i-Pad 2 | Coming Soon

Apple Inc digambarkan dan telah dihebohkan dengan prdoduk terbarunya iaitu i-pad 2. Sebelum ni, pihak Apple telah melancarkan i-pad dan mendapat sambutan yang ama menggalakkan..


Bedasarkan pengalaman saya mengendalikan i-pad, saya boleh kata dengan ayat yang mudah iaitu i-pad is almost same to i-phone. Tpi tetap tak sama disebabkan i-pad tidak boleh membuat panggilan seperti telefon biasa. Walaubagaimanapun, panel dan juga graphic design dalaman dia adalah lebih kurang i-phone.

Degan adanya Apple i-pad 2 ni, pihak Apple sedikit sebanyak berjaya untuk menyangi pelbagai produk gadget yang serupa dengan i-pad seperti samsung, motorola dan banyak lagi..Tapi apa yang lebihnya i-pad 2 ni?

Antar kelebihan i-pad 2 yang saya tahu adalah reka bentuknya yang lebih nipis seperti i-phone 4. Tahu kan  i-phone 4? tak tahu boleh search google..huhu..Kelebihan lain adalah seperti SD card slot untuk memudahkan storage dan sebgainya..Difahamkan juga, kuali graphicnya juga dipertingkatkan.

tambahan lagi, RAM untuk i-pad 2 ini di ramalkan lebih laju berbanding yang lepas dan juga mempunyai internal camera di hadapan panelnya. Tapi semua ini hanyalah ramalan sahaja..

InsyAllah kalau tak salah, 3 MArch 2011 adalah pelanacaran rasminya. Sama kita nantika..Tapi tahukah anda, i-phone 5 akan dilancarkan pada bulan June tahun ni..Maklumat lanjut saya akan update kemudian..

Selamat berhujung minggu.. :)

Info Jumaat 31 | Kisah Muhammad Edwin Bin Michael

Kisah ni memang panjang..Tapi apa salahnya kalau korang habiskan baca cerita ni..MasyAllah memang hebat..

Seorang Christian Allican

Unimas atau UTM?

Aku mula berpisah dengan keluarga semasa aku menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan. Soalan tadi terjawab apabila aku memilih untuk ke UTM, ditempatkan di L20 KTHO. Bermulalah episod sebagai seorang pelajar universiti selama 4 tahun di Fakulti Kejuruteraan Awam.

Tahun pertama sem pertama di sana, senior-senior aktif mengajak orang baru seperti kami untuk ke Good Hope Church ketika hujung minggu. Allan Benley, salah seorang daripada mereka. Aku mengenali dia beserta no.telefonnya, tapi percayalah…aku tak pernah contact dia pun selama setahun. Ke gereja pun on/off.

Aku lebih pentingkan akademik. Cuti hujung tahun, cuti kan? Jadi, masa cuti itu aku gunakan untuk mempelajari Bible secara intensif. Ya, intensif! Aliran Allican yang lebih bersifat tradisional tidak membuatkan aku bersemangat sepeti sekarang selepas aliran Chrismatic yang lebih sesuai kepada sifat pemuda memasuki jiwa aku.

Selepas selesai beberapa modul tentang aliran baru bagiku ini, aku dan beberapa kawan lain dibaptis lagi di Stulang. Aku rasa bersemangat. Masuk tahun kedua, aku contact semula Allan. Dia datang ke bilik aku dan kami pun borak-borak biasa. Masa itu, Bible ada di atas meja study. Allan tiba-tiba bertanya.

“Adakah Edwin percaya yang Bible ini firman Tuhan?”
“Adakah Edwin percaya yang Tuhan bebas daripada kesilapan?”
Aku tersentak. Lebih tersentak apabila soalan diteruskan.

“Kalau Bible ada kesilapan, Edwin percaya lagi yang Bibe ini firman Tuhan?”

Peh. Walau camne pun, hati aku masih percayakan keyakinan sekarang! Aku takkan mengalah. Allan buka cerita yang Bible ini banyak percanggahan. Sangat banyak. Aku berdendam dalam hati, ”Kenapa dia tunjuk semua nih ha?? Ok! Kalau betul yang Bible ini salah, aku takkan percaya lagi!”

Rupa-rupanya, Allan baru 2 minggu revert to Islam. Aku sangat terkejut, sangat marah dan sangat tidak faham. Kenapa dia memilih jalan itu? Lebih menyesal, kenapa aku contact dia malam ni?? Aku tergamam tanpa diketahui. Selepas Allan balik, aku tutup pintu bilik kemudian aku berazam dengan lebih komited untuk belajar Bible lagi supaya aku dapat balas hujah-hujah Allan tadi.

Aku berkongsi juga dengan pihak gereja. Tapi aku dapat ayat begini, ”Mana dapat semua semua ni? Just have faith!”

Aku teringat kata-kata dendam aku. “Aku takkan percaya kalau Bible ini ada kesalahan”. Suatu malam, Allan membawa Al-Quran untuk diberi pada aku. Seriously, I just want to shut the door. I’m scared to touch it, reading the quran? No!. However, I can’t throw it away into any dustbin, because I was teached to respect any other religious books. Jadi, aku simpan saja dalam almari selama beberapa minggu.

Aku teringat lagi. “Aku takkan percaya kalau Bible ini ada kesalahan”

Entah bagaimana, aku rasa 'teringin' dengan Quran tadi. Aku buka, tapi sebelum itu aku kunci pintu. Aku buka buku itu daripada kiri ke kanan. Eh, macam silap. Aku buka semula daripada kanan ke kiri. Aku selak, sampai di satu muka surat. 
Aku terasa. Aku teruskan lagi bacaan di atas katil.

"Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara."  (Surah An-Nisaa',4:171)

Meremang bulu roma. “Ah!. Kenapa tiba-tiba aku rasa nak masuk islam??”. Aku baca lagi, baca lagi, lagi dan lagi…sehingga aku tutup semula buku itu. Satu perasaan, yang tak dapat digambarkan. Tergamam.

Esoknya, aku jumpa Allan. “Aku tahu Islam itu benar, tapi aku tak mampu. Aku sayang keluarga aku.”

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, 2:286)

Kemudian…

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." (Surah An-Nisaa',4:48)

Aku buat keputusan untuk mengucap syahadah,dalam masa yang sama aku teringat muka ayah dan ibu. Selepas itu, buat pertama kalinya aku masuk ke dalam MSI. Ungkapan pertama daripada mulut aku.

“Eh, luasnya. Tiada kerusi pun”

Lalu aku jumpa ustaz Nasir Masroom, dia inginkan aku mengucap syahadah untuk menyakinkan dia. Pertama kali juga, aku dapat buku agama sekotak! Banyaknya! Walau camne pun, aku mahu, berita keislaman aku dirahsiakan. Tapi, kerana mulut beberapa orang ia tersebar juga. Geram! Aku putuskan hubungan dengan kawan-kawan muslim yang lain sampai hujung tahun dua.

Tahun ketiga, sekejap sahaja masa berlalu. Aku dapat roommate baru, Chinese. Ketika itu, aku berkata pada diri sendiri, “Peluang untuk aku islam dah tiada”. Tapi, satu perkara susah dinafikan. Allan langsung tak pernah putus asa walaupun dia kena reject. Hati aku terbuka semula, tapi bersyarat. Aku mahukan bilik single, berseorangan. “Ok”. Memang dapat, tapi rupa-rupanya bilik single baru tu bertentangan dengan bilik Allan. Aduh.

Walaupun aku berpisah dengan kawan-kawan muslim lain, tapi aku masih sedar yang islam itu benar. Allan perkenalkan seorang muslim lain, berkopiah, senang cerita dia itu imam. Err. Habislah aku. Nama dia, Abg Muhajirin. Terima atau tidak, aku dapat rasakan yang Abg Muhaijirin ikhlas untuk berkawan dengan aku.

Suatu malam, dia tidur di bilik aku. Solat depan aku. Macam mana dia boleh buat macam tu depan aku? Kat bilik aku pulak tu? Selepas beberapa malam, Abg Muhajirin kejut aku bangun pagi-pagi. “SOlat subuh jom?”
Aku menuruti kata-kata dia. Tak pernah-pernah aku solat sejak aku mengucap syahadah tahun lepas. Ini kali pertama. Tapi, aku tak pandai baca surah tu..surah al-fatihah. “Ikut je ye?”.

Dan, dan…itulah kali pertama aku solat sebagai seorang islam. Itulah kali pertama, aku rasa suatu perasaan yang sangat tenang. Rukuk, sujud, walaupun tanpa baca apa-apa, umpama terapi yang sangat menenangkan jiwa. Sejak dari itu, aku tak pernah berpatah balik untuk masuk Christian semula.

Tiap-tiap minggu, Abg Muhajirin tu selalu bawa aku ke masjid Taman Universiti untuk solat jumaat. Umur aku yang meningkat sedikit demi sedikit, bagi kekuatan untuk aku. Aku bersyukur sangat. Alhamdulillah.


Aku Seorang Islam

Kini (2011), aku dah jadi seorang islam selama 3 tahun. Abang aku pernah cakap, “Aku akan buang kau daripada keluarga ni!”. Aku selalu berada dalam dilemma, dilemma untuk bercakap. Jadi, aku ikut berdakwah CRS ( comparative religious study) untuk berlatih bercakap. Iya, walaupun lidah aku ni pendek. Susah nak sebut ‘S’.

Aku, tak boleh simpan islam dalam diri, aku kena beritahu orang lain! Lagi-lagi keluarga aku, aku sayang mereka. Aku ada baca buku tentang perjalanan roh, takut sangat. Ikutkan, tahun lepas aku nak beritahu mereka, tapi masih belum kuat lagi, tak berupaya lagi. Alhamdulillah, bulan lepas (Jan 2011), aku dapat cakap kat mak. Mejadi kebiasaan aku, tiap 2 3 hari aku akan hubungi mak. Aku dengan mak memang rapat.

“Mommy, apa khabar?”
“Baik. Kamu?”
“Sihat juga mommy. Mommy, saya nak beritahu sesuatu. 3 tahun lepas, saya masuk islam”.

Aku menerangkan segala-galanya. Mommy, senyap membisu.

“Kalau mommy perasan, dalam masa 3 tahun tu, masa hari gawai saya tak sentuh pun makanan tak halal, arak pun”.

Akhirnya Mommy membuka mulut. “Nama ayah kamu ada lagi tak?”

“Ada mommy. Nama saya Muhammad Edwin bin Michael”
“Mommy minta sesuatu, jangan beritahu ayah lagi”.

Bulan depan (Mac 2011), aku akan balik ke Sarawak, aku akan beritahu Ayah. Kawan-kawan, adik-adik sekalian..aku minta..antum (kamu) semua doakan supaya urusan aku ni nanti, dipermudahkan oleh Allah. Terima kasih, jazakallah khair. Moga Allah membalas amal baikmu ini.


Pencari dan Pemberi Islam

Cerita ini diharapkan, dapat memberi satu isi penting tentang apa yang ada dalam diri masing-masing, sekarang iaitu ‘islam’. Kebanyakan daripada kita, hanya simpan dan tidak memberikan ia kepada orang sekeliling. Mungkin terlalu berharga untuk dikongsi, tapi ingatlah.

Lebih banyak kita berkongsi, lebih ‘kaya’ kita. Ini kisah benar, hasil perkongsian Edwin di KTHO semasa talk 'Aku beriman, Maka Aku bertanya". Kawan2, jangan lupa doakan saudara kita ni. Anda mahu kata dia muallaf? Sudah tidak relevan rasanya, kerana maksud 'muallaf' adalah, orang2 yg perlu/ingin didekatkan hati pd Allah. Barangkali, kita pula adalah 'muallaf', walaupun dah lama menjadi seorang muslim. nasihat aku kpd kita semua, jadilah seorang islam yang benar-benar islam. jzkk khair, moga Allah membalas jasa baik anda dengan membaca kisah ini. terima kasih.

Terima kasih kerana habiskan pembacaan anda. :)

i-phone bukan NO1


kalau kita sebut i-phone, sapa yang tak tahu kan? ramai jugak rakyat malaysia kini mengilai i-phone atas sebab2nya yang menarrik dan jugak application yang ditaearkan..Namun tahukah anda, disebalik kegairahan kita untuk memiliki i-phone, kini i-phone bukan lagi menjadi no 1. Nak tahu telefon apa yang kini berada di no 1, boleh baca dibawah petikan dari kosmo.

*********
LONDON - Satu kajian terbaru mendapati telefon pintar keluaran Apple Inc, iPhone bukan lagi antara gajet paling laris di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Telefon pintar iPhone kini berada di tempat keenam senarai telefon pintar terlaris di negara itu dengan orang ramai cenderung memilih gajet serupa yang jauh lebih murah.

Kajian tersebut dibuat oleh laman web uSwitch.com Mobile, yang menyenaraikan telefon pintar yang paling popular pada masa kini di Britain berdasarkan nilai jualan dan pencarian di Internet.

Ia mendapati telefon pintar Desire keluaran syarikat Taiwan, HTC menduduki tempat pertama senarai itu dengan diikuti HTC Desire HD dan HTC Wildfire.

"Selain boleh mengakses beribu-ribu aplikasi seperti iPhone, HTC Desire memiliki kelebihan lain yang memikat pengguna," kata komen di uSwitch.

Telefon HTC dan beberapa gajet lain meniru aplikasi skrin sentuh iPhone yang menjadi popular.

Semua telefon pintar kini menawarkan akses Internet kelajuan tinggi bersama-sama video, muzik dan pelbagai jenis permainan. - Agensi

**************

Persoalannya, pada saya ranking tersebut sama sekali tak menjejaskan niat saya untuk memiliki i-phone..Tapi kalau anda pulak saya tak pasti la bagaimana..Tapi tidak dinafikan juga, semakin hari semakin banyak telefon pintar yang dikeluarkan..Mungkin banyak improvement telah dibuat menyebabkan pihak apple sedikit ketinggalan..

ungkinkah 1-phone 4s akan dikeluarkan tidak lama lagi? Tak pon i-phone 5? Sama2 kita nantikan... :)

Gambar | Pengalaman bermain Ice Skating

Kami ketika masih kering..
bagai budak baru belajar berjalan..Itulah yang mampu saya tafsirkan apabila berpeluang untuk mencuba sukan ice skating ini. Lawak benar bila tengok balik video2 yang elah dirakamkan oleh sahabat saya yang tak dapat turut serta atas sebab2 tertentu.

Kisahnya bermula disini..Tujuan kami ke Kl adalah untuk melawat tempat2 industri..namun disebalik lawatan ini, terselit juga masa yang free dan kami bersetuju untuk ke Sunway Piramid, Subang. Sebelum ni memang dah heboh dengan kawan2 kata kita nak main ice skating kat sana..So, tanpa memikir panjang, masuk ja dalam kawasan shopping omplex, terus ke ATM..hahaha..

Terselamat dari jatuh..hehe
Atm first la ek..Amik duit dulu..Lepas tu baru kami bergeggas ke tempat Ice Skating..Mula2 tu dalam 4 org je nak main termasuklah saya..Lepas tengok ramai kawan2 lain main, so totalnya lebihkurang 15 org lelaki yang main..Memang best sgt..15 org semua bermain benda yang sama dan kebanyakkan semua adalah kali pertama..Org KL sendiri pon tak pernah nak main benda2 cmni..huhu..

Perkara biasa berlaku tanpa ada angin atau ribut..hehe
Pelan2 ye otai..huhu


OK..mesti korang nak tahu harga dia kan? Kebetulan kami pergi tu adalah hari Jumaat dan ia jatuh pada hari biasa..Maka harganya adalah RM13 untuk permainan sahaja..Tiada tempoh masa dikenakan..Main la sampai tercabut kaki pon boleh..Lain2 fees adalah glove RM8 dan stokin RM5. Kalau siapa yang dah ada, boleh ja bawa..Jimat la sikit...Disebabkan kami semua ni first time, maka kami kena beli la sarung tagan tu..Cantik jugak..Banyak warna2 menarik..Tapi sayangnya tak boleh pilih..huhu..Kebetulan saya dapat warna oren sesuai degan tema baju pada hari tu..huhu..(macam karangan la pulak). Haha..
Ni imbang badan ke ape nie..huh

Perkara biasa lagi..huhu

Antara perkara yang biasa berlaku di dalam kawasan ice tu adalah:

1- Jatuh
2- Excident
3- Terkapai2.( terhuyung hayang)
4- dll

Basah tu adalah perkara biasa yew..Tak basah tu mungkin dikategorikan pelik kot..Kalau tak jatuh itu mungkin satu keajaiban..Hahaa..

Angkat kaki sebelah tu..huhu
KAlau nak tahu, orang yang jalan dekat tepi2 tu pon boleh jatuh tau..Kalau dia tak kacau org pun, jab g ada la org yang kacau dia..Hahaha..Semua yang main tu tak ada liense..So, memang banyak kemalangan berlaku..Biasanya semua disebabkan tak tahu nak brake..Bila xtahu nak brake, maka langgar je la apa yang ada..Hihih..
peace..

Tapi, kalau saya diberi masa 2 jam lagi, mungkin dah mampu untuk belajar brake kot..Huhuhu..Saya HANYA jatuh 2 kali je kot( ayat poyo di situ)..huhu. itu pun sebab kemalangan yang tak dapat dielakkan apabila Ahmad membrake secara tiba2..huhu..

"dah xlarat nak jatuh dah..hmm"

Untuk kali pertama saya main, ini lah sukan yang paling best saya rasa..Kenangan terindah mungkin..Lepas ni kami mungkin tak akan bersama lagi..Lepas ni ada yang nak kawin, kerja, sambung belajar dan macam2 lagi..Seronok degan kamu2 semua wahai sahabat ku 4 SET.. Lain kali kita main lagi yew..

Nak rasa feel dia? Try la sekali..Serius best .. :)

Kuala Lumpur Industrial Visit 2011

Assalamualaikum w.b.t

Kuala Lumpur industrial visit itulah nama yang diberi untuk trip kami bermula jam 8.00 malam ni dan sehingga 19hb februari ni. Tujuan program ni adalah untuk mememerhatikan dengan lebih dekat bagaimana proses2 berkaitan telecomunikasi ini dilakukan.

Untuk makluman, kami pergi ni atas tiket dibawah subjek wireless communication. So, antara company yang akan kami lawati adalah seperti MIMOS, P1 Wimax, KLCC (bridge) , KLIA (menara kawalan), pusat sains Negara dan banyak lagi.

InsyAllah, jika diberi masa dan kelapangan, saya akan kongsikan apa yang terbaik buat anda semua. Sepanjang program ni, kami akan menetap di UTM KL. Jimat siket badget ..huhu.. sekadar nak kongsikan apa yang akan berlaku dalam masa 4 hari dari sekarang..

Kalau lama tak update blog tu, paham2 la yew..kepada yang dah bekerja di company2 telecommunication, kalau ada jawatan kosong tu, roger2 la..Hehe..insyAllah bulan 5 ni tamatlah sesi pengajian saya di utm. Sedang sebok mencari kerja ni..( padahal tak cari pon lagi)..huhu

Doakan perjalanan kami semua selamat pergi dan pulang..

Wasalam

Keputusan Penuh Perlawanan Bola Sepak Liga Super 2011 | 15 Februari 2011

Berikut adalah keputusan terkini perlawanan bola sepak liga super 2011:

Sabah 0 Vs Johor 1
Selangor 3 Vs Terengganu 2

Kuala Lumpur 0 Vs Kelantan 2
Negeri Sembilan 0 Vs Felda United 0

Kedah 0 Vs Perak 0
Pahang 1 Vs T-Team 0

Harimau Muda 2 Vs Perlis 1

Majulah Sukan Untuk Negara :)

Konsert Mohsen Namjoo dibatalkan

Assalamualaikum w.b.t.

Kenal tak Mohsen Namjoo? Kalau tak knal lagi boleh search dekat google..InsyAllah akan ada entry susulan mengenai siapa Mohsen Namjooo.

Tindakan kerajaan membatalkan konsert dia ni saya rasa satu tindakkan yang wajar.. Kenapa wajar? itu anda kena study dulu background sebenar Mohsen namjoo yang berasal daripada Iran.

Berikut adalah apa yang dipetik daripada utusan online:

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tidak membenarkan konsert penyanyi kontroversi dari Iran, Mohsen Namjoo yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Jumaat ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini berikutan permohonan penganjur konsert tersebut ditolak oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang bermesyuarat hari ini.

Beliau berkata, penolakan itu dibuat kerana konsert tersebut tidak sesuai diadakan dari segi agama dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

''Permohonan konsert itu yang dibuat Jumaat lalu ditolak berikutan ia tidak sesuai dengan khalayak di Malaysia kerana terdapat pertembungan nilai dan persepsi yang dibawa penyanyi itu.

"Malah, rekod peribadi penyanyi antarabangsa itu juga jelas menunjukkan dia merendahkan martabat Islam dan ayat suci al-Quran mengukuhkan lagi untuk tidak membenarkan konsert itu diteruskan," katanya kepada Utusan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi meminta siasatan dilakukan terhadap pengeluaran permit konsert Mohsen Namjoo.

Menurut Zulkifli, beliau menerima banyak bantahan daripada orang ramai berhubung penganjuran konsert artis yang digelar Bob Dylan Iran itu kerana kebanyakan lirik dalam lagunya didapati menghina Islam.

Dalam perkembangan sama, pihak penganjur konsert Mohsen Namjoo baru sahaja mengemukakan permohonan permit mereka kepada Puspal pada Jumaat lalu.

Sementara itu, jurucakap penganjur yang enggan dikenali ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya mendapat panggilan telefon daripada Puspal yang menyatakan permohonan permit konsert tersebut telah ditolak.

"Konsert Namjoo in 'A Minor' Live in Malaysia: Live in Kuala Lampur akan tetap diteruskan Jumaat ini di sebuah lokasi yang dirahsiakan di ibu negara.

"Konsert tersebut bagaimanapun dihadkan kepada komuniti Iran yang berada di Malaysia untuk bertemu dengan penyanyi itu," katanya.

Top 10 Roller Coasters in The World

Assalamualaikum w.b.t.

Roller coaster? Mesti Semua orang dah tahu kan..Tapi tahu tak beraksud pernah naik. Macam saya sendiri, saya rasa saya sekali pun tak pernah naik roller coaster.. So ,agak tak tahu pengalaman dan rasa apabila naik roller coaster..Mungkin rasa seperti nak jatuh bangunan ke, ape ke, saya pon tak tahu la..Mungkin anda yang 'kaki' roller coaster ni boleh kongsikan cerita anda yang paling best..

entry ni dicopy paste dari satu web dan berbahasa Inggeris..Apa salahnya sekali sekala kita baca bahasa Inggeris kan? Mungkin sedikit sebanyak boleh mengimprovekan lagi bahasa inggeris kita..InsyAllah.. Dengan tidak membuang masa di hujung minggu ni, berikut saya persembahkan 10 tempat menarik roller coater di dunia..LAyan...

Ever since the origin of rollercoasters mankind has been pushing the envelope to see how fast and hard a person can safely be hurtled down a track. The further you venture from a soft, comfortable ride the thrillseeker gets the more fun is to be experienced. Things have developed a whole lot since the early days of ice slides and wooden rollercoasters. Now it is more common for a coaster to have 90 degree drops, reach speeds in excess of 100mph and throw you into corners with G forces normally only experienced by fighter pilots. Here are ten of the best rollercoasters in the world that are sure to leave you on a major high!


Kingda Ka: Arms down, head back and hold on: the Kingda Ka may not be very long but it's bound to leave you wide eyed and twitching! Kingda Ka reigns supreme as the tallest and fastest rollerGreat Adventure in Jackson, New Jersey. This ride towers high at 456ft tall with a 418 ft incline and a sickening drop at a sheer 90 degrees with a half twist. From a completely stationary position, KingDa Ka will catapult a cart to 128 mph in just 3.5 seconds. Crazy! But so cool. coaster in the world at the Six Flags


Steel Dragon 2000: What could cause the normally polite and somewhat restrained Japanese to squeal and scream in public? Answer: the Steel Dragon 2000. You might be used to getting on a rollercoaster and stepping off much sooner than you hoped - scream, scream and it's all over. Not on this ride - the Steel Dragon is quite the endurance coaster. It's so long that you might actually deplete your ability to scream by the end of the record breaking 8,133ft long track. The Steel Dragon 2000 has a massive 306ft drop from its tallest point of 318ft and zips along the steel frame reaching a maximum speed of 95mph.


Millennium Force: Cedar Point's mammoth Giga-Coaster, the Millennium Force, has terrifying rides that hurtle round 6,595ft of steel track for well over 2 minutes. At the tallest section you'll endure a stomach-churning 300 ft drop. Passengers rush and plunge along the track through two separate dark tunnels and two crazy 122 degree overbanked turns that produce a gut-wrenching G force. Frequently heard phrases from the 10 million people who have been on the ride include: "Ahhhhhhhh", "Ohhhh noooo", "S&%t!" and "We're gonna die".

Top Thrill Dragster: The Top Thrill Dragster is essentially the older and marginally shorter, slower version of its arch rival - the Kingda Ka. Now, when I say marginally inferior I mean the drop is only 18ft shorter and rattles along 8mph slower - both rides have the same short and intense duration and I doubt you'll feel much of a difference. The Top Thrill Dragster snorts and revs like a real dragster and for some added fear can sometime stall at the top and roll back down in reverse ... which is apparently normal on both this ride and the Kingda Ka.

Dodonpa: The Dodonpa at the Fuji Q Highland Park is the third fastest coaster in the world - so there won't be much time to admire nearby Mt. Fuji. Take a ride on Dodonpa and you'll reach 107 mph in less than 2 seconds, that's faster than any supercar on earth! Dodonpa messes with your mind fromt he start as passengers are forced to wait anxiously in a darkened tunnel before the countdown to an insanely fast acceleration out of the tunnel, screaming down the track and then getting fired up and over two humps which have 90 degree drops on each side. At the time of writing Dodonpa still holds the record for the fastest launch acceleration.

Thunder Dolphin: The Thunder Dolphin, at the LaQua section of the Tokyo Dome City, is an excellent coaster and it deserves extra kudos for a unique design around the building in central Tokyo. The Thunder Dolphin starts off with a dizzying 218 foot lunge at a steep 80 degree angle. You then race around the track at speeds in excess of 80 mph making this impressive 3,500-foot long, 26-story tall a mental joyride. If you are ever in Tokyo, definitely do not miss out on the Thunder Dolphin coaster!


Goliath: Goliath is a rollercoaster of biblical proportions and like its namesake this ride was a world beater when it was revealed in Feb 2000, but was subsequently overtaken by leaner, stronger and faster opposition. The layout of the ride follows an out and back form into a twister for the second half. Riders on Goliath experience intense G forces of 4.5 Gs for over six seconds straight! As you would expect with a name like Goliath, the coaster towers at a monstrous 255 feet above the ground and the 3 minute long rides reach speeds of up to 85 mph covering over 4,500 feet of steel track.


Dragon Khan: Located at the Port Aventura theme park in Spain, Dragon Khan has a story behind it: the evil Prince Hu of Beijing has been brought back to life in the body of this rollercoaster and his fury is dealt out each time a human dares to climb atop his back. Whether you get into the story or not, Dragon Khan's 4,165 feet of tangled, red steel track is so full-on that it will have your heart in your mouth for an entire minute! Dragon Khan starts off with a 161ft drop with top speeds of up to 65mph as you hurtle through its 8 inversions. The ride is remarkably smooth and held the world record for the most inversions for many years.


Titan: The Titan in Six Flags Over Texas puts each passenger through a bone-jarring joyride of twists and turns. The impressive layout includes a negative G camelback turn and a double helix turn that produces 6 full seconds of sickening G force of up to 4.5 G. The Titan has a massive drop, 255ft at the tallest section, and reaches speeds of 85mph during a 5,280ft long ride lasting for 3 and a half rather thrilling minutes.


Nemesis: Alton Towers' leading ride is the aptly named Nemesis, a gut-wrenching thrillseeker's inverted coaster waiting to take its retribution out on you through a sequence of crazy plunges and mind-numbing turns! Experience up to 4 G's as you are propelled at 50mph through 4 inversions. The ride corkscrews and loops along the 2,349 ft track for one and a half minutes of sheer excitement.

Info Jumaat 30 | Di Sebalik Tabir Valentine Day

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah kita masih lagi bernyawa dan diberi kesempatan untuk melakukan ibadah. Makanya, jangan sia-siakan peluang dan masa yang ada dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan kepada kita.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhmmad S.A.W, buat keluarga baginda, para sahabat baginda yang telah bersusah payah menyebarkan ISlam.

ok. Kalau dulu masa sekolah, memang saya ni seorang yang agak jahil dengan agama ni..Biasanya pada masa sekolah dulu, bila tiba ja 14hb February, maka ramai la kawan-kawan saya yang bercouple ni membeli hadiah atau ajak keluar pasangan haram masing2 untuk celebrate valentine day..

Kalau dulu mungkin ya sebab tak tahu apa2 pun mengenai valentine ni..Kalau valentino rossi mungkin orang kenal..Tapi valentine ni orang tak kenal lagi..hHUhu..KAlau tak kenal, meh saya nak perkenalkan sikit..

Rakaman sejarah dalam http://wikipedia.org/wiki/valentines_Day membuktikan bahawa perayaan Valentine Day ini langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah, ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah s.w.t. Rasulullah melarang umat islam meniru budaya orang bukan Islam kerana bimbang akan tergolong dalam golongan tersebut. Sabda baginda bermaksud:

" Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka"( Riwayat Abu Daud)

Hukum menyambut Valentine Days?

Seorang ulama Arab Sheikh al-'Utsaimin berkata " Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar".

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 memutuskan:

" Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalanya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam".

Ok.Jelas..Oleh itu, kepada remaja-emaja diluar sana khasnya, menyeru supaya tidak ada sedikit pun perayaan yang melibatkan valentine ni termsukklah pembelian baju couple sempena valentine dan lain2 lagi..

Kalau duit dah banyak tak tahu nak buat pa, meh bagi saya sikit..hihi..main2 je..Pergi la sedekah kepada orang yang memerlukan..InsyAllah akan dikira sebgai amal disisinya..

" Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakkan".
( surah Al-Isra' 32)

wasalam

Sambung belajar atau kerja ?

Assalamualaikum w.b.t

Semasa menulis entry ni, saya masih dalam perjalanan pulang ke johor bahru dari alor setar. Keadaan di lebuhraya utara selatan pada ketika ini machet bangat. Machet tu dalam bahasa Indonesia adalah jam/ sesak.

InsyAllah, dalam pertengahan bulan 5 ni saya akan menamatkan sesi pengajian saya di UTM skudai setelah 4 tahun bertungkus lumus mengharungi pahit manis kehidupan sebgai seorang mahasiswa degree.

Kalau nak cerita pengalaman semasa bergelar mahasiswa, saya rasa dah boleh cover 1 tahun punya entry. Pengalaman yang memang banyak sangat2. Pengalaman ni semua hanya dapat semasa 4 tahun ni saja. Lepas ni, masing-masing akan bawa haluan masing-masing.

Ada yang akan bekerja, ada yang aakan sambung masters dan ada juga yang akan menamatkan zaman bujangnya dengan berkahwin.

Persoalan yang agak susah untuk dijawab adalah sama ada nak sambung masters ataupun bekerja? Saya rasa persoalan ni bukan sahaja saya sahaja yang dalam dilema untuk menjawab persoalan ni. Mungkin hampir kesemua mahasiswa yang akan menamatkan pengajian dalam masa terdekat ni akan memikirkan benda yang sama.

Kalau anda bagaimana? Adakah kerja menjadi pilihan yang utama?

Orang cakap, kamu ni masih muda, semangat dan jiwa yang muda..Lebih baik sambung ja master..Lagipun degree sekrang ni macam dah tak ada value.. Itu antara beberapa jawapan yang saya dapat..

Ada juga yang berkata, kerja dulu. Lepas tu kalau ada peluang sambung la belajar buat PJJ ke. Lepas tu boleh la kahwin. Macam2 jawapan dan cadagan yang saya terima..

Tapi semuanya bergantung pada kita sendiri..

Ok la..Stop dulu buat masa ni..Jom kongsikan apa pulak kata anda.. mungkin idea anda lebih menarik dan sesuai dengan saya..Sapa tahu kan?

Wasalam..

p/s: good luck untuk semua final year student dalam FYP atau PSM.

Perjalanan dari Alor Setar ke Johor Bahru | 17 jam

dari google
Assalamualaikum w.b.t

Mabuk highway..Itulah yang saya dapat katakan buat masa sekarang ni..Perjalanan semalam memang banyak menguji tahap kesabaran setiap orang..Dulu saya rasa tidak begitu percaya bila orang cakap, bila jalan jam sangat, KL-JB pon ami massa 10 jam.

Tapi semalam semuanya telah terjawab.. Sapa yang naik bas mungkin tidak terasa sangat mabuk highway ni.. Tapi saya dengan my bro amat terasa sangat sebabnya kami drive sendiri dari Alor Setar ke JB.

Kalau ikutkan waktu biasa, Jb ke Alor Setar lebihkurang 10 jam dah boleh sampai. api, disebabkan musim perayaan tahun baru China semalam, dan lambakkan kereta yang melimpah-limpah, kami terpaksa mengharungi 17jam dari Alor Setar ke JB.

17 jam tu? Perasaan yang memang tak dapat nak gambarkan.. Sekali turun kereta ja, rasa pening2 seolah-olah macam ada gempa bumi. Banyak sagat kenderaan semalam..Terutamanya bila tiba di stesen RNR.

Tindakan kami untuk ikut jalan bawah ingatkan boleh mempercepatkan lagi perjalanan..Tapi malangnya sama sahaja seperti ikut highway..

Pengajaran yang boleh didapati semalam, balik awal sehari sebelum waktu puncak atau balik lewat sehari. Kalau nak relax lagi, balik naik bas atau kereta api atau flight..Huhuhu..

Entry ringkas dan tak ada input..Sekadar luahan hati..

p/s: Zzzz..

Info Jumaat 29 | Tujuan Hidup

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bertemu sekali kita di dalam info jumaat buat minggu ini..Minta maaf sebab minggu lepas info jumaat tidak dapat dikeluarkan atas sebab-sebab teknikal. Tajuk yang saya ingin kongsikan adalah mengenai tujuan hidup.

Tahu tak apa tujuan pen dibuat? Apa tujuan kereta dibuat? Mesti tahu kan? Kalau tujuan pen dijadikan salah satunya adalah untuk menulis. Kalau kereta pula dijadikan untuk memudahkan perjalanan kita supaya lebih cepat tiba di destinasi..Tapi, kalau tujuan manusia dijadikan adalah untuk apa? Tahu tak?

Berbalik kepada soalan ni, hanya pencipta sesuatu benda sahaja yang tahu kenapa dia jadikan benda itu.. Kalau pencipta pen, dia tahu dia jadikan pen untuk apa. Kalau pencipta laptop pon tahu kenapa dia jadikan laptop..Dekat sini kita dapat lihat, setiap benda yang nak dibuat atau dicipta mesti mempunyai tujuan atau objektif ia diciptakan.

Manusia? Siapa jadikan? Kalau org Islam percaya kita dijadikan oleh Allah s.w.t. Betul? tapi, seperti yang saya bagi tahu tadi, pencipta tahu kenapa Dia ciptakan kita di dunia ni..Kalau yang dah tahu, Alhamdulillah..Bagus la..Kalau yang belum tahu, ni saya nak bagi tahu kepnapa kita dijadikan di dunia ini. Tapi sebelum tu, kenapa kita perlu tahu kenapa kita dijadikan?

Contoh, kalau pen tak tahu tujuan djadikan, mungkinkah kita guna pen untuk buat pisau..Logic? Mesti tak logic kan? Tak logic sebab kita tahu tujuan pen dicipta..Kita juga tahu tujuan pen diciptakan.So, pencipta pen mesti berasa senang sebab pen digunakan dengan cara yang betul dan mencapai objektifnya.

Tapi, dekat sini saya bagi tahu, tujuan kita dijadikan. Allah berfirman:

" tidak kuciptakan jin dan manusia selain beribadat kepadaku" 51:56

Salah satu daripada tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah. Ok, sekarang dah tahu kan tujuan kita hidup?

Bila kita dah tahu, makanya kita kena jadikan tujuan kita hidup ni supaya mencapai objektif seperti yang telah ditetapkan oleh pencita Kita iaitu Allah s.w.t. Kalau kita tak buat seperti yang telah ditetapkan Pencipta kita, nescaya DIa akan terasa marah dan terkilan dengan kita..Berbalik kepada contoh tadi, kalau pen dijadikan pisau, mesti pencipta pen tersebut akan marah dan terkilan disebabkan kita dah salah gunakan pen tersebut.

Satu lagi firman Allah mengenai tujuan hidup kita adalah seperti di dalam surah Al-Baqarah ayat 30;

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 2:30

Khalifah? Apa itu khalifah? insyAllah boleh cari sendiri. dan saya akan cerita satu entry akan datang.

Semoga kita tahu tujuan kita dihidupkan dan akan kita laksanakan seperti Pencipta kita mahukan supaya Dia tidak kecewa dengan kita.

p/s: kalau ada salah dari saya, mohon tunjuk ajar. Saya hanya manusia biasa yang tidak boleh lari dari melakukan kesalahan.

[Terkini] Krisis Di Mesir | Terima Kasih Rakyat Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

Pertamanya Happy Chinese New Year buat semua rakyat Malaysia yang menyambutnya.

Alhamdulillah, isu Mesir sekarang ni dikatakan pada peringkat jingga. Semenjak 2,3 hari pemberontakkan, nampaknya ramai ibu bapa pelajar di sana agak cemas dengan menghantar email atau menghubungi pejabat kedutaan Malaysia di Mesir.

Walaupun kadang-kadang tu kita memikirkan tindakan ibu bapa itu seoalah2 'tidak sabar' , tapi saya berpendapat tindakan itu adalah wajar. Kalau saya ada anak ,atau adik beradik yang berada di sana, saya rasa saya juga akan melakukan tindakan yang sama seperti ibu bapa pelajar di sana.

Alhamdulillah, setelah didesak oleh media cetak, bloggers, ibu bapa dan media yang lain, kerajaan kita semalam telah menghantar skuad pertolongan bantuan untuk keluarkan kesemua 14000 pelajar kita di sana. Di khabarkan, sudah 7000 pelajar telah dibawa keluar dengan pelbagai cara termasuklah menaiki pesawat Air Asia, Malaysia Airlines dan juga pesawat TUDM.. Tidak dilupakan juga kepada skuad maritim kita yang juga mebantu mengeluarkan pelajar Malaysia ke tempat yang lebih selamat sebelum dihantar pulang ke Malaysia.

Tidakkan kerajaan yang proaktif ni wajar mendapat pujian. Tahniah buat kerajaan Malaysia yang membantu pelajar Malaysia di Mesir.

Saya mengambil berat tentang hal ini disebabkan saya juga mempunyai kawan di sana, dan ramai student kita di sana. Kalau kita tak ambil berat tentang sahabat-sahabat kita disana, siapa lagi yang nak tolong kan? Saya rasa, ibu bapa dan juga pelajar kita di sana haruslah berterima kasih dengan Kerajaan Malaysia dengan bantuan yang diberikan walaupun pada masa kini negeri-negeri di Selatan berada dalam keadaan banjir.

Terima Kasih sekalai lagi baut semua yang telah memberi sumbangan semoga dikira sebagai amalan kita dan diterima disisiNya.

Buat teman-teman disana, kalau dah balik boleh la update cerita-cerita disana yew. KOngsikongsi la bersama kami di Malaysia ni.

Wasalam.

Dapat e-mail dari Dato Seri Najib Razak

Assalamualaikum w.b.t

Korang pon mesti ada dapat email ka? Sebenarnya saya dapa email ni dalam 2,3 hari lepas..Tapi ingatkan ni adalah spam atau lain-lainya, so saya seolah-olah mengabaikan email tadi..

Namun, apabila menonton buletin utama tv3 tadi, ada dikatakan mengenai email yang dihantar oleh Dato Najib dan hanya 1.5 juta sahaja yang terpilih untuk terima email ni..

saja nak zoom..huhu
Dengan perasaan sedikit gembira, saya tergolong dalam 1.5 juta daripada 27 juta rakyat Malaysia..Mungkin ramai bloggers yang akan dapat memandangkan apa yang saya difahamkan, Dato Najib hantar pada kebanyakkan bloggers Malaysia..

So, dikesempatan ini saya pun nak ucap Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakyat Malaysia..

Apa2 pun, Terima Kasih Dato Najib..Berikut adalah isi email tersebut:

**********

Salam 1Malaysia!

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.

Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!


Ikhlas daripada
Najib Razak & Keluarga 

*************