Sejarah Sukan Malaysia ( SUKMA )

Sukan Malaysia (SUKMA) dipertandingkan secara dwi-tahunan yang merupakan kejohanan temasya yang terbesar dan berprestij di negara ini. Kejohanan ini diadakan berselang-seli dengan Sukan SEA bagi tujuan mencungkil bakat-bakat baru atlet yang berpotensi tinggi untuk mewakili negara. Sukan Malaysia terbit daripada cadangan yang diketengahkan oleh YB. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika itu pada tahun 1983. 

Pada mulanya ia hanya melibatkan sukan tennis, ping pong, lumba basikal, olahraga dan bola tampar, tetapi oleh kerana sambutan yang menggalakkan, maka jenis dan bilangan sukan telah ditambah. Konsep Sukan Malaysia adalah untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu di kalangan masyarakat yang berbilang kaum sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. SUKMA juga mengamalkan konsep pensyarikatan Malaysia di mana pengelolaan akan melibatkan pihak kerajaan, badan-badan Sukan, Majlis Sukan Negara Malaysia dan pihak swasta dari segi penajaannya. 

 Penyertaannya peringkat awal dibuka untuk peserta berumur 21 tahun ke bawah, bagi atlet-atlet yang tidak berada di dalam Program Jaya '98 (iaitu program penyediaan atlet untuk Sukan Komanwel 1998) manakala atlet-atlet di dalam Program Jaya '98 tiada had umur dikenakan. Semua penyertaan adalah mengikut Majlis Sukan Negeri-Negeri dan Majlis-Majlis Sukan Tentera, Polis, Universiti, manakala Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia adalah sebagai kontinjen jemputan. Sukan Malaysia kali pertama dan kedua telah diadakan sekitar Lembah Klang di mana Majlis Sukan Negara Malaysia menjadi pengelolanya. Sukan Malaysia ketiga dan seterusnya telah ditawarkan kepada negeri-negeri untuk menjadi tuan rumah. Pada satu peringkat tuan rumah ditentukan secara bida sebagaimana temasya-temasya Sukan antarabangsa yang lain. 


Selepas kajian dibuat dan dengan mengambilkira kos yang terpaksa dibelanjakan oleh negeri-negeri yang berkeinginan untuk tuan rumah dalam proses bida ini telah meningkat dengan begitu ketara, keputusan baru telah dibuat dengan memberhentikan proses bida dan telah digantikan dengan proses penggiliran mengikut zon. Sukan Malaysia sudah menjadi medium yang penting dalam menaikkan nama negeri dalam arena Sukan dewasa ini. Kerajaan Negeri telah bersedia untuk membelanjakan peruntukan yang besar bagi persiapan kontinjen, penyertaannya termasuk juga pemberian ganjaran kemenangan dalam konteks Sukan Malaysia hari ini. Kos untuk mengelolakan temasya ini juga kian kali kian meningkat dengan begitu besar, apa lagi setiap negeri yang menjadi tuan rumah ingin menjadi penganjur yang terbaik setiap kali menjadi tuan rumah. Kepentingan yang tinggi tersebut telah mengenepikan soal kos yang hanya menjadikan keutamaan kedua. Setiap kali SUKMA baru akan bermula setiap kali itu pula resolusi-resolusi dan peraturan-peraturan baru diimplimentasikan bagi memenuhi keperluan semasa. 

Sebahagiannya daripada perubahannya tidak untuk tujuan jangka panjang atau untuk kebaikan pembangunan Sukan secara kekal, tetapi lebih kepada kebaikan pengurusan pertandingan semasa atau disebabkan kepentingan tertentu dan ianya tidak konsisten. Walaupun begitu, Negeri Terengganu telah menjadi penganjur yang pertama yang tidak mengambil kesempatan kepada situasi ini dalam menjadikan penganjur kejohanan yang paling berintegriti. Malah telah dibuktikan sepanjang temasya berjalan Jawatankuasa Juri Rayuan Induk dan Jawatankuasa Disiplin tidak perlu dipanggil bersidang walau sekalipun untuk menyelesaikan sebarang kes teknikal. Ketelusan tuan rumah dalam pengadilan dibuktikan lagi contohnya dalam satu Sukan subjektif Pencak Silat, peserta tuan rumah telah tewas dengan 0.05 mata, yang kalau kemenangan diberi kepada peserta inipun, tidak akan timbul isu yang besar, namun tuan rumah tetap tidak mendesak untuk merubah atau mempengaruhi keputusan tersebut malah menerimanya secara ‘gentelmen'. Sebahagian besar kemenangan atlet tuan rumah datangnya melalui acara-acara dari ‘measurable sports' yang tidak boleh dipertikaikan keputusannya. 

 Keputusan pertandingan bagi semua sukan dan di semua venue dapat dilayari dalam internet secara on-line' dan juga diperolehi secara ‘hard copies' di semua premis yang telah ditetapkan dengan cepat dan memenuhi sasaran masa tidak lebih daripada tiga (3) minit selepas tamat satu-satu perlawanan. Keputusan juga dikeluarkan secara pertandingan, harian dan keputusan penuh di hari akhir setiap pertandingan. Setiap kontinjen, pengurus pasukan, organisasi, persatuan sukan dan jabatan berkaitan mendapat set keputusan lengkap termasuk dalam bentuk CD sebelum masing-masing berlepas pulang. 

Perkara ini merupakan satu kekuatan dalam pengelolaan SUKMA kali ini yang telah mendapat pujian daripada semua pihak termasuk media. Maklumat di dalam laman web rasmi juga lengkap sehinggakan pihak media serta juruacara tidak perlu meminta maklumat tambahan lagi daripada seketariat untuk tujuan bahan liputan mereka. Ini pertama kali dalam sejarah SUKMA semua pegawai terlibat termasuk pengurus pasukan dapat membawa balik keputusan lengkap yang memungkinkan mereka membuat penganalisaan pasukan masing-masing dengan lebih tepat. Sebelum ini pengurus pasukan akan membawa balik keputusan bagi atlet-atlet mereka yang bertanding sahaja. 

 Kalau dilihat dalam kontek pembangunan sukan jangka panjang, masih banyak ruang yang boleh dipertingkatkan lagi. Sokongan kerajaan-kerajaan negeri mungkin lebih membantu kecemerlangan sukan negara melalui SUKMA amnya jika bantuan ini disalurkan berterusan sepanjang dua tahun persiapan, bukan secara praktik masa kini kebanyakan negeri-negeri membuat persiapan setahun sebelum dan bagi negeri-negeri yang kurang peruntukan kewangan , bantuan hanya dapat disalurkan enam bulan sebelum, malah lebih teruk daripada itu ada negeri yang menyediakan pasukan SUKMA mereka tiga bulan sebelum. Ini bermakna tumpuan kepada persiapan atlet dalam persiapan SUKMA masih dikira latihan bermusim dan bukan latihan jangka panjang yang berstruktur.

4 comments:

Anonymous said...

Inspite of the many unpleasant things that we get to hear about online dating, there are a few genuine organizations and marriage bureaus that run online facilities for interested individuals on the look out for that special someone. reverse ip trace

Anonymous said...

In order to work comfortably, you need a space of between 500 and 1,000 square meters. The objective of cardio workout is to raise your heart rate and sustain the effort for at least 30 minutes in order to burn fat., dedicated ip addresses. This book is important in placing the topic in context. von zipper kickstand sunglasses

Anonymous said...

The interesting thing about eczema is that there is so little know about it by the people that have it. price access.com. There is success in your personal life, and that includes family relationships. remote desktop connection win 2000

Anonymous said...

In advanced hair transplants clinics, this will be accomplished with a laser which is very precise but can still produce really small bruises for the grafts to be engrafted inward. argosy hd363n network external enclosure. Be sure to have a safe place to fly you aircraft. vpn tunnel port