Friday, July 16, 2010

Betul ke Doktor sekarang kurang kualiti?

doktor senyum cmni, patient pun suka =)
Assalamualaikum kepada semua sahabat bloggers di serata dunia..huhu..

Pertama sekali mintak maaf kalau entry ni menyinggung doktor2 diluar sana...Entry ini tidak bermaksud untuk menindas golongna Doktor..Saya juga InsyAllah doktor dimasa akan datang..Dr (ENG)...hehehe..ok..Sabor ye para2 Doktor kat rumah atau di hospital yang tengah merawat pesakit.hehe

Persoalan ini timbul berikutan pada bulan lepas, ada kes yang berlaku di Kangar kalau tak salah, seorang bayi meniggal ketika baru dilhairkan dan ibunya mengalami sakit ape ntah..Ok..difahamkan, Doktor yang PIC untuk operation tu adalah Doktor pelatih (houseman)..doktor pelatih tak mahir ke yang sampai jadi cmtu?? walaupun dia sebagai pelatih, kalau betul2 dia mahir, tentunya lebih hebat dari Doktor yang dah lama..Dalam kes ini jugak, kita boleh persoalkan dimana Doktor senior? tapi, ramai juga org cakap, dalam sampai ajal dia nak buat macam mana kan?? tapi apae pun kita cakap, sebagai ibu dan bapa kepada bayi tu, mesti terasa jugak..takde ke Doktor kat Malaysia ni????

Kalau ikutkan statik JPA, 1 tahun beribu student yang diluar negara belajar Doktor..pastu tak nak balik Malaysia alasanya gaji murah..Kalau nak jadi doktor fikir tentang gaji, tapi tak pikir nak tolong orang, lebihh baik tak payah jadi doktor..sia-sia je jpa tolong bagi biasiswa, tapi tak nak berkhidmat dengan kerajaan..Hmmmm..

Banyak cerita dari hospital2 yang saya dapat tentang doktor pelatih(houseman) ni...Ada yang cakap, mereka ni sombong dengan staff dekat hospital..tau la doktor pun, tak perlu la sombong sangat..pastu, ada satu cerita dari hospital jugak, ada seorang doktor senior suruh houseman buat apa ntah, pastu doktor tu tak tahu buat sedangkan benda tu adalah basic..Basic la bagi para2 Doktor..tapi kalau macam org biasa meamang la tak tau ape2..

Perbezaan doktor dapat kita lihat dari segi doktor swasta dan doktor kerajaan..kalau doktor swasta tu, senyum je memanjang..kalau doktor kerajaan ni, senyum jugak..tapi kadang2 je...tapi bukan semua la..kenapa boleh jadi cmtu?tak cukup gaji ke??

Harapan saya sebagai rakyat Malaysia, pulanglah untuk berkhidmat di negara kita..Doktor ditugaskan untuk merawat pesakit, bukan untuk mengumpul duit..minta maaf kalau terkasar...Saya tahu ramai sangat bercita2 nak jadi Doktor..saya pun dulu bercita-cita nak jadi doktor..tapi hanya kamu orang2 terpilih je yang dapat jadi Doktor..So, tunjukkan kepakaran anda sebagai seorang Doktor yang menghormati orang lain..bantuan anda sangat2 diperlukan..Doktor merupakan golongan yang paling penting untuk mengubati orang yang sakit..tanpa anda, mungkin orang yang patah kaki tu, patah buat selama-lamanya...

Entry ni ditulis berikutan banyak aduan dan cerita dari kawan-kawan saya sekitar malaysia dan luar malaysia mengenai seorang doktor baru...

I LOVE DOCTOR

p/s: kepada rakan2 ku doktor di zagazing, india, indon, malaysia, mesir entry ni bukan untuk anda..kerana nila setitik, habis susu sebelanga..

23 comments:

soclose2213 said...

nama dah dr, klu gaji ciput depa rasa tak berbaloila..oppss jgn mara ye dr2..

betul kata nabil, jgn terlalu memikirkan kepentingan sendiri, ingatla ramai diluar sana yang perlukan KEPAKARAN KAMU..=.= PEACE NO WAR !!

++***hana zaty**++ said...

insyaallah..

belajar medic kat indonesia teach me on how to treat patient wisely!

even bukanlah dekat mesir ataw mane2 negara hebat yg lain, tetapi keadaan disini mengajar hana segalanya!

i hope i will be a good doctor soon for the sake of Allah n umat sejagat!

[z@ck] said...

kadang2 dorang careless..bukan tak ada kepakaran..cuma macam ko cakap la..kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

ciknamr said...

betul kata en.nabil potter neh.. ^__^
hmm kdg2 ade doktor yg hnya nk show off kat pubic yg die doktor dgn memakai labcoat spenjg masa ke hulu ke hilir. tp x pakar mana pon..
doktor pakar pon xpkai labcoat kesana sini.. sepnjg kat spital, mcm2 ragam doktor jupe!

.::WaNiE::. said...

for me lah kan nabil

bagi jelah gaji yg berbaloi kat dorg

keje diaorg pun bukan senang

purplish.pink said...

dunno what to say, tp rasa nk komen jugak. HAHA.

i read a doc's blog. dia dokter, husband pon dokter, mak ayah dia pun dokter. n drpd cerita dia, dokter kita mmg sgt2 teruk kerja mereka. walaupun gaji tu kategori byk jgk bg org keje krajaan ni, tp xsetimpal dgn keje yang byk kena korban masa utk diri n keluarga. tapi sebab mmg nawaitu dia jadi dokter untuk tlg orang, she's living her life to the fullest. kalo nk jadi dokter sbb pk gaji byk, mmg pesakit la jadik mangsa akhirnya.

Anonymous said...

saya pn nak komen gak....
kbnyakan pesakit psy (psykatrik)kt hospital yg sy kja ni adalah berlatar blakangkan "doktor"...tekejut jgk bla tgk..huhu...
p/s : thanx nabil...akhirnya masuk jgk entry ni...heheh...
tp...x suma Doktor yg sombong...tp kbnyakan yg houseman sombong gk la...mlampau...hikhik....
pape pn,kpd bakal2 doktor dan yg dah jd doktor,smoga brjaya dan wat kja dgn ikhlas... wee... =D

- anak ibu : Harmony -

shahira ismail said...

klu nk tgglkn komen supposed kena jawab soklan kat entry ni..haha btw tu sokln ssh nak jawab..nak kata berkualiti tak dalam bab2 gini ssh sket la sal kte berdepan ngn nyawa kan.unless klu it's stated clearly,klu with quality death bole d preventd maybe accptable kot nak pertikaikn hal ni.btw bg saya bnda kena kmbali kat niat..krn ap nak jadi dr..cm till now xpaham napa ade certain yang assume to make big money masok profession ni..emm bek wat bisness,engineerg perhaps.tapi tu la bagi saya profession ni paling senang nak kasi orang pahala..malangnya tak ssh gak nak bg orang terbuat dosa.
allhu a'lam~ =)

hans said...

skrg wang tu sangat memainkan peranan kan
yg taknak balik tu mungkin sebab kerana wang atau mungkin kerana negara yang mereka kerja skrg lebih bagus
apa2pun bila dah lama berkhidmat di luar harap2 pulang lah curah kepakaran ditanah air sendiri plak kan

p/s : Review Film : Mantra Filem Seram Paling Terbaik Keluaran Metrowealth?

SweetyMui2 said...

hilang idea nk komen bila tgk komen org len pjg2 =_=

Ann said...

semalam mmber pg klinik swasta, doktor tu bek sgt....senyum jer memanjang....

kalo kerajaan, nk senyum ssh...bkn semua lah.....mybe kerja byk kot...gaji pun lbh ckit...

syahira ariff said...

tugas doktor tu mulia
menyelamatkan nyawa org,bukan hanya fikir soal wang ringgit sahaja kan

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

back to business
Assalamualaikum

Entry yg paling menarik utk dikomen.. hehe.. Insyallah owner blog dan sy akan begelar doktor (Philosophy). APa yg adik@kakak wannie ckp tu, ada wajarnya.. bg je la gaji bnyk kan.. doktor katakan. kerja pn berat.. ishkk.. agak2 nya la, berapa jumlah sponser yg depa dapat (termasuk yuran) time depa belajar amek medic dulu? tidakkan depa tu terasa beruntung sbb tak kerja lg tapi dah dapat habuan? bila dah keluar, complaint lg.. kalau yg doktor tua tak naik2 pangkat tu lain la..sbb dah lama berkhidmat tp tak naik2 pangkat.. hermm.. kalau nk ikutkan kerja berat la kan, semua orang akan mengaku kerja masing2 adalah berat. percayalah.. yg cikgu akan kata "kerja aku berat, setiap tahun ramai cikgu terpaksa mendptkan rawatan sakit jiwa, bukan senang nak ajar budak2 yg dah makin tak bermoral ni"..kata cikgu. Kalau tentera pula, "kerja aku lg berat, duduk dalam hutan jaga sempadan sampai beminggu2.. minum air sungai, tdo atas tunggul2 kayu, tak mandi beminggu2..".. kata askar. Polis.."eh eh..keja aku lagi risiko tingga la, aku bedepan dengan orang yg membunuh, merogol, along, alang dll.. depa semua tu takut sgt kena tangkap jadi depa akan buat apa saja utk lepaskan diri termasuk bunuh aku.. so aku patut dapat gaji lebih ar.." kata polis.. Hermm.. itu la yg jadi dalam organisasi kerajaan. menjalankan tugas sambil lewa tak ubah seperti melepaskan batuk ditangga. Cuba jalankan tugas dengan bertanggungjawab..mesti takda masalah doktor tak cukup atau apa2 lg. Kadang2 tu bukan doktor tak cukup, tp doktor taknak buat sbb kurang kepakaran dan taknak amek risiko.. Betul jugak tu, dalam Prinsip Amalan Profesional, doktor perlu ambik kira risiko2 yg ada. tp ini yg seorang doktor tua bgtau sy la (20 tahun pengalaman sbg pegawai perubatan di hospital kerajaan). Dia kata, "kita ada bnyk doktor, ramai budak2 baru. Mula2 sy bangga tgk depa masuk sini. tp lama2 sy frust, bukan apa..kadang2 tu benda yg simple pn tak tahu". "bila ditanya adakah depa tak belajar masa kat Uni dulu, depa kata belajar..pelik ni. herm.. ni la doktor baru, msuk bidang kedoktoran bukan kerana minat, bukan kerana tanggungjawab. tp sbb mak bapak nk tgk anak2 jadi doktor, sbb nk ada tittle Dr kat depan tu dll" tambah beliau lg. Menang tak dapat dinafikan.. ramai yg nak jadi doktor, dari segi akademik nya, boleh dikatankan semua orang mampu menjadi doktor bak kata Ibn Sina "semua orang mampu menjadi doktor".. tapi tak semua mampu nak mempraktikkan ilmu yg ada dengan pelbagai alasan, dolak dan dalih. Engineer pn sama. ramai yg dapat first class, tp suruh bancuh semen (bg civil), belom tentu composition nya mantap.. kalau sruh service engine (bg mechanical), belum tentu skru yg dibuka cukup utk pasang balik engine tu.. dan belum tentu kipas yg rosak dapat dibaiki (bg eng electric).. tercabar kan.. tp itulah kenyataan. Saya pn sedang berusha utk ke satu peringkat yg lebih baik dan baik dan terus baik. sama2 kita semua berusha.. anda boleh. anda adalah apa yg anda usahakan.. amek dadah, anda adalah matpit (tak kisah la ice ka apa ka).. naik moto @ kereta mcm chempera, anda adalah mat rempit.. haha.. dah bleh jadi satu entry ni.. kepada owner blog, maaf ye kalau comment ni lg panjang dari entry saudara..

p/s: gaji2 yg anda dapat ni cuma 1 per 10. mana lg 9? itulah perniagaan. Wallahualam

betolll!!! saya stuju dgn pengkritik bebas kt atas ni...
9/10 adalah dri perniagaan... = )
erm..nak komen skit,ada yg terpaksa amek medic ni sbb parents diorang paksa soh anak diorang jadi DOKTOR...
sian org tu kan???
bukan ape,ni adalah dari survey yg saya bwat d salah sebuah hospital kerajaan di ward psykiatrik...
amat mnyedihkan dan memilukan... =/

- anak ibu : Harmony -

Bintang said...

ini hanya pendapat saya.
harap maaf juga jika bahasa kurang enak didengar.selamat membaca,
http://iamstarinthesky.blogspot.com/2010/07/dont-compare-your-life-to-others-you.html

Anonymous said...

saya sebagai seorang doktor yang hampir tamat zaman sebagai seorang dr pelatih....minta maaf banyak2 dulu saya memang bercita2 besar ingin jadi seorang doktor dan membantu masyarakat.... tapi kadang-kala saya sedih masyarakat banyak menyalahkan dr ini dan itu.....
REALITINYA cubalah anda banyangkan saya harus bekerja sehingga 36jam jika saya oncall TANPA REHAT...... tapi KKM sentiasa menafikanya..... dan kdg kala terpaksa oncall 3 hari seminggu bayangkanlah wahai bloggers.... masa bila kami ingin TERSENYUM kalau mental dan fizikal keseluruhan kepenatan.....
Ditambah jika kami tidak oncall harus datang kerja dari jam 7 pagi hingga 6 ptg.... ada sesetengah jabatan mengharuskan kami datang pada waktu malam untuk adakan ROUNDS...bayangkanlah...... kami tidak ada hari untuk kami bercuti.... JIKA kami ingin bercuti harus meminta dan ditolak dalam cuti tahunan, cuti sakit juga ditolak dari cuti tahunan...... dari hari isnin hingga ahad NO HOLIDAYS....tidak kah ini satu kezaliman ????tapi demi masyarakat kami relakan...kami diamkan mulut pekakkan telinga....
UNTUK pengetahuan bloggers ONCALL yang kerajaan kira untuk kami sebagai doktor hanyalah RM100 hingga RM180 per12JAM dibandingkan RM60 hingga RM100 per sejam pihak swasta.... adakah ini berbaloi dengan apa yang kami kerjakan??? tapi kami diamkan dan pekakkan telinga DEMI masyarakat ...
Kami sebagai dr pelatih bukan suka-suka kehulu kehilir memakai lab cot menunjukkan kami DR tapi ini adalah peraturan hospital.... jika kami tidak memakainya dikawasan hospital kelak ditegur oleh PENGARAH hospital....
jadi kepada bloggers..... demi masyarakat selalu kami pedamkan perasaan kami.... ini tidak dikira kami dimaki dihamun oleh dr yang lebih senior.... depan2 pesakit... jadi janganlah ingat kami harus berkerja sempurna jika perkara2 diatas masih ditakuk lama....sebab kamipun manusia seperti anda ,ada masa penat,sedih ,kecewa,depres tapi kami pedamkan demi masyarakat...
Kepada bloggers inilah realiti seorang manusia seperti saya yang bergelar DOKTOR

nabil_potter said...

thanks sebab comment anda..saya akan panjagnkan komen ini kepada entry..
lebih baik kalau nama saudara diletakkan sekali..Tdak perlu takut kalau ia benar..

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

Thanks kepada orang yg lebih arif mengenai pengalaman seorang doktor walaupon masih di peringkat pelatih. mungkin kehidupan saudara akan lebih baik setelah tamat sebagai pelatih. al-maklumlah, pelatih kan.. time2 ni la nak buli. hik hik.. tp untung jugak, even pelatih doktor, still dapat payment.. bergaji.. pelatih jurutera? pelatih guru? huhu.. kecuali mereka2 yg memiliki penaja @ biasiswa..

Mcm dalam komen sy ckp tadi, masing2 akan cakap kerja masing2 adalah yg paling sukar dan paling mencabar. itu hak masing2.. even pak guard bank @ kedai emas pn akan mengatakan kerja mereka mencabar.. mahu tidaknya, mereka pengawal bersenjata.. kalau perompak nak merompak, pengawal bersenjata lah yg pertama akan ditumpaskan.. nyawa mereka bagai "telur dihujung tanduk" tp rata2 masih menerima bayaran yg rendah.. nyawa tu.. bukan perkara main2.. tp sebagai doktor, masa pn amat penting kan, masa utk bersama2 keluarga tercinta dan lain2. takpa, mcm bos sy penah ckp. "masa u kerja adalah 8-6, tp kalau u stay back sampai mlm, kita takkan bayar u satu sen pn. itu dikira jariah.. semoga yg lebih berhak sahaja yg mampu membayarnya".. hihi.. **keje engineer, 830-530.. tp selalu kena stay back sampai 8-9mlm (tanpa OT @ apa2 bayaran).. huhu, keje plak 6hari seminggu.. hik hik..

**Pengalaman pengkritik bebas

apa pn, selamat menjalankan tugas dengan penuh khidmat, amanah dan ikhlas.. Saya suka slogan yg pelayar solo (Dato Azhar Mansor) kita guna suatu ketika dahulu..

"I never complaint"

banzaii and good luck!

Anonymous said...

hehe....sbb tak pernah merungutlah dr-dr xpernah buat rusuhan.... xnak kerja hahha..........istilah pelatih in hanya diguna pakai di malaysia sahaja..kalau di ireland ,uk,NZ, setelah anda tamat anda adalah DR....jd setelah bertungkus lumus selama 5 hingga 6 tahun belajar(termasuk 3 tahun clinical@latihan) balik Malaysia masih digelar DR PERLATIH.... hahaha...latihan untuk apa?? fikirkanlah :(

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

latihan utk memantapkan lagi apa yg dipelajari. =)

Sbb ada doctor (senior) yg ckp doctor pelatih so called DOCTOR in ireland, uk, NZ sangat mengecewakan in doing work even after 5-6 tahun belajar.. mungkin tak semua tp sebilangan kecil.

"no success without doing(training)"

p/s: aku kalo pegi klinik@hospital pastu tepaksa plak jumpa dgn freshy doctor @ pelatih, mesti rasa ragu2 skit.. hihi.. so dengan latihan extra yg diaturkan mampu menghilangkan presepsi masyrakat yg doktor baru juga mempunyai pengalaman yg sama dengan doktor2 senior.. mungkin itu satu kelebihan @ nikmat yg tak disedari..

Anonymous said...

Saya medical student. Saya dah tahun 4. Yang pasal komen pakai white coat ke hulu ke hilir tu.. bukan pasal nak blagak. tapi as medical student in teaching hospital diwajibkan pakai whitecoat ke kelas or ward asa an ID. personally, saya dan kawan2 slalu rasa tak selesa bila orang tengok je gitu. takdepun rasa bangga gila ke. kalau junior doctors tu, believe me, their minds are too occupied to think about the 'greatness of wearing white coat'.

Dari saya tahun 3 lagi saya dah pernah kene marah ngan lecturer, ngan nurse ngan tah sesape lagi depan orang ramai in white coat. would i be so proud? jangan letak stigma. i know what humility is.

Doktor pun orang, rambut sama hitam hati lain2... again, dont stigmatize.

Pasal gaji... kami pun ade loan nak settle, ada yang bread-winner of the family, kami pun ada keluarga nak tumpang berteduh, kami pun perlukan belanja makan minum, api air, keluarga kami berkorban atas kesempitan masa kami. We are just asking for everything we give, we get back. Nak ke kerja tapi tak bergaji macam hamba abdi, kerja bermati-mati tapi gaji tak sepadan, sama macam seorang hamba.

Let me ask you a question, would u put ur life in the hands of an overwork, stressed out doctor? or would u rather be in the hands of a happy , energetic and willing doctor. Do not abuse our fellow doctors in the name of keikhlasan, khidmat kepada masyarakat. They are also apart of masyarakat. Motivasi tinggi mana pun lama2 cair.

I see and observed the doctors everyday. They are very committed. Work, then teaching some more. Yang buat research pulak.Studying to update medical knowledge lagi.Ada lecturer kene pegi konferens lagi, run a department, ade kene pinjam universiti lain untuk mengajar lagi.

Salute to these people who's courage, willingness and who's sacrifice is never ending.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...