Keputusan Penuh Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia 2011 Terengganu VS Negeri Sembilan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Telah menjadi adat sesuatu permainan apabila mahu mencari yang terbaik mesti ada satu yang menang dan ada yang kalah..Kepada penyokong2 negeri sembilan mahupun terengganu, harap semua bersabar walaupun pasukan kegemaran anda tewas pada malam ni..

Pada saya, saya menjangkakan perlawanan malam ini akan memihak kepada pasukan negeri sembilan dengan jumlah gol 3-1.

Apa2 pun, sama2 kita tunggu sehingga tiup wisel terakhir mlm ini.

Keputusan semasa:

Negeri Sembilan  2             VS            Terengganu  1


LIVE Streaming dari Mekkah dan Madinah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. 

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk update blog walaupun kadang2 tu entry entah ape2 orang cakap.. Alhamdulillah, ramai saudara mara kita, ibu-ibu dan ayah-ayah, rakan2 yang telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada musim Haji pada kali ini..

Syukur dan Alhamdulillah kerana mereka semua terpilih dengan izin Allah s.w.t. Ada juga yang pergi haji kali ini sanggup menjual tanah kerana tidak mampu dan ada jugak yang terlebih rezeki dengan ke Mekkah melalui pakej2 VIP yang mana menjangkau puluhan ribu ringgit seorang. 



Walaubagimanpun kita kesana, dan pakej apa kita ke sana, yang penting rezekinya halal dan mendapat barokah disisi Allah s.w.t. Pada kali ini saya nak kongsikan kepada anda semua satu LIVE streaming daripada Mekkah dan juga Madinah yang saya dapat dari abg saya. 

Memang terasa rindu teramat sangat untuk ke sana lagi walaupun tak sampai 5 bulan meninggalkan kota suci mekkah dan madinah..

 

InsyAllah, dengan kita melihat Kaabah sekalipun, kita juga akan diberi ganjaran disi Allah. Moga perkongsian kali ini mendapat ganjaran disisi Allah s.w.t. 

Wasalam.

p/s: kami rakyat Malaysia  mendoakan supaya semua bakal haji mendapat haji yang mabrur.Amin

Sumber: http://kaabalive.com/

Selamat Hari Konvokesyen En. Nabil !

Assalamualakium dan salam 1 malaysia buat semua pengunjung blog ini yang masih setia mahupun yang tak setia..Minta ampun minta maaf walupun hari raya deepavali lambat lagi..Hihihi..

Sejak 2 menjak ni, memang tidak diberi kelapangan untuk mengupdate blog disebabkan installation untuk Northern region dah bermula..So, banyak masa dihabiskan untuk kerja sahaja..Kejab kedah..Kejab Penang..Kejab Ipoh..Kejab KL..Memang agak busy la..So, bila busy, maka hasillah entry yang memang tak memberikan input untuk anda semua..Hahaha..


Alhmadulillah, setelah 4 tahun berada di gedung ilmu, akhirnya berjaya juga menggapai segulung ijazah..BUkan senang o0o0 nak dapat sekeping sijil tu..Tapi actually bukan sekeping la..2 keping dia bagi..1 dalam bahasa melayu and 1 lagi dalam bahasa inggeris..

Buat yang betul2 jujur dalam tempoh pengajiannya, tahniah saya ucapkan..Buat yang kaki2 meniru dalam exam? adakah anda rasa happy bila dapat sijil hasil tiruan anda ni? Penat je mak ayah hantar jauh2, tengok2 bila exam meniru..

Lastly, walaupun dari mana pun kita datang, sekolah harian mahupun sekolah asrama penuh, semua tu bukan penghalang untuk kita berjaya..Saya juga dari sekolah harian..Alhamdulillah..



Mimaland 1971 | Dulu dan Sekarang

Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.


Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini. 


Kiri: Papan luncur air gergasi pada 1984 
Kanan: Pintu gerbang Mimaland pada 2008 Nota tambahan: 

1980 - Filem Tuan Besar, antara filem tempatan terawal yang membuat penggambaran di Mimaland. Kelihatan pintu gerbang Mimaland dengan logo Bunga Raya, dan adegan pelakon Rahim Jailani dan Fauziah Ahmad Daud sedang melawat taman haiwan prasejarah. Juga kelihatan tasik tempat Azroy dan Suzana bersampan dalam filem Gila-Gila Remaja enam tahun kemudian. 

1983 - Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak) 

1986 - Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland. 

1987 - Filem Tempo '88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama. Sangat filem Melayu 80-an. 

DULU: 

SEKARANG: 



Sesiapa yang ada pengalaman dekat sini, boleh la kongsi2 kan...Sebenarnya baru tahu jugak tentang taman ni..

Gambar & Video New iPhone 5 | RM2.5k

Bedasarkan berita yang telah dikeluarkan oleh apple, telefon pintar yang akan dikeluarkannya yang diberi nama iphone 5 akan mula dilancarkan pada 4October 2011. Tapi, itu hanyalah tarikh ia dilancarkan belum lagi tarikh ia dipasarkan.Agak2nya, mungkin dalam masa sebulan 2 baru dapat tembus pasaran Malaysia.

Seperti yang orang ramai tahu, musuh paling rapat bagi iphone pada masa kini adalah Samsung Galaxy S II. Memang tidak dinafikan, banyak jugak kekuatan yang telah dikeluarkan syarikat gergasi Korea terhada teleon pintar mereka dan mampu untuk mengalahkan iphone 4.



Tapi dengan majlis pelancaran iphone 5 ni, dijangka iphone menjadi world no1 telefon pintar paling berteknologi dan canggih menandingi semua telefon yang ada sekarang ni..Dengan kapasiti kamera 8MP, ia mampu menyaingi samsung juga dengan Megapixel yang sama.

Difahamkan juga, screen untuk iphone 5 ini lebih besar dari iphone 4 dengan kelebaran 5inci. Iphone 5 juga dikatakan hadir dengan badan yang lebih nipis seperti ipad2. Walaubagaimanapun, ini semua hanyalah beberapa ramalan sahaja.

Kalau nak tengok yang betul2, boleh la tunggu pada 4September 2011.