Tuesday, May 4, 2010

Keburukan mengambil Shisha


By aman
Hookah @ Shisha
Shisha @ Hookah. Berasal dari zaman dinansti Mogul @ Mughal di India. Bertujuan utk mengurangkan kesan rokok (dengan cara 'menapis' menggunakan air) kepada golongan2 pembesar di zaman tersebut yg sudah ketagih menghisap rokok setelah ia diperkenalkn oleh Barat.

Beberapa ringkasan fakta:


1. Popular di negeri-negeri Arab terutama di Iran.
2. Dihidangkan semasa majlis keraian bagi memeriahkan suasana ketika berkumpul bersama.
3. Tidak popular di India walaupon berasal dari India.
4. Diharamkan di daerah Gujerat, India.
5. Terkenal di kalangan pelajar sekolah di Filipina berikutan rokok di haramkan kepada pelajar sekolah di sana.
6. Memerlukan permit khas di Amerika bg menjalankan perniagaan ini kerana melibatkan akta merokok di dalam bangunan
7. Terkenal di kalangan pelancong ke Israel.
8. Di bantah penggunaannya di kalangan penduduk Israel oleh The Israel Cancer Association dan diharamkan penggunaannya di markas-markas tentera di Israel oleh Israel Defense Forces.


Kesan terhadap kesihatan:
1. Asap shisha mengandungi komposisi toksik seperti tar, karbon monoksida, logam berat seperti zink dan carcinogen yg tinggi. (carcinogen adalah bahan kimia yg membantu pembiakkan sel kanser). Lebih tepat lagi, penghisap shisha menyedut lebih karbon monoksida berbanding perokok biasa (berdasarkan fakta sebatang rokok mampu bertahan 5 – 7min manakala shisha mampu bertahan sehingga 60minit!)
2. Menurut kajian, menghisap shisha dikenalpasti sebagai salah satu punca kepada kanser paru-paru, kanser mulut, serangan jantung dan penyakit lain yg disebabkan kegagalan jantung dan paru-paru.

3. Penghisap shisha menerima jumlah nikotin yg hampir sama dengan perokok biasa.
4. Asap yang dihembus oleh penghisap shisha berpotensi menyumbang kepada kesan “secondhand smoker” kepada orang disekeliling. (secondhand smoker lebih terdedah kepada risiko kanser paru-paru berbanding perokok tegar!)
5. Bg kaum ibu yg mengandung, menghisap shisha mampu menyebabkan kandungan yg dilahirkan tidak cukup berat atau tidak matang.
6. Penyakit berjangkit melalui air liur seperti H1N1 dan air-borne tuberculosis (penyakit TB) mampu merebak di kalangan penghisap shisha di kedai-kedai berikutan paip atau penyedut shisha tersebit tidak dicuci dan di sterilkan dengan betol. (ni yg buat lagi sedap)
7. Menurut statistik WHO (world health organization), setiap 32 orang daripada 100,000 orang di Mesir mengidap TB pada tahun 2005 dan kes baru pula dilaporkan meningkat 25 orang dari setiap 100,000 setiap tahun.
Dipetik dari karangan Richard D. Hurt, M.D. oleh aman untuk nabilpotter

24 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

mmg tak baik bnda ni....

fadah said...

salam bro...
ni tutorial mengenai ini...
cuba baca yer...
http://intanurulfateha.blogspot.com/2010/04/tutorial-26-button-like-share-facebook.html

SweetyMui2 said...

shisha n rokok lbih kurang sama je kot...

Anonymous said...

pengkritik bebas (aman):

Fatwa yg tidak boleh diterima oleh orang Islam sehingga hari ini especially perokok la.. (cuba menegakkan benang yg basah, kononnya tak tahu..so dah baca ni kira dah tahu la kan..huhu)

FATWA "Merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan"

Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali ke-37 1995

nabilah_2908 said...

erm...benda ni adik beradik rokok gak kan...so sm jerla jalannya...huhu...

paling best...part ni...

"paip atau penyedut shisha tersebit tidak dicuci dan di sterilkan dengan betol"

erk.....geli jer... ;)

slm kenal dari nabilah.. :)


jom ke APA KATA HATI pulak,
IKHLAS KE

e~car182 said...

tu la yg pelik,,
kalau perempuan isap shisha tak ke sama dgn isap rokok??

tp saya tengok bangga e perempuan tunuk gambar isap shisha?

musykil~

.:iEyaaYaya:. said...

anda di tag..
;))

soclose2213 said...

salam, jengah2 sat..ingatla org yang tersayang

natsumiDyla said...

haha. senang kata. tak payah la nak hisap shisha ke. hisap rokok ke.

habes duet. habis oksigen. habes nyawa T__T

andi said...

shisha skrg femes kat kedai aiskrim LECKA-LECKA..kat Mont' Kiara nie ramai minah n mat salleh lepak

Hazzy Ishak said...

selagi penyakit tak hinggap selagi tu lah dorang tak sedar

With Love,
HazzySuperb

jfook said...

Thanks for telling. But I don't take shisha.

nabil_potter said...

::FAIZ FARISH::

betul tu..benda ni xbagus..

nabil_potter said...

fadah

tq sisi

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

thanks utk info ni....

=)

nabil_potter said...

SweetyMui2

yup..tapi lebih bahaya lagi...

aRoL said...

info berguna...ermmm dah berhenti merokok merokok..

gAdiz kHaYaLan said...

nice inf0..... :)

Izzlin said...

kena bagi kat my boo baca ni.... buat ak terdedah kpd 2nd smoker aje @.@

fikah mus said...

sama bahaya dengan rokok je ni.
terima kasih atas info ni.
boleh ingatkan kawan2.

Anonymous said...

Pengkritik bebas (aman):

Izzlin: Terdapat satu fakta kes di UK dimana, 'secondhand smoker' telah menyaman rakan sekerjanya kerana dapat membuktikan rokok di pejabat yg dihisap oleh rakan sepejabatnya telah menyebabkan beliau mengidap kanser paru-paru setelah bekerja dengan mereka selama beberapa tahun. boleh la saman lepas ni, tu pn dah lepas diagnosis cancer paru2.. huhu jgn lupa catit date sejak bila hisap asap pree ni sbb nanti senang nak jadikan bukti kes mahkamah.. hehe

note: nak cepat kaya, p la jadi secondhand smoker.. buat medical checkup dulu.. pastu tinggal la dgn smoker.. lepas 20 tahun, dapat cancer paru-paru, bleh la saman orang tu.. sediakan semua bahan bukti dulu.. keh4..

Zulfahmi said...

patot la aku slalu pening kepala bila isap bnde nie...nasib baik la aku x minat sangat...nice entry bro

Anonymous said...

baru try sekali perisa 'red bull'
tpi pening kepala yg amat ,batuk ade gak..lps x nk isap dh ..insyallah ^^

Arieon said...

Shisha memang lebih bahaya sebab boleh dihisap tempoh yang lama. Dan yang tak best ia dikongsi oleh ramai orang. Bayangkan kalau orang sebelum tu ada penyakit Tibi sudah pasti orang seterusnya akan terkena jangkitan Tibi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...