iPhone 12 | Dilancarkan November 2020?


Ura-ura gambar iPhone 12 .Boleh tahan..
Seperti tahun-tahun yang lalu, pelancaran atau pengenalan produk apple amatlah dinantikan terutamanya yang melibatkan pelancaran iPhone. Pada waktu pelancarannya nanti yang dicadangkan sekitar September 2020, kita akan lihat ramai "peminat" apple akan muncul bak cendawan untuk sama-sama menghentam tentang spesifikasi mahunpun harga peranti tersebut.





Namun, sejak kebelakangan ini, telah tersebar begitu meluas tentang maklumat-maklumat mengenai spesifikasi yang akan terdapat pada iPhone 12.

Antara spesifikasi yang baru yang akan ditampilkan pada iPhone 12 adalah "refresh rate" (paparan kadar segar semula) dikatakan boleh mencapai 120Hz  dan secara tidak langsung memberi pengalaman yang baharu buat penggunanya nanti.

Apple juga dikatakan akan mengekalkan harga yang sama seperti produk iPhone 11 yang lalu. Namun, dengan wabak pendemik Covid-19 ini, adakah harga ini masih relevan atau apakah strategi apple akan menurunkan sedikit harga? Sama-sama kita nantikan.

Bentuk yang di uar-uarkan juga menampakkan sedikit petak seakan-akan berbentuk seperti iPhone5 dimana lebih sedap untuk dipegang. Selaian pengenalan teknologi 5G, lain-lain maklumat asas boleh rujuk sumber twitter daripada Apple Hub seperti dibawah.


Warna biru nampak menarik jugak.. :)


Ini semua adalah rumors yang tersebar, namun apa yang lebih tepat sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya sekitar September 2020. 

Terima kasih

No comments: