita bergerak maju dengan baik sehinggalah timbulnya Islam dan jika kamu tanya tentang pemantauan saya, komuniti-komuniti lain lebih mudah berintegrasi, kawan-kawan, perkahwinan berlainan bangsa dan sebagainya.

"Saya fikir masyarakat Islam secara sosialnya tidak menimbulkan sebarang masalah, tetapi mereka berbeza dan terpisah," kata Kuan Yew yang menggesa komuniti Islam untuk menjadi kurang tegas dalam mematuhi Islam.

Sewaktu pelancaran buku tersebut pada Jumaat lalu, beliau yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pragmatik memberi amaran kepada rakyat Singapura tentang perasaan puas hati mereka.

Kuan Yew turut menyatakan republik yang majoritinya terdiri daripada etnik Cina itu masih dalam proses membangunkan sebuah negara bangsa.

Di dalam bukunya, beliau menyifatkan Singapura sebagai sebuah bangunan 80 tingkat yang dibina di atas tanah berpaya.

Kuan Yew menegaskan bahawa Singapura mesti berdepan dengan perasaan bermusuhan daripada jiran-jiran beragama Islam yang lebih ramai.

"Kita mempunyai jiran-jiran yang peramah? Sedarlah... Inilah yang melemahkan kita kerana kita merupakan orang yang gemar mencampuri urusan orang lain," katanya yang mendakwa usaha Malaysia dan Indonesia untuk menjejaskan perniagaan pelabuhan Singapura.

Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 ekoran perbezaan besar terhadap dasar Kuala Lumpur yang memberi keistimewaan kepada kaum Melayu. Sejak itu, Singapura telah mewujudkan pasukan tentera paling moden di Asia Tenggara untuk menangani ancaman negara asing.

Bercakap tentang politik tempatan, Kuan Yew menyatakan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah sejak tahun 1959 apabila Singapura memperoleh autonomi politik daripada pemerintah kolonial Britain akan kehilangan kuasanya pada satu hari nanti.

"Akan tiba satu masa apabila orang ramai berkata, mari cuba pihak yang satu lagi. Sama ada kerana kualiti PAP telah menurun atau pihak pembangkang sudah menghasilkan satu pasukan yang setanding dengan PAP. Hari itu akan tiba. Bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, saya tidak fikir ia akan berlaku. Menjangkau tempoh itu, saya tidak tahu," katanya.

Kuan Yew menyatakan walaupun satu kaji selidik menunjukkan sebaliknya, beliau percaya rakyat Singapura masih belum bersedia menerima seorang perdana menteri yang bukan daripada etnik Cina.

"Satu undian menyatakan 90 peratus masyarakat Cina Singapura menyatakan mereka akan melantik seorang bukan Cina sebagai PM. Baiklah, ini adalah ideal. Anda percaya undian-undian ini? Betul-betul sampah. Mereka bercakap apa yang secara politiknya betul," tegasnya.

Kuan Yew juga mempertahankan dasar mempromosikan perkahwinan sesama rakyat Singapura yang berpendidikan tinggi.

Dasar itu dilihat oleh para pengkritik sebagai satu proses kejuruteraan sosial dan menafikan tanggapan mengenai cinta pandang pertama.

"Rakyat mendapat pendidikan. Golongan yang cerdik akan naik statusnya dan mengahwini pasangan yang sama-sama menerima pendidikan yang bagus. Hasilnya, anak mereka pasti lebih pandai berbanding anak-anak tukang kebun.

"Ini adalah hakikat kehidupan. Anda mempunyai seekor kuda betina yang bagus, anda tidak mahu membuat kacukkan antara ia dengan seekor kuda biasa. Anda akan mendapat anak kuda yang kurang bagus. Manusia yang tertarik kepada karakteristik fizikal akan menyesal mengenainya," katanya lagi.

Kuan Yew mendedahkan beliau telah mendermakan semua pendapatannya berjumlah AS$10 juta (RM30.6 juta) kepada kebajikan sejak mengundurkan diri sebagai perdana menteri pada tahun 1990 selepas 31 tahun berkuasa.

Menteri-menteri kabinet Singapura mendapat bayaran gaji tertinggi di dunia sebagai sebahagian daripada strategi mencegah rasuah dan menarik bakat dari sektor swasta.

Kuan Yew yang memegang jawatan khas, Mentor Perdana Menteri kini bertindak selaku penasihat kepada Perdana Menteri Singapura yang juga merupakan anak lelakinya, Lee Hsien Loong yang mula memerintah sejak tahun 2004.Di sebalik kata-katanya yang tegas, Kuan Yew menunjukkan ciri-ciri kelembutannya apabila ditanya tentang mendiang isterinya, Kwa Geok Choo yang meninggal dunia pada usia 89 tahun, Oktober lalu.

"Ia membawa makna lebih keseorangan," kata Kuan Yew dalam buku tersebut yang mengandungi siri temu ramah eksklusif dengan wartawan-wartawan akhbar Straits Times. - AFP

*************

p/s: sumber kosmo

Monday, January 24, 2011

Strawbearu Vol:4 | Anak Negeri Edition

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahterA..

Sudah sekian lama saya tidak post entry tentang jual-menjual ni kan? InsyAllah ni merupakan perniagaan baju yang terakhir saya sepanjang tempoh pengajian saya..Untuk makluman , saya dah 5 tahun mencceburi bidang menjual ni start dari martik..

t'ganu
Kepada yang berminat, mungkin boleh direct contact saya..Kepada student UTM, kalau nak tgk catalog, datang la ke KOlej Perdana..Kalau xnak datang, tengok je la catalog online ni..Kalau cantik, beritahu kawan, kalau tak cantik, boleh bagi tahu designer dia..

melaka
Saya hanya runner biasa..huhu..

Teruskan membaca..banyak lagi design menarik..

Free dilevery dekat UTM skudai..

Sunday, January 23, 2011

Najwa Latif | Artis baru yang berpotensi besar

Info PR: 0 I: 558 L: wait... LD: 528,955 I: 53Rank: 7 Age: Jun 14, 2007 I: wait... whoissourceRobo: yesSitemap: no Rank: 1628 Price: 961782 Density

Pernah dengar tak nama Najwa Latif? Sebenarnya kalau sebelum ni saya pon tak kenal sangat siapa la NL ni..Tapi mesti korang nak tahu jugak kan cmna boleh kenal artis baru yang akan meletop ni? Huhu..

Nak kenal lebih lanjut, boleh la search dekat google..Katanya adik najwa ni masih bersekolah lagi..Tapi tak pasti la betul ke tak..Lagu2 yang dia nyanyi memang best..Tak caya korang boleh tengok dekat you tube..



InsyAllah, tak lama lagi, najwa latif akan ada 1 wen page sendiri..http://www.najwalatif.com/

Saya kenal pada mulanya pada suatu hari bila datang ke bilik kwan saya nama dia faiz..Datang je tengok dia tengah layan lagu najwa latif..Eh..sedap jugak suara dia ni..Dari situ la start kenal dengan najwa latif ni..

Tapi apa yang best lagi, bukan sebab suaranya sedap je..Tapi so far tengok tudung masih melekat di kepala..Biasanya kalau artis ni, tudung mesti jarang2 la..Sebab tu antara sebab kenapa saya minat yuna sebab still pakai tudung walupun femes mana sekali pon..Ok la berbanding dengan artis2 lain..

Nak kenal lagi: ni blog dia--> http://najwalatifs.blogspot.com/

Entry ni hanya syok sendri..KAlau tak suka xpayah baca ok..Saya tak paksa pon kamu membaca..

p/s: maaf tiada input untuk entry ni..huhu
p/s: untuk ko najwa..baru buat blog folowers danh beribu2..ni yang bertahun buat blog nak dapat 2 ribu pon terkapai2..hahah

Gambar | Micro DSLR

Assalamualaikum w.b.t

DSLR sekarang ni ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan..Kalau pergi event mane2 pon sekrang ni, kalau tak jumpa DSLR sebiji dua rasanya macam pelik jugak la..Baru2 ni saya ada ke kenduri kawan saya di area keramat dekat degan Giant lama tu..Ya Allah, ramai benor yang bawa DSLR..Kalau  tak salah lebih kurang 20 biji lebih ade la..Rombongan kami dari UTM skudai pon dah 5 biji..Campur dengan orang2 lain lagi, memang ramai la..Saya sendir confius sape yang sebenarnya main fotographer..huhu...

Tapi hari ni, tadi saya terbaca mengenai satu DSLR micro..Bukan Micro SD ye..Ni micro DSLR..Boleh bayang tak? Sebesar2 DSLR tu, kini nak dijadikan micro? Fuhh..Bior benar ni der..hehehe

JTT peruncit Jepun telah membuktikan dirinya untuk menjadi peminat kamera kecil, tapi benar-benar kalah sendiri dengan tawaran terbaru Chobi Cam One.

Apa yang difahamkan, kamera ni boleh dibawa kemana2 sahaja dan mudah untuk dimasukkan dalam poket anda..Ia juga di datangkan dengan l3nse yang boleh ditukar ganti..Tapi lense ni di attachedkan dengan menggunakan magnet..Giler gempak kan? hehehe..

Dari segi kualiti, mungkin tidak sama dengan DSLR yang besor2 tu..Tapi apa yag dikatakan oleh syarikat Jepun tu, walaupun kurang kualiti gambar dan video, tapi anda boleh snap berbagai2 gambar dan video dan boleh disimpan di dalam micro sd card..

Harga pasaran adalah USD 118 dan lense dia dianggarkan lebih kurang USD 30 to USD60.

PAsaran dekat Malaysia saya tak pasti la sama ada dah masuk Malaysia ke belum..Kalau dah masuk tu, mungkin lepas ni orang dah tak layan Nikon..Tiba2 Nikon pulak naik nama..hehehe

p/s: gunakan DSLR anda sebaik mungkin..Jadilah fotographer Muslim yang sejati..

Friday, January 21, 2011

Info Jumaat 28 | Perang Khandak

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bertemu lagi kita di dalam info jumaat buat kali ke 28 minggu..Tajuk yang saya akan kongsikan pada hari ini adalah mengenai sirah. Sirah ataupun sejarah dalam bahasa melayunya..Korang rasa, perlu tak kita belajar sejarah? Memang diakui, kalau masa sekolah dulu, bila subjek sejarah ni, mesti boring dan ngntok kan time belajar?

Tapi tak semua org yang boring belajar sejarah..Kalau yang minat untuk belajar sejarah tu, utk ddapat 100 markh senang2 je..Tapi apa yang saya nak tekan kan di sini, sejarah amat penting bagi kita kalau kita mengetahui..Tanpa sejarah, bagaimana kita dapat tahu tentang zaman2 silam..

Org selalu cakap, belajar dari kesilapan..Tapi kesilapan adalah benda yang lepas..benda yang lepas adalah dipanggil sejarah..Betuk tak? kalau kita tak ade sejarah, mana mungkin kita boleh mengecapi kemajuan sekarang.. Kalau tak ade sumber2 tulisan daripada tokoh ilmuan islam seperti Al -farabi, bagaimana kita akan menggunakan idenya untuk implement untuk lebih maju..betul?

Senang cerita, ibarat kalau pelajartahun akhir nak buat thesis, tapi xde sumber thesis yang dulu2.. Susah jugak kan?

Berbalik ekapda tajuk asal..Perang Khandak.. Khandak bermaksud parit atau kubu. Perang Khandak adalah antara peperangan yang mashur dalam sejarah Islam, berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w Peperangan ini dinamakan juga Perang Ahzab kerana pihak musuh Islam yang menyerang Madinah itu terdiri daripada orang Quraisy Makkah , suku-suku arab dan orang Yahudi Madinah.

Berlakunya peperangan ini kerana lahirnya rasa sombong dan angkuh dalam kalangan org Quraisy Mekkah. Mereka mengaggap kekuatan Islam sudah lemah dengan kekalahan mereka dalam perang Uhud. Suku-suku arab yang lain juga merasai oramg Islam juga tidak ada kekuatan lagi sebab kekalahan itu. Lebih-lebih lagi orang yahudi yang tinggal di Madinah pun telah berani menentang Nabi dan mengingkari janji keamanan yang dibuat dengan orang Islam.

Oleh yang demikian, pada tahun 5 Hijrah pakatan Quraisy Makkah itu telah mngumpulkan seramai 10,000 orang daripada kabilah-kanilah Arab dan yahudi , di bawah pimpinan Abu Sufyan bin Harb. Mereka merancang untuk mengepung kota Madinah dan menyerang serentak dari luar dan dalam kota itu.

Dengan kemaraan tentera musuh yang begitu ramai dan lengkap, orang Islam bermesyuarat dan mengambil keputusan akan  bertahan di dalam kota. Dalam mesyuarat itu, Salman Al-Farisi , seorang pemuda yang berasal dari Parsi mencadangkan mereka membina parit diluar kota., bagi menghalang kemaraan musuh. Cadangan itu diterima dan bermulalah seluruh umat Islam bertungkus lumus siang dan malam menggali parit yang lebarnya tidak boleh dilepasi oleh lompatan kudan dan sangat dalam.

Tentera musuh yang tiba di Madinah terkejut dengan apa yang mereka lihat diluar kota Madinah. Serangan tidak dapat dilancarkan seperti yang dirancang, kerana halangan parit sedemikian tidak langsung mereka jangkakan. Mereka berkhemah di tepi parit selama 15 hari . Akhirnya turun ribut pasir di sebelah malam , dan mereak pulang dengan kekecewaan. Peristiwa ini disebut di dalam al-quran firman Allah s.w.t.:

" Dan Allah menghalau mereka kembali ( angkatan tentera) orang yang kafir itu ( ke tempat masing-masing)dengan keadaan mereka geram marah ( kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan dan Allah selamatkan orang yang beriman daripada bencana menghadapi peerangan itu dan ingatlah adalah Allah maha kuat , lagi Maha Kuasa." 

( Surah al-Ahzab 33:25)

Semoga memberi input buat anda semua.. :)

Gambar | Binatang pelik di temui di Antartika

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia..

Entry ni ada sepenuhnya dalam bahas Inggeris kecuali ayat Inroduction ni..Selamat menggunakan google translate kalau tak faham..huhuh..Selamat membaca ye..

A large survey of Antarctic life was conducted back in year 2008 by scientist all over the world. New Zealand’s National Institute of Water and Atmospheric Research played a key role in this survey. They and other researchers collected 30,000 sea creatures—many new to science—during a 35-day census in Antarctic waters in February and March. The large-scale survey was part of the International Polar Year and Census of Antarctic Marine Life programs, which study the diversity of Antarctic marine life. Of many new species discovered, prior unknown to man, we are presenting ten.

This 19 inch long creature may be tunicate or a sea-squirt, say scientists. This mysterious animal was found floating 7218 feet below water surface in the Ross Sea off southern Antarctica .


This is, what scientist say, a 9.8 inch long sea spider found in Ross Sea shelf in southern Antarctica . Cold temperatures, few predators, and high levels of oxygen in seawater could explain their gargantuan size, Don Robertson of New Zealand’s National Institute of Water and Atmospheric Research told the Associated Press.

They call it the Antarctic Octopus and it was marked as the 18th octopus species ever found. This octopus was found at the depth of 3280 feet.

A unique type of starfish, that looks like a sack, measuring 24 inch in length was discovered by New Zealand’s National Institute of Water and Atmospheric Research on February 15, 2008.

This is a totally new species. It measures 2.5 inch across the heard and up to 39 inch in length.

The call it stareater, also discovered in 2008. This fish has very soft skin that was damaged by the net (see pic below). The fish generates red light and lures its prey towards it. Once the prey is in striking distance, the sharp, needle-like and curved teeth give no second chance to it. The fish belongs to Stomiidae family and grows up to a size of 8.3 inch.

This is a new type of daggertooth, and according to scientist the southernmost daggertooth ever found. The fish has sapphire blue eyes along with a long mouth containing curved teeth to immobilize prey, clamping down and pulling back to tear through and paralyze the victim’s spine.

This species is called amphipod and was first discovered in year 2004 by Antarctic research ship Tangaroa. This crustacean looks like a shrimp and was collected from a depth of 985 feet from the same location in year 2008.

It is a new specie of sea pig; declared as a genus of sea cucumber (holothurians). Sea cucumbers are part of a group of marine animals that inhabit the seafloor, including sea squirts, sea stars (starfish), sea slugs, corals, clams, sponges, and urchins.

High-powered cameras photographed this sea star or a starfish of the genus Labediaster (lower left) surrounded by brittle stars on a seamount 492 feet (150 meters) below the surface of Antarctica’s Ross Sea .

Wednesday, January 19, 2011

Warkah untukmu...

Assalamualaikum w.b.t

Syukur kepada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.

Akhi, rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih baik darimu . Yang Tak pernah Mangantuk dan Tak Pernah Tido. Yang siap terus menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang Selalau bersedia berdua-duaan di sepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apapun yang kupinta. Ia yang Bertkahta, Berkuasa dan memiliki Segalanya.

Maaf akhi, tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding Dia. Kau sangat lemah, kecil dan kerdil dihadapanNya. Ia berbuat apa sahaja sekehendakNya kepada mu. Dan akhi, aku khuwatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut , hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal Ia, Maha Kuat , Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.

Akhi, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti akan ditanyakan olehNya. Ia bisa marah, saudara. Marah tentang saling pandang yang pernah kita lakukan, marah kerana setitik sentuhan kulit kita yang belum halal itu, marah kerana suatu ketika dengan terpaksa dan harus membonceng motormu, marah kerana pernah ketetapanNya kuadukan padamu atau tentang lamunanku yang selalu membayangkan wajahmu. Ia bisa MArah. Tapi sekali lagi semua belum terlambat. Kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang, semoga Ia mahu Memaafkan dan Mengampuni. Akhi, Ia MAha Pengampun , Maha Pemberi Maaf,Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.

Akhi, jangan marah ya. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku padaNya, tidak pada selainNya. Tapi tak cuma aku, akhi. Kau pun bisa menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan. Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-larangan Nya termasuk dalam soal hubungan kita ini. InsyAllah, Dia punya rencanan yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang wanita shalihah. Ya, wanita shalihah yang jauh lebih baik dari diriku saat ini. Ia yang membantumu menjaga agamamu, agar hidupmu senantiasa dalam kerangka mencari redha Allah dalam ikatan pernikahanyang suci. Inilah doakuuntukmu, semoga kaupun mendoakanku , akhi.

Akhi, aku akan segera menghapuskan namamudari memori masa laluyang salah arah ini. Tapi aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara dijalan Allah. Ya, saudara di jalan Allah, Akhi. Itulah ikatan terbaik Tak hanya antar kita berdua, tetapi seluruh orang mukmin di dunia. tak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah s.a.w di telaganya, lalu beliauun memberi minuman kita dengan air yang lebih manis dari madu, lembih lembut dari susu dan lebih sejuk dari krim beku.

Maaf akhi, Tak baik rasanya aku berlama-lamamenulis surat ini. Aku takut ini merusakkan hati. Goresan pena terakhirku di surat ini adalah doa keselamatan dunia akhirat sekaligus tanda akhir daripada hubungan haram kita, insyAllah.

Wassalamualaikum w.b.t.

Salim A. Fillah ( Nikmatnya Pacaran setelah pernikahan)

Tuesday, January 18, 2011

Pesanan | buat perokok

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau nak cerita pasal kesan-kesan merokok ni, amatlah banyak sekali.. Pihak kerajaan pun dah ambil banyak inisiatif kepada perokok2 di negara ini amanya..

Tetapi, seoalah-olah tiada kesan langsung kepada perokok-perokok ni..Tak tahu la nak buat cmna lagi dah..Pejabat kesihatan pon dah tak larat nak buat iklan..Poster bertaburan merata2 tertulis akibatnya bahaya merokok..Tapi still ramai je lagi org merokok..

Tindakan kerajaan menaikkan harga rokok seolah-oleh menaikkan lagi jumlah penghisap rokok..Tidak cukup dengan lelaki, perempuan pun semakin hari semakin galak nak hisap rokok..Dunia oh dunia..

Ok la..Senang citer, kalau dengan ini semua masih tak sedarkan diri, sedarlah wahai perokok yang beragama Islam..Rokok itu HARAM. Apabbila hukumnya HARAM, makanya barang siapa yang masih melakukannya, NeRAKA la tempatnya..makanya siapa yang melakukanya dibalas dengan balasan dosa..Apabila balasan dosa melebihi timbangan pahala, maka anda pun tahu dimana tempatnya..

Api NERAKA bukan macam api rokok. Api neraka adalah api yang tidak boleh digambarkan tahap kepanasannya. Kalau anda rasa anda tak malu dengan masyarakat Islam lain..Tapi malu la pada Allah.. Kalau rasa dah tak nak hidup lama, hisaplah rokok..

Kepada perokok diluar sana, anda solat tak? anda puasa tak? anda bayar zakat tak? Kalau semua ini anda buat, Alhamdulillah..Tapi malangnya, disamping anda melakukan ibadah, tanpa anda sedari anda juga melakukan kemaksiatan kepadanya..Alangka takutnya kita bila pahala ibadah kita tidak dikira olehnya disebabkan kemaksiatan yang kita lakukan..

Kalau sebelum ni tak tahu kata rokok tu HARAM, kali ni bila saya dah bagi tahu, maka tinggal la..Sia-sia ja sembahyang tapi dalam masa yang sama melakukan kemaksiatan kepada Allah..Kalau Jahannam la tempat yang anda impikan, teruskan la menghisap rokok..Cepat mati, cepat habis duit, cepat dapat dosa. 

Sekadar mengajak kearah kebaikan. Semoga kita tergolong di dalam golongan yang mendapat peunjuk dan hidayah daripadaNYA.


Sedikit info tambahan:

***************

WASHINGTON (AFP) - – Those first few puffs on a cigarette can within minutes cause genetic damage linked to cancer, US scientists said in a study released.

In fact, researchers said the "effect is so fast that it's equivalent to injecting the substance directly into the bloodstream," in findings described as a "stark warning" to those who smoke.

The study is the first on humans to track how substances in tobacco cause DNA damage, and appears in the peer-reviewed journal Chemical Research in Toxicology, issued by the American Chemical Society.

Using 12 volunteer smokers, scientists tracked pollutants called PAHs, or polycyclic aromatic hydrocarbons, that are carried in tobacco smoke and can also be found in coal-burning plants and in charred barbecue food.

They followed one particular type -- phenanthrene, which is found in cigarette smoke -- through the blood and saw it form a toxic substance that is known to "trash DNA, causing mutations that can cause cancer," the study said.

"The smokers developed maximum levels of the substance in a time frame that surprised even the researchers: just 15-30 minutes after the volunteers finished smoking," the study said.

"These results are significant because PAH diol epoxides react readily with DNA, induce mutations, and are considered to be ultimate carcinogens of multiple PAH in cigarette smoke," the study said.

Lead scientist Stephen Hecht said the study is unique because it examines the effects of inhaling cigarette smoke, without interference from other sources of harm such as pollution or a poor diet.

"The results reported here should serve as a stark warning to those who are considering starting to smoke cigarettes," Hecht said.

Lung cancer kills about 3,000 people around the world each day, and 90 percent of those deaths are attributable to cigarette smoking.

The research was funded by the National Cancer Institute.




***********

Monday, January 17, 2011

Travelog | Pengalaman di Bandung, Indonesia

Air Asia jew...
Assalamualaikum w.b.t

Kapan bulan 12 yang lalu, saya bersama2 dengan sahabat daripada Kelab Iqra' UTM telah menghadiri satu program GOP ( Global Outrich Program) ke negara jiran kita iaitu Indonesia. Kami berpeluang melawat 2 tempat menarik iaitu di Bandung dan juga di Jogyakarta.

emran, nabil, hafiz - R&R Machap

Pada 2 entry lepas, saya telah ceritakan pengalaman semasa di Gunung Merapi dan juga pengalaman semasa membeli belah di Malioboro Jogyakarta. InsyAllah kali ini saya nak cerita pengalaman di Bandung pulak..

Prepaid card di Indonesia
Apa pendapat anda tentang Bandung? jem? sesak? panas? dan apa lagi? ok..ni semua persoalan2 yang saya persoalkan sebelum berlepas ke sana. Namu apa yang terkejutnya, ada yang tepat dengan apa yang saya bayangkan dan ada jugak yang memang tak pernah terpikir dalam akal saya.
Welcome to Soekarno Hatta International Airport

Tahukah anda, Bandung tu sejuk pada Malaysia walaupun bukan berada di tanah tinggi? Namun, kami dapt rasakan suasana sejuk tu seperti di Kundasang Sabah yang mana suhu biasanya adalah sekitar 22 darjah celcius. Terkejut bukan? Asrama yang kami menetap tidak mempunyai kipas disebabkan cuaca di sana.
KFC pon ade jugak di sana.

Di Bandung juga, sempat kami bersoal jawab dengan persatuan Islam di sana yang menjalankan aktiviti tarbiah juga iaitu GAMAIS. Nak tau apa itu GAMAIS, mungkin boleh search dekat google..Hehehe.Untuk makluman juga, kami berdialog didalam 1 bilik kuliah yang mana bilik kuliah itu juga tidak mempunyai aircond atau kipas. Boleh bayang tak? Saya nak gambarkan kepada anda semua bahawa cuaca di sana agak sejuk berbanding di Malaysia. Sempat juga kami menunaikan solat di Masjid Salman ITB dan juga tidak mempunyai kipas mahupun aircond.
Angkutan yang dimaksdukan

Tapi apa yang bestnya, walaupun tidak mempunyai kipas mahupun aircond, tapi sistem pengudaraan di dalam Masjid mahupun bilik tutorialnya adalah terbaik. Design bagunannya membolehkan angin sentiasa masuk
seoalah2 seperti memasang aircond. Semua tempat ke tak ada kipas? Tidak jugak..ada je tempat yang ada kipas dan aircond. Saya rasa , hanya tempat2 terpilih sahaja yang tidak mempunyai aircond dan kipas.
Dari segi cuaca dan suhu, saya lebih prefer Bandung la..Best..huhuh
Tandas= kamar kecil..hehe

Tempat apa lagi best di Bandung? Pada hari pertama di Bandung, kami dibawa ke satu tempat pelancongan tanah tinggi yang diberi nama Taman Hutan Raya. Tempat ni adalah kawasan bukit. So, disitu terdapat juga gua-gua lama seperti gua Belanda dan banyak lagi gua2 menarik. Di dalam perjalanan di dalam sana, tidak ketinggalan juga org2 disana menjalankan aktiviti menjual jaggung panas..Bole tak bayangkan, dengan keadaan yang sejuk+ cucaca yang aman damai, pastu makan jaggung panas..Peehh..memang sedap...Nak lagi sedap lagi bila Dr Razali ( pensyarah pengiring) yang belanja..hehehe..
Masjid Salman ITB Bandung

Ok..Pernah dengar Teksi? ok, kalau di sana, saya tak pasti la samaada, ada ke tak teksi. Tapi, disana terkenal dengan angkutan. Angkutan adalah seperti yang ada di dalam gambar dibawah ni la..Yang bewarna hijau atau biru.. Kalau tak salah, 1 angkutan penuh lebih kurang 50000 rup dalam RM15 la..Sepanjang di sana, kami banyak menggunakan angkutan ni kemana saja tempat yang dituju. Angkutan ni boleh memuatkan kira2 10 org.. Tapi kalau badan slim2 tak ada masalah la...hehehe..

Keadaan dalam angkutan
Angkutan ni sebenarnya agak brutal la jugak..Di bawa seperti bawa moto di Malaysia..Maksudnya, dia bawa van tu dengan menyelit seperti dia tu adalah moto..memang menjerit jugak la satu van..Pastu pulak, kalau dia nak u-turn, terus je belok..Tak perlu cari tempat lapang atau kawasan yang sesuai utk u-turn..memang brutal habis la..Tengah2 jem gila pon dia boleh u-turn dengan slumbernya..

Friend 4 evar..Ayat klasik giler..
Nak kongsi lagi, penggunaan Honk di sana adalah wajib..Setiap masa menggunakan Honk tak kesah la motor ( speda) , mobile ka, ape2 je la..Honk di Indonesia adalah menggambarkan bahawa kita seoalah2 untuk mintak permisi nak lalu..Ia juga  boleh dikatakan seperti nak bagi tahu bahawa kita nak guna jalan tu.. So, kalau anda jalan tepi2 jalan tu, kena honk ka apa, tidak bermaksud kita tu jalan di tengah sangat ke ape..Tapi diorang Honk sebab nak bagi tau diorang nak lalu..

Gunung Merapi :)
Sebagai orang Malaysia, apabila bunyi honk, automatic kepala ni nak tengok, siapa la yang hon tu..Mane la nak tau kot2 kawan ke, sape ke..Betul tak? tapi dekat sana lain..Kalau honk je, buat tak tau je..Macam tak ada apa2 berlaku..lawak pon ada kalau difikir2kan balik..hehehe..

Bersama pelajar ITB ( GAMAIS)
Budaya di sana agak lain dengan kita..Kalau tengok org perempuan di sana, walaupun tak pakai tudung ke, tapi bila time sembahyang penuh yang datang solat..Kalau di Malaysia ni, kalau yang tak pakai tudung ni, rasanya agak jauh la untuk singgah ke Masjid..Betul tak? Pakaian di sana juga  agak berlainan dengan kita..Ramai sgt yang suka pakai legging tu agak ramai la..Tapi kalau time solat, penuh je Masjid..tu yang rasa macam peliku jugak kadang2 tu..

Taman Hutan Raya
Dari segi waktunya pula, di Indonesia lewat 1 jam daripada waktu kita..Maknanya, kalau di Malaysia subuh pukul 5, di Indonesia subuh pukul 4. Approximate 1 jam la..Cerita pasal jam ni pon kelakar jugak la..Setibanya di airport Jakarta, kami terus solat..Pastu bila tengok masa time tu baru pukul 3.30pm.

nabil, ahmad, fikri
Tapi bila tengok jam di dinding masjid pukul 2.30 pm..Saya dengan slumbernya cakap, diorang tak set ke jam ni..Dah lewat sejam ni..Kalau lewat sikit2 boleh consider lagi..Hehehe..Pada waktu itu memang tak perasan lagi kata jam dah lain waktunya..Huhuhu..

Makcik jual jaggung
Banyak sebenarnya nak cerita..Ok..Cerita bab prepaid card pulak..Amaran, jangan beli kalau org jual prepaid card di Airport. Sebabnya, kami semua dah tertipu..Harga di Airport untuk prepaid card adalah lebih kuran 50000 = RM15 dengan kredit(pulsa) sebanyak 5000. Untuk pengetahuan, kalau di luar kawasan daripada Airport, prepaid card boleh dapat serendah 5000 rup lebih kurang RM2. Memang jauh benar harganya..Tapi nak buat cmna, benda dah lepas..huhu..Amik ini sebagai pengajaran okey..

Ustaz Nasir semasa di toko buku
Untuk makluman juga, kami ke Jogyakarta dengan menaiki train ( kereta dlm bahasa Indonesia) . Dengan mengambil masa leihkurang 8 jam, memang banyak sangat pengalaman di sana. Kepada yang pergi dengan family, saya dengan serius mencadangkan supaya beli tiket kelas business.

Walaupun mahal sikit, tapi agak puas la..kelas business di sana sama dengan kelas ekonomi kita. Kelas business di sana hanya mempunyai kipas sahaja ok..Jagan ingat business class ada aircond yew..heheh..


Al Yazid. i LOVE Malaysia
Kalau beli tiket ekonomi, memang agak ngeri jugak tengok..Tempat duduk bebas untuk ekonomi. Seperti macam naik bas biasa je..Pastu, org yang tido atas lantai jgn cakap la..Memang banyak sangat..Pastu pulak, org yang menjualnya lagi, org yang  meminta sedekah lagi memang agak pack la..kalau nak try boleh la...tapi saya tak galakkan untuk mencuba..Huhuhu..

ITB punya library..Modern giler..
Stesen keretapi di agak cool jugak sebab boleh lintas atas rail dengan slumbernya..Kalau ada keretapi, pintu gate utama di akan tutup supaya org tak boleh lalu..Kalau sapa yang ada penyakit athma, anda  digalakkan membawa 'mask'..InsyAllah sesuai untuk anda..Asap disitu amat terasa banyaknya..Seperti tiada oksigen pon ada kadang2 tu..

Rasanya cukup la untuk kali ini..Bukan sekadar nak ceritakan pengalaman..Tapi apa yang boleh di ambil iktibar dari pengalaman saya, amik la..Moga berguna untuk anda semua..

Wasalam

p/s: gambar dari sumber yang pelbagai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...