iPhone 5 and iPad Mini | 12 September 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat berpuasa kepada semua sahabat2 seagama saya diluar sana.. Semakin hari, semakin banyak sumber2 yang agak boleh dipercayai memperkatakan tentang produk baru daripada Apple sama ada iPhone 5 ataupun iPad mini 7".

Beberapa sumber dari iMore menyatakan bahawa Apple akan mengadakan satu majlis pelancaran hadware baru pada 12 September 2012. Di jangkakan, pada majlis ini Tim's akan mengumumkan New iPhone 5 dan juga iPad Mini 7". Sumber lain mengatakan juga, Apple juga akan menaik taraf produk lain seperti iPod.

Apa2 pon mari kita tunggu pengumuman rasmi dari pihak Apple sendiri.


Kedah FM Onlive Live Streaming

Kedah FM Onlive Live Streaming

Kedah FM 97.50Mhz

p/s: Kindly please install missing plug in





Pungutan Pingat Terkini Sukan Malaysia XV Pahang 2012 ( SUKMA 2012) | Hari Ke 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kedudukan terkini pingat sukan Malaysia mengikut pandangan saya tidak lagi mampu dicabar oleh mana-mana kontijen memandangkan pada masa ini kita telah berada di kemucak kejohanan. Seperti dijangkakkan oleh ramai pemerhati sukan, sekali lagi Terengganu menunjukkan kebolehan diluar jangkaan dengan mendahului carta pungutan pingat buat SUKMA 2012 ini. Pada ketika ini, Terengganu telah mengumpul sebanyak 62 Emas, 24 Perak dan 30 Gangsa.


Turut menjadi kejutan adalah saingan daripada tuan rumah dengan memberi saingan untuk mencabar Selangor untuk kedudukan 2 dan 3. Dengan berbaki beberapa jam lagi, agak sukan untuk pasukan Pahang mengatasi Selangor untuk mendapat tempat ke 2 dibawah Terengganu. Berikut adalah pungutan pingat terkini sehingga jam 3.30pm.



Pungutan Pingat Terkini Sukan Malaysia XV Pahang 2012 ( SUKMA 2012) | Hari Ke 6

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Berikut adalah pungutan pingat terkini Sukan Malaysia Sukma Pahang 2012,Maaf maklumat lanjut tidak dapat dikongsi atas masalah-masalah yang tak dapat diielakkan.



Pungutan Pingat Terkini Sukan Malaysia XV Pahang 2012 ( SUKMA 2012) | Hari Ke 4

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Hari ini merupakan hari ke 4 kejohanan menyaksikan persaingan kontijen Terengganu menguasai carta pungutan pingat dengan 39 pingat emas diikuti pencabar terdekat Selangor dengan 38 pingat Emas.

Pada hari ini, antara pingat emas yang diperoleh pada hari ini adalah dalam acara Renang, Angkat Berat, Ekustrian, Pentaque dan juga olahraga.Berikut adalah kedudukan semasa pungutan pingat Sukan SUKMA XV Pahang 2012:




Pungutan Pingat Terkini Sukan Malaysia XV Pahang 2012 ( SUKMA 2012) | Hari Ke 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ke 3 menyaksikan persaingan di antara kontijen2 negeri mencari kedudukan selesa untuk memimpin carta pungutan pingat. Seperti hari sebelumnya, carta pungutan pingat dikuasai oleh kontijen dari negeri Selangor. Namun, kedudukan tempat ke 2 dan ke 3 telah berubah dan menyaksikan perebutan antara tuan rumah Pahang dan juga Juara Sukma sebelumya iaitu Terengganu. Selangor pada ketika ini dihadapan dengan 27 pingat emas dan diikuti rapat oleh Pahang dan Terengganu dengan 17 pingat Emas.

Banyak lagi pingat Emas dipertandingkan pada hari ke 4 dan sudah pasti Terengganu sebagai juara menanti tidak memberi laluan mudah untuk tuan rumah menguassai carta pungutan pingat emas. Berikut adalah kedudukan semasa pungutan pingat Sukan SUKMA XV Pahang 2012:


"Majulah Sukan Untuk Negara"


Pungutan Pingat Terkini Sukan Malaysia XV Pahang 2012 ( SUKMA 2012) | Hari Ke 2

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Hari ke 2 menyaksikan banyak lagi acara dan juga pingat emas yang telah berjaya direbut oleh setiap kontijen. Walaubagagaimanaun, pada ketika ini Selangor masih lagi mendahuliu carta pungutan pingat dengan 17 Pingat Emas, 11 Perak dan juga 17 Gangsa. Kontijen Selangor di ikut rapat oleh kontigen dari Sarawak dengan 11 Pingat Emas. Berikut adalah kedudukan semasa pungutan pingat Sukma 2012 Pahang.



Pungutan Pingat Terkini Sukan Malaysia XV Pahang 2012 ( SUKMA 2012) | Hari Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini bermula lah temasya sukanSUKMA Pahang 2012. Kebanyakan pingat emas yang dipungut pada harini adalah dari acara Lumba basikal dan juga Renang.Berikut adalah pungutan pingat terkini hari pertama sehingga jam 11.45malam.



Sejarah Sukan Malaysia ( SUKMA )

Sukan Malaysia (SUKMA) dipertandingkan secara dwi-tahunan yang merupakan kejohanan temasya yang terbesar dan berprestij di negara ini. Kejohanan ini diadakan berselang-seli dengan Sukan SEA bagi tujuan mencungkil bakat-bakat baru atlet yang berpotensi tinggi untuk mewakili negara. Sukan Malaysia terbit daripada cadangan yang diketengahkan oleh YB. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika itu pada tahun 1983. 

Pada mulanya ia hanya melibatkan sukan tennis, ping pong, lumba basikal, olahraga dan bola tampar, tetapi oleh kerana sambutan yang menggalakkan, maka jenis dan bilangan sukan telah ditambah. Konsep Sukan Malaysia adalah untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu di kalangan masyarakat yang berbilang kaum sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. SUKMA juga mengamalkan konsep pensyarikatan Malaysia di mana pengelolaan akan melibatkan pihak kerajaan, badan-badan Sukan, Majlis Sukan Negara Malaysia dan pihak swasta dari segi penajaannya. 

 Penyertaannya peringkat awal dibuka untuk peserta berumur 21 tahun ke bawah, bagi atlet-atlet yang tidak berada di dalam Program Jaya '98 (iaitu program penyediaan atlet untuk Sukan Komanwel 1998) manakala atlet-atlet di dalam Program Jaya '98 tiada had umur dikenakan. Semua penyertaan adalah mengikut Majlis Sukan Negeri-Negeri dan Majlis-Majlis Sukan Tentera, Polis, Universiti, manakala Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia adalah sebagai kontinjen jemputan. Sukan Malaysia kali pertama dan kedua telah diadakan sekitar Lembah Klang di mana Majlis Sukan Negara Malaysia menjadi pengelolanya. Sukan Malaysia ketiga dan seterusnya telah ditawarkan kepada negeri-negeri untuk menjadi tuan rumah. Pada satu peringkat tuan rumah ditentukan secara bida sebagaimana temasya-temasya Sukan antarabangsa yang lain. 


Selepas kajian dibuat dan dengan mengambilkira kos yang terpaksa dibelanjakan oleh negeri-negeri yang berkeinginan untuk tuan rumah dalam proses bida ini telah meningkat dengan begitu ketara, keputusan baru telah dibuat dengan memberhentikan proses bida dan telah digantikan dengan proses penggiliran mengikut zon. Sukan Malaysia sudah menjadi medium yang penting dalam menaikkan nama negeri dalam arena Sukan dewasa ini. Kerajaan Negeri telah bersedia untuk membelanjakan peruntukan yang besar bagi persiapan kontinjen, penyertaannya termasuk juga pemberian ganjaran kemenangan dalam konteks Sukan Malaysia hari ini. Kos untuk mengelolakan temasya ini juga kian kali kian meningkat dengan begitu besar, apa lagi setiap negeri yang menjadi tuan rumah ingin menjadi penganjur yang terbaik setiap kali menjadi tuan rumah. Kepentingan yang tinggi tersebut telah mengenepikan soal kos yang hanya menjadikan keutamaan kedua. Setiap kali SUKMA baru akan bermula setiap kali itu pula resolusi-resolusi dan peraturan-peraturan baru diimplimentasikan bagi memenuhi keperluan semasa. 

Sebahagiannya daripada perubahannya tidak untuk tujuan jangka panjang atau untuk kebaikan pembangunan Sukan secara kekal, tetapi lebih kepada kebaikan pengurusan pertandingan semasa atau disebabkan kepentingan tertentu dan ianya tidak konsisten. Walaupun begitu, Negeri Terengganu telah menjadi penganjur yang pertama yang tidak mengambil kesempatan kepada situasi ini dalam menjadikan penganjur kejohanan yang paling berintegriti. Malah telah dibuktikan sepanjang temasya berjalan Jawatankuasa Juri Rayuan Induk dan Jawatankuasa Disiplin tidak perlu dipanggil bersidang walau sekalipun untuk menyelesaikan sebarang kes teknikal. Ketelusan tuan rumah dalam pengadilan dibuktikan lagi contohnya dalam satu Sukan subjektif Pencak Silat, peserta tuan rumah telah tewas dengan 0.05 mata, yang kalau kemenangan diberi kepada peserta inipun, tidak akan timbul isu yang besar, namun tuan rumah tetap tidak mendesak untuk merubah atau mempengaruhi keputusan tersebut malah menerimanya secara ‘gentelmen'. Sebahagian besar kemenangan atlet tuan rumah datangnya melalui acara-acara dari ‘measurable sports' yang tidak boleh dipertikaikan keputusannya. 

 Keputusan pertandingan bagi semua sukan dan di semua venue dapat dilayari dalam internet secara on-line' dan juga diperolehi secara ‘hard copies' di semua premis yang telah ditetapkan dengan cepat dan memenuhi sasaran masa tidak lebih daripada tiga (3) minit selepas tamat satu-satu perlawanan. Keputusan juga dikeluarkan secara pertandingan, harian dan keputusan penuh di hari akhir setiap pertandingan. Setiap kontinjen, pengurus pasukan, organisasi, persatuan sukan dan jabatan berkaitan mendapat set keputusan lengkap termasuk dalam bentuk CD sebelum masing-masing berlepas pulang. 

Perkara ini merupakan satu kekuatan dalam pengelolaan SUKMA kali ini yang telah mendapat pujian daripada semua pihak termasuk media. Maklumat di dalam laman web rasmi juga lengkap sehinggakan pihak media serta juruacara tidak perlu meminta maklumat tambahan lagi daripada seketariat untuk tujuan bahan liputan mereka. Ini pertama kali dalam sejarah SUKMA semua pegawai terlibat termasuk pengurus pasukan dapat membawa balik keputusan lengkap yang memungkinkan mereka membuat penganalisaan pasukan masing-masing dengan lebih tepat. Sebelum ini pengurus pasukan akan membawa balik keputusan bagi atlet-atlet mereka yang bertanding sahaja. 

 Kalau dilihat dalam kontek pembangunan sukan jangka panjang, masih banyak ruang yang boleh dipertingkatkan lagi. Sokongan kerajaan-kerajaan negeri mungkin lebih membantu kecemerlangan sukan negara melalui SUKMA amnya jika bantuan ini disalurkan berterusan sepanjang dua tahun persiapan, bukan secara praktik masa kini kebanyakan negeri-negeri membuat persiapan setahun sebelum dan bagi negeri-negeri yang kurang peruntukan kewangan , bantuan hanya dapat disalurkan enam bulan sebelum, malah lebih teruk daripada itu ada negeri yang menyediakan pasukan SUKMA mereka tiga bulan sebelum. Ini bermakna tumpuan kepada persiapan atlet dalam persiapan SUKMA masih dikira latihan bermusim dan bukan latihan jangka panjang yang berstruktur.

Pungutan Pingat Terkini Sukan Malaysia XV Pahang 2012 ( SUKMA 2012) | 2 Hari Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

2 Hari lagi akan bermulanya Sukan Malaysia ke XV 2012 yang pada kali ini dilangsungkan di Pahang. Walaupun secara rasminya akan bermula 2 hari lagi, namun terdapat juga sukan-sukan yang dipertandingkan lebih awal sebelum upacara pembukaan rasmi berlangsung. Berikut adalah pungutan pingat terkini sehingga jam 1.00PM 7 JUN 2012.



Antara acara yang dimulakan awal termasuklah acara Taekwondo dan juga Karate Do.

My Teksi | Applikasi terbaru untuk tempah teksi secara Online

Need to book a taxi? There’s an app for that! Good news for frequent users of taxi cabs in Malaysia – you can now book taxis on the go using MyTeksi, a platform that allows taxi bookings on the go via an iPhone app, an Android app, or plain and simple SMS for those without a supported smartphone OS.

The MyTeksi app can be downloaded for free from either the Apple App Store or Google Play. MyTeksi currently has over 250 active drivers in their fleet of taxis, and they’re working to grow this amount constantly. Ideally, one day all taxis in Malaysia will be signed up to be on the service.

Once a taxi driver has accepted the job, you’ll receive confirmation details on your booking. The app also estimates how much your fare will be based on your starting and destination points. You’ll also have to pay a RM2 surcharge which is the standard phone taxi booking rate. 

You’ll need to pay this to the taxi driver, MyTeksi doesn’t charge you anything directly. If you don’t have a supported platform, you can just send an SMS to 36881 with the following information and you will receive an SMS confirmation or a call within 3 minutes.

Paultan
 

For more details: paultan.org


SENARAI TUGAS PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN / OPERASI N17

SENARAI TUGAS PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN / OPERASI N17

1. Menerima dan merekod surat-surat harian, memo, akta, perintah, arahan, pekeliling,sampul kecil dari bahagian, cawangan, syarikat dan diserahkan kepada Ketua Cawanganuntuk tindakan selanjutnya.

 2. Menaip surat-surat berkaitan pentadbiran am, laporan, minit mesyuarat, memo, formatdan lain-lain surat rasmi yang diarahkan Ketua Cawangan. 

3. Mengedar surat-surat harian, memo, akta, perintah, arahan, pekeliling, sampul kecil dari bahagian, cawangan, syarikat untuk makluman para pegawai. 

4. Memohon, merekod dan mengawal pergerakan stok alatulis serta mengagihkan kepada pegawai yang memerlukan. 

5. Menerima, mengawal, merekod dan membuat iringan cuti-cuti rehat dan pelbagai cuti darisemua kakitangan di cawangan untuk sokongan dan kelulusan serta mengemaskini penyata cuti tahunan dan pengumpulan cuti rehat bagi GCR anggota cawangan darisemasa ke semasa. 

6. Menerima surat-surat yang perlu dihantar ke bahagian, cawangan, syarikat setelahdirekodkan di dalam fail. 

7. Membuka sampul kecil bertujuan mewujudkan fail timbul dan diserahkan kepada KetuaCawangan untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada Ketua Bahagian. 

8. Mengawalselia mesin fotostate, komputer, printer perihal kegunaan, bekalan danmelaporkan kerosakan kepada pihak logistik dan juruteknik.

9. Membuka, mengawalselia, merekod, mengemaskini dan menutup fail pentadbiran darisemasa ke semasa. 

10. Menerima fail-fail dari pegawai-pegawai untuk tindakan dan perhatian atau ulasan dansokongan kelulusan Ketua Cawangan. 

11. Memohon, memesan, merekod dan mengawalselia stem pos yang diperolehi dari urusetia bagi kegunaan pengeposan surat rasmi jabatan 

Semoga bermanfaat untuk anda yang memerlukan.