Monday, September 19, 2011

Gambar | Kucing Comel


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua pembaca.

Walaupun kucing merupakan haiwan peliharaan yang begitu sinonim dengan kemanjaannya dan juga menjadi bahan mainan seseorang, namun perlu diingatkan juga, tak semua kita mempunyai citarasa yang sama..

Kalau kita kata, perempuan minat kucing, tapi tak semua perempuan minat kucing..Begitu juga lelaki, tak semua laki yang suka kucing dan ada jugak yang tak minat dngan kucing seperti saya..Huhu..

Tak minat tak bermaksud membenci..Tapi kurang lebih seperti tidak suka bermain dan dihampiri haiwan tersebuat kerana khuatir akan dicakar...hihiihi.

Tapi ingat, orang yang masih normal tidak akan melakukan perkara2 yang tidak masuk akal seperti membakar kucing hidup-hidup dan ada jugak yang sanggup membunuh kucing hidup2 menggunakan kasut bertumit tinggi. Hanya orang yang tidak waras sahaja mampu untuk lakukan pekara2 terkutuk seperti tu..Semoga mereka yang berbuat kejam terhadap haiwan ciptaan Allah ini mendapat hidayah dari Dia.

Dah lama  tak letak gambar2 dalam blog ni? So, dengan idea yang kurang ni, hari ini tengok puas2 gambar kucing ni..HAHAH...Kepada yang tak suka kucicng, tengok la jugak sebab kucing ni comel je..huhuhu..

Layan...

Thursday, September 15, 2011

UPDATE! Pelancaran Perodua NEW Myvi SE 1.5 dan Myvi Extreme 1.5. HARI INI 12.00 PM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca...


Esok 15 September 2011 adalah pelancaran model terbaru perodua Myvi SE 1..5 dan juga Myvi Extreme 1.5. Kalau sebelum ni, merata-rata gambar telah tersebar di internet yang menggambar bentuk fizikal dan ciri2 myvi baru yang dimaksudkan.

Namun, semua itu hanyalah sementara kerana yang pastinya esok kesemua itu akan terbongkar.. Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan nak ke tempat kerja melalui highway PLUS, tiba2 terjumpa dengan 4 buah lori yang membawa kereta myvi. Walaupun keadaanya berselimut hitam, tapi tetap boleh dilihat dengan mata kasar warna kuning yang tersebar di internet tu..So, memang confirm la warna tersebut wujud dan available.

Tapi persoalannya adalah mengenai harga dan penjimatan minyak. Sebelum ni, myvi memamng terkenal dengan kereta yang begitu menjimatkan minyak..Namun, setelah kapasiti enjin dinaik tarafkan, adakah myvi masih tergolong di dalam golongan yang menjimatkan minyak? Kalau New Myvi dikatakan hampir 80% lebih jimat daripada Myvi lama, tapi adakah ini akan terus dikekalkan perodua dalam kelebihannya memiliki enjin yang menjimatkan minyak..Sama-sama kita tanya abg dan kakak yang buat sales esok.Huhuhu..


Harga sebelum ni digembar gemburkan adalah bermula dari RM61,ooo -RM65,000? Tapi ini semua adalah cobaan. Tapi ada jugak saya pernah terbaca yang mengatakan harga kereta untuk 1.5 ni tidak melebihi rm60k? sejauh mana kepastiannya, kita tunggu esok ok..

Selamat malam semua..Untuk makluman, kalau anda dah buat tempahan kereta myvi sebelum ni, tapi masih tak dapat, anda ada hak untuk cancle order..Pastu boleh la tukar dengan myvi LAGI POWER LAGI BEST !!ni...hihi

Sekian sahaja dari saya..

UPDATE:

Tadi sempat pergi perodua..PEeeeeeeeeeeehhhh...Memang terbaik la New Myvi SE....Sapa yang order elegance tu, dah boleh change order to Myvi SE. Harganya tak sampai rm60k. RM59K untuk myvi SE auto dengan GPS. Kalau tak ada GPS, dalam Rm57k. Harga lebih kurang macam tu la..

Nak update gambar pon, sama je seperti gambar kat atas tu..Myvi SE keluar dengan 5 warna termasuk warna kuning.Kalau Extreme tu, agak extreme sgt la..Bezanya dengan SE dari segi skirting dan juga spoiler..

Seat untuk kedua-dua model ni hadir dengan seat separa bucket..Memang sedap jugak la...Ape2 pon, tunggu laman web perodua update jab..Tadi closed untuk maintenance..

Huhu..Layan...

p/s: gambar sumber paultan

Monday, September 12, 2011

Cerita Hari Pertama Bergelar Mahasiswa

Masa tahun 1, sorang dah pon berkahwin.
Salam dan selamat sejahtera buat semua readers..Harini 12/9/2011 adalah hari pertama kelas bermula di majoriti IPTA dan juga IPTS di seluruh negara khasnya..

Tulis entry ni pon sebab terkenang zaman masa student dulu di UTM skudai..Tapi dulu cuti sem tak da la lama sgt..Paling lama pon 2 bulan je..Tapi sekarang ni bermula tahun ni cuti sem hampir 4 bulan tu..Memang agak lama la..

So, bila cuti dah lama, memang perasaan malas tu memang terasa untuk pelajar2 senior..Huhu..Untuk pelajar2 yang baru masuk, hari ni adalah hari pertama di alam Universiti..

Segala pesan mak, ayah, atuk, nenek, abg, akak mula untuk dilaksanakan pada hari ini..Hihihi..Kalau budak2 baru ni, kalau minggu pertama ni, mesti pukul 7 dah siap mandi..Memang tak dinafikan, pukul 7pagi memang dah ada yang tunggu bas..

Masa di UK
Walaupun kelas pukul 8, pukul 7 pagi tu memang dah penuh budak2 baru di pondok bas..Waktu ni pelajar2 senior hanya intai2 je kot tingkap tengok budak2 junior yang semangat..Hihihi..Kelakar pon ada..Tapi itulah rialiti..Saya pon macam tu jugak dulu..Kalau tunggu lambat, takut bas penuh..Bila bas penuh, lambat sampai ke kelas..Bila lambat,takut kena marah dengan Pensyarah...Yang paling tak boleh tahan, kelas pon tak tahu lagi kat mana..Hihih..

Sebelum Fly...hihi
Tapi sepanjang pemerhatian saya, dalam 2,3 minggu ni sahaja pondok bas akan penuh pada pukul 7..Lepas tu kembali kepada normal..Library pada masa ni jugak agak penuh dengan budak2 baru..Ye la, semangat baru katakan..Bagus2, teruskan momentum anda sehingga tamat belajar..InsyAllah berjaya..Amin..
Kepada adik2 yang baru, kalau tak tahu kelas kat mana, lebih elok kalau datang buat survey dulu sehari sebelum datang ke kelas..ok..Kalau yang naik bas tu, jgn la terlalu berhimpit..Jalan je la kaki kalau fakulti tu tak jauh..Pastu, pilih la kawan baik2 yang dapat membantu kita hal2 dunia dan juga akhirat.

Acara tarian kot nie..hihi
Mesti banyak kelab yang akan adik-adik nak masuk kan? Kalau yang berada di UTM, ce try masuk Kelab Iqra. Ok jugak..Dunia pon dapat, akhirat pon dapat..Itu lagi dapat membanggakan ibu bapa kita..Dengan keputusan yang cemerlang dalam akademik, kita jugak tidak ketinggalan ilmu2 agama..

Ok..Kepada anak2 ibu tu, jangan terlalu sedih sgt..Kita ni di anggap sebgai pejuang..Belajar juga satu ibadah..Ikhlaskan niat bila kita masuk U. Bila kita dapat pointer yang baik, kita akan dapat kerja yang baik..Bila dapat kerja yang baik, kita gunakan gaji yang baik tu untuk bersedekah kepada Agama kita..ok..Niat mahu betul..Jangan terlalu sombong sgt dengan kawan2 dekat kampung..Ala, masuk U je pon..Tak perlu nak bangga sangat..Kalau kita rendah diri kan bagus..

Pesanan daripada bekas mahasiswa yang belum Konvo lagi..hihihi




p/s: jom join www.utmbloggers.com


Sunday, September 11, 2011

New| i-phone4 8GB - RM900

Hahahaha...Memang tidak masuk akal kan kalau tengok tajuk tu? Telefon pintar yang menjadi kegilaan ramai dijual dengan harga bawah pada RM1000..Kalau benar la ada betul i-phone ni, mesti ramai pengguna BB akan beralih arah kepada iphone.Hihihi

Sebenarnya issu ni telah diuar-uarkan setelah CEO apple bertukar daripada Steve Job kepada Tim Hook kalau tak salah..Tim mahukan lebih ramai pengguna telefon pintar di dunia ini.. Sebab itu katanya inigin mengeluarkan telefon pintar i-phone 4 dengan kapasiti 8GB. Sebelum ni, iphone 4 hanya dijual dengan kapasiti 16Gb ke atas sahaja.

Difahamkan, kesemua ciri2 yang terdapat pada iphone 4 sebelum ini dikekalkan.Bezanya cuma pada storage sahaja..Nak dapatkan kepastian, tunggu semasa pelancaran yang difahamkan dalam masa yang terdekat. Tapi macam tak percaya pon ada sebab murah sgt kan?

Dengar2 cerita lagi, Tim buat macam ni sebab nak lancarkan i-phone 5 atau nama lain diberi i-phone 4s pada hujung tahun ni..Tapi ini adalah dari sumber2 je la..Apa2 pon, sapa yang berhasrat nak beli i-phone, simpan la elok2 duit raya tu..Kalau betul ada iphone 4 ni, sama2 kita beli..Hehehe..

Selamat Berpuasa 6.

=)

Saturday, September 3, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 1432H

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..

InsyAllah, dalam masa beberapa jam lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri dimana juga disebut sebagai hari raya puasa..Sebenarnya, hari raya aidilfitri adalah hari dimana kita kembali kepada fitrah iaitu dengan hati yang suci seperti baru dilahirkan di muka bumi ini setelah 1 bulan bersama madrasah Ramadhan. Tapi, adakah Aidilfitri kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya?




 Bagaimana nak tahu Aidilfitri kali ini lebih baik ke tidak? Rujuk balik  kepada amalan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan..InsyAlah, tepuk dada tanyalah Iman.

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri saya sama ada secara benar ataupun alam maya. Beribu2 kemaafan andai kata tersasul kata ketika menulis, terguris kata mahupun apa saja yang membuatkan anda terasa, 10 jari kususun meminta ampun dan maaf. Betul2 nak maaf sebab tahun ni prestasi untuk mengupdate blog amatlah rendah..

Tak sempat nak update blog bila dah kerja..Dulu masa student insyAllah 1 bulan 60 entry tu pejam celik je..Hehehe..Kepada yang nak drive pulang ke kampung tu, hati-hati di jalan raya..Kalau mengantuk tido la dulu yew..Jangan tinggalkan prinsip 2 saat yang telah kita pelajari masa amik lesen dulu..Ingatlah orang yang tersayang.. Jangan jadikan lebuhraya ini sebagai pusara yang tidak bertanda.( Najib Razak)

Salam Syawal dari saya..

Nabil Fahmi Azizan

29 August 2011/ 29 Ramadhan 1432 H



p/s: jagan lupa bayar Zakat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...