PENTING | Cara Mudah Untuk Mohon Moratorium Hire Purchase Maybank Beserta Gambar




Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Untuk makluman ramai, Moratorium Hire Purchase Maybank kena apply sendiri ya. Caranya sangat mudah dan tidak mengambil masa begitu lama. Difahamkan hanya melibatkan pinjaman Hire Purchase sahaja yang perlu untuk sah kan sama ada nak moratorium atau tidak. Lain bank lain caranya. Memandangkan saya juga peminjam di Maybank, maka perlu untuk lakukan proses ini.

Ikut langkah-langkah berikut:

1- Buka link ini di web browser anda..Bukan di apps maybank ya..

https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_financial_relief_scheme.page?


2- Log in akaun maybank2u anda menggunakan web browser.

3- Buka-buka ja terus dia tanya soalan tu..Boleh rujuk gambar dibawah.Kemudian klik YES




4- Kemudian skroll ja dekat bawah dia akan keluar akaun Hire Purchase yang ada dengan Maybank. Boleh pilih akaun mana yang nak Moratorium. Tick dekat akaun berkaitan

 

5- Kemudian tekan AGREE & SUBMIT. Lepastu kena request TAC.

6- Masukkan no TAC dan klik CONFIRM


7- Selesai. Boleh SAVE RECEIPT bagi yang memerlukan untuk rujukan.


p/s: Saya bukan pekerja Maybank. Info lanjut boleh call maybank berdekatan anda.

Maklumat FAQ klik SINI.

Update: Untuk maklumat, tarikh akhir untuk kemaskini akaun anda adalah pada 31 Mei 2020

Jangan lupa pakat share sorang sikit..Moga dapat membantu semua..

 Terima Kasih









No comments: