Saturday, December 29, 2012

UNIVERSITI PILIHAN ARTIS KOREA

Walaupun kebanyakan selebriti kpop ini mendaftar sebagai pelajar di universiti, namun kehadiran mereka ke kuliah amat jarang disebabkan jadual aktiviti yang padat. Biarpun kehadiran mereka ke kuliah kurang, namun apa yang pasti selebriti ini banyak memberikan imej yang baik kepada universiti masing-masing. Jom kita tngak, universiti tempatan mana yang menjadi pilihan artis di Korea ini. 

1. Universiti Dong Guk Universiti ini menawarkan pengajian terbaik dalam bidang teater dan telah melahirkan ratusan pelakon berbakat sepanjang 106 tahun penubuhannya. Tradisi ini masih kekal sampai sekarang apabila anggota Girls Generation, Wonder Girls, T-ara dan 4minute merupakan sebahagian pelajar popular di universiti ini. YoonA, Seohyun, Sunye, Sunmi, Eunjung, Ga Yoon, Park Ha Sun, Yang Ji Won turut berada dalam bidang teater di sini. Manakala Lee Seung Gi mengambil jurusan perniagaan antarabangsa di universiti yang sama. 

2. Universiti Kyunghee Pengajian muzik pasca moden di universiti ini antara program terkenal yang menjadikannya sebagai tariakn utama. Antara selebriti yang mengikuti pengajian di sini adalah seperti Rain, Yoochun (JYJ), Changmin (TVXQ), G-Dragon dan Daesung (Big Bang), Kyuhyun (Super Junior), Ye Eun (Wonder Girls), Hongki (FT Island), Han Seung Yeon (Kara), Hyori, Jo Kwon (2AM), Kang Min Kyung (Davinchi) dan ramai lagi. 






3. Universiti Joong Ang Universiti ini diiktiraf sebagai kedua terbaik selepas Universiti Dong Guk dalam pengajian teater. Ini kerana terdapat 2 orang anggota Girls Generation, Yuri dan Sooyoung mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian di sini. Seungri (Big Bang) turut mendaftar masuk sebagai pelajar pada tahun 2010. Antara selebriti lain yang turut belajar di sini adalah Kim Bum, Shin Se Kyung dan Luna (f(x)). 

4. Universiti Dankook Biarpun terletak jauh dari Bandar Seoul, namun universiti ini turut menarik ramai selebriti untuk belajar di sini. Dankook membariskan bintang-bintang seksi seperti T.O.P (Big Bang), Taecyeon (2PM) dan Jay Park. Malah bintang-bintang ini berjaya menghadirkan diri ke kelas walaupun sibuk dengan aktiviti seni di luar. 

 5. Universiti Dae Jin Bukanlah universiti yang terkemuka, namun program teater yang ditawarkan mula berkembang secara pelahan-lahan sejak Teayang (Big Bang) menjadi selebriti pertama yang belajar di situ. Jejaknya turut diikuti oleh Seulong dan Jinwoon (2AM) serta Haha. Artis-artis ini turut mempekenalkan universiti ini dengan mengedarkan risalah kepada orang ramai untuk memohon belajar di situ. 


6. Universiti Ho Won Meskipun tidak banyak mengambil selebriti popular sebagai pelajar, namun antara pelajarnya adalah daripada kumpulan idol terkenal iaitu 2PM, Wooyoung, Junho dan Chansung. Mereka belajar dalam jurusan penyiaran dan hiburan di universiti ini. 


7. Universiti Konkuk Universiti ini dilihat banyak mengambil idol sebagai pelajarnya. Minho (SHINee) mula menjadi pelajar pada tahun 2010 dan menjadi duta kepada universiti ini. Hyun A (4minute) dan Dong Woon (Beast) turut memohon belajar di sini. Lee Min Ho telahpun menjadi pelajar pada tahun 2006 manakala Lee Jong Suk dan Seo Woon juga merupakan pelajar dalam jurusan teater. 


8. Universiti Sung Kyun Kwan Anggota After School, Uee dan ahli T-ara iaitu Hyomin baru sahaja melanjutkan pelajaran di universiti ini dalam jurusan teater. Universiti ini turut menyenaraikan Bae Yong Joon dalam jurusan teater manakala Song Joong Ki dan Moon Geun Young memilih jurusan perniagaan dan kesusasteraan.


Recommended video | Big Bang - Blue



Ein

3 comments:

Maestro Amad said...

hola encik nabil.
lame tak singgah..

hyuna pun belajar ke.
bagusla diorg ade universiti at least..tp jd artis..pelik2..
artis kita pula mcm mane ye?

Anonymous said...

rasanya daftar je kot dorng ni sebagai pelajar..g ke tidak,xtahu pulak kn..

akmal said...

pandai2 rupanya artis2 korea nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...