Saturday, August 21, 2010

Info Jumaat 11 : 21 Ogos Hari Memperingati Al-Aqsa

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini tidak mengira bangsa dan agama serta dimana jua anda berada..Terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai blog harian yg patut anda lawati.. Seperti biasa, sy pasti akan menghidangkan anda (insyAllah) dengan artikal2, ilmu2 dan pelbagai fakta menarik utk dikongsi bersama.

Seperti biasa info jumaat menemui anda lagi..Saya mohon maaf atas kelewatan untuk update info Jumaat yang ramai ternanti-nanti..Heheh..Pada kali ini saya akan berkongsikan tentang tarikh 21 Ogos? Tahu tak tarikh ape tu? Bukan tarikh lahir saya yang pastinya..huhuh..So, dengan masa yang tak mengizinkan saya menaip sendiri article ni, saya amik inisiatif untuk amik article sahabat saya 'Asim.


**********

Tanggal 21 Ogos 1969, masjid Al-Aqsa telah mengalami satu insiden yang dahsyat di mana seorang pelampau yahudi telah menceroboh dan membakar masjid Al-Aqsa.

Akibat daripapda kebakaran tersebut, pihak masjid mengalami kerugian yang cukup banyak. Malahan, harta peninggalan ummat Islam terdahulu turut musnah dalam kebaran tersebut.

Antaranya adalah mimbar masjid yang telah digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubi, pembuka Baitul Maqdis.

Kita mengetahui sekali pun tindakan ini adalah satu konspirasi oleh puak zionis yang telah lama merancang dengan rapi bagaimana nak runtuhkan masjidil Aqsa. Kenapa?

Kerana ketika kebakaran berlaku, pihak pentadbiran Israel langsung tidak menghulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran tersebut. Penduduk setempat terpaksa meminta pertolongan daripada perkhidmatan bomba jordan.

Hari ini, usaha-usaha untuk merobohkan masjidil Aqsa terus dilakukan. Puak-puak pelampau zionis ini takkan berhenti daripada merobohkan masjidil aqsa. Kerana mereka berhajat untuk membina "Haikal Sulaiman (kuil Sulaiman)" di atas runtuhan Masjidil Aqsa.

Sempena dengan peristiwa hitam tersebut, tanggal 21 Ogos setiap di abadikan sebagai Hari Al-Quds Sedunia atau Rememberance of al-Quds (ROQ).

**************

p/s: Semoga dapat memberi Info kepada Anda..Kepada yang baru tahu, kongsikan kepada sahabt-sahabt yang lain..Ringankan tangan, hulurkan bantuan. Bukan hanya bersimpati :)

7 comments:

ciknamr said...

ada pon info jumaat..
pg td cek xde pon..
heee igt xde...
yup2 betul3..hari ql-aqsa..
kalo kat area selangor, ada kempen die kan?
khutbah jumaat kat masjid shah alam ari neh kalo x clap psl hari al-aqsa...
huuu kalo lah kat kedah neh pon ada kempen dia :) lg best..

Amir Izzat said...

assalamualaikum..

hurm..amir baru je tahu la..sejak hdup selama 16 tahun. hurm..ceteknya pengetahuanku..tp..terima kasih atas info nie..

Anonymous said...

pengkritik bebas:

kadang2 sedih tgk khutbah jumaat cerita pasal Masjid Aqsa ni.. time cerita pasal palestin, baru imam nk kena baca doa Ya Allah, selamatkanlah Masjidil Aqsa dan Umat Islam Palestin.. kalau takde cerita ni, masing2 pon 'terlupa' termasuk la yg berkempen2 tu.. time kempen ada la teringat nak doa (at least doa) pasal Palestin, pas dah beli Tshirt "Saya Sayang Palestin" takpn badges "Selamat kan Aqsa" dll.. dah lupa dh.. tapi tak baek berprasangka bruk kan.. maybe depa baca dalam hati.. Maafkan sekiranya ada yg tersinggung dengan kritikan ini.. Sekadar meluahkan isi hati.. Kalau tak mampu dari segi wang ringgit, kenanglah, ingatlah Masjid Aqsa di setiap doa mu.. kalau ada salah mintak dibetulkan

nabilah abd rahman said...

thanks untuk info ni..kalau tak baca ni,memang tak tau...itulah..baguslah memperingai sesama Islam..kadang-kadang kita lupa derita yang palestin tanggung..so,perlu diingatkan selalu

Hariz said...

Alhamdullilah nabil.
terima kasih dengan perkongsian ini..

http://prof-hariz.blogspot.com

zida said...

Thanks for sharing ;)

hans said...

thanks 4 sharing
baru aku tahu ada tarikh memperingati nih

P/S : Kejadian Lucu Di Jalan Raya Yang Kadang - Kadang Tak Lucu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...