Tuesday, August 24, 2010

[Hot]: Surau disimbah cat, dilempar botol arak

Assalamualaikum w.b.t dan salam perpaduan kepada pembaca blog ini.InsyAllah saya akan sediakan bahan yang terbaik untuk dikongsikan bersama anda semua..

Korang ada baca tak paper hari ini?Kalau baca paper hari ini, ade 2 tajuk besar yang agak difokuskan.Yang pertamanya adalah mengenai kedutaan malaysia dilontar dengan najis di Indonesia, dan yang keduanya surau didimbah cat..Bagun sahur tadi baca paper je terus nak rasa marah kan..marah sebabnya seolah2 mereka ni telah menghina Islam..Siapa la yang buat2 benda macam ni? kalau baca utusan, dia ade tulis, Umat islam dibinta bertenang..

InsyAllah semua umat islam masih lagi boleh mengawal diri..Di samping apa yang berlaku ni, saya berharap ramai umat islam berhusnuzon iaitu bersangka baik kepada apa yang berlaku..Mungkin ada hikmah..Hikmah mungkin unutk lebih menyatukan kita sesama umat islam di dalam satu ukhuwah yang lebih mantap unutk kes2 macam ini.Kita tak tahu apa yang akan diuji oleh Allah..So, so far, harap semua orang terutama di Negeri Sembilan bawa bersabar..ok.Sesungguhnya kita sedang berpuasa...berita lanjut boleh baca kat bawah,

Ape pandangan korang kalau jadi kes2 yang macam ni? Siapa perlu dipersalahkan ???

*****************

SEREMBAN 23 Ogos - Sekumpulan ahli kariah yang hendak menunaikan solat subuh di Surau Taman Seri Pulai, Temiang dekat sini, hari ini terkejut apabila mendapati bangunan surau itu disimbah cat merah.

Lebih mengejutkan, surau berkenaan yang baru sahaja beroperasi beberapa bulan lalu turut dilempar botol minuman keras oleh individu tidak dikenali.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zaki Masroh berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan antara pukul 1 dan 5 pagi dan ia disedari penduduk kawasan berkenaan yang ingin menunaikan solat subuh.

"Berdasarkan siasatan polis, kita menjumpai kesan cat dipercayai dibaling ke pintu surau berkenaan.

"Malah, pihak polis turut menemui kesan bekas serpihan kaca botol minuman keras di sekitar longkang, namun tiada sebarang kerosakan surau dilaporkan," katanya ditemui di tempat kejadian.

Mohd. Zaki turut memberitahu, berdasarkan siasatan awal pihaknya yakin kejadian itu mungkin dilakukan oleh beberapa orang suspek berdasarkan kepada kesan yang dialami oleh surau berkenaan.


Namun, katanya, sehingga kini pihaknya masih menyiasat motif serangan selain sedang mengenal pasti punca kejadian.

Sehubungan itu, Mohd. Zaki meminta penduduk Islam di kawasan terbabit bertenang dan tidak melakukan sebarang tindakan melulu.

Jelasnya, siasatan secara profesional akan dilakukan oleh pihaknya bagi menjejaki suspek yang terlibat.

"Biar pihak polis jalankan siasatan dan kita minta penduduk tidak bertindak sesuka hati atau mengikut perasaan. Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan," katanya.

***********

p/s: sumber utusan/kosmo

7 comments:

mytrajet74 said...

mmg kafir laknatullah tu...kalo Talam jumpa, biar Talam sapu cat kat muka ni dan bw dia keliling taman...

SweetyMui2 said...

adehh..dunia2.. T-T

Anonymous said...

pengkritik bebas:

"Malah, pihak polis turut menemui kesan bekas serpihan kaca botol minuman keras di sekitar longkang, namun tiada sebarang kerosakan surau dilaporkan," katanya ditemui di tempat kejadian.

ishk3.. pintu dah jadi kaler merah tu tak rosak ke?? sapa yg nak ganti? kalau ada owang p boh cat pangkah kat pintu rumah kita, mengamuk dak kita?? padahal tu tak rosak pon kan.. bukan nak naikkan sentimen anti apa2 kat sini, cuma nak semua org sedar.. kalau kita la (muslim) yg buat mcmni, cepat ja berita2 camni tersiar kat negara lain.. tp kalau depa yg buat??
"ini adalah vendalisme yg tiadakan kaitan dengan isu sentiment anti keagamaan"... p jahanam la.

kalau baca kat AP (associated press) lg la bias.. dia kata kat malaysia ni bias antara muslim dan bukan muslim.. patut la dari dulu lagi Tun Mahathir nk tubuhkan rangkaian media sendiri, bukannya didalangai yahudi mcm AP atau Reuters ni..

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

Thank you registering for an account to comment on Che Det.

Pengkritik bebas has sign up to comment in che det blog. Hihi.. i'll do so in free time but rite now, i don't have them at all.. haitzzz..

wait for my google id and blog post.

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

as being expected....

He said the four were ethnic Chinese and were being investigated under laws that ban the defiling of places of worship and carry a maximum penalty of two years' imprisonment.

"This is purely a case of mischief . It has nothing to do with religion or politics," said Osman, who urged the public not to react emotionally over the issue.

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

sorry to spam again.. this is the link to the previous post.

http://malaysia.news.yahoo.com/afp/20100824/tap-malaysia-religion-islam-attack-0193655.html

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

sorry to spam again.. this is the link to the previous post.

http://malaysia.news.yahoo.com/afp/20100824/tap-malaysia-religion-islam-attack-0193655.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...