Monday, August 16, 2010

Panduan Istilah 1

Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan kepada semua sahabat bloggers..

Hari ni saya cuba nak wujudkan 1 kolum baru di dalam blog ini..Kolum ini akan menerangkan tentang apa saja istilah yang kebanyakkannya berbahasa Arab. Tujuan saya buat ini adalah disebabkan banyak istilah-istilah yang saya dapati kita tidak paham ketika membaca buku..Buku yang dimaksudkan disini adalah buku yang bercorakkan islamic.Dengan adanya panduan istilah ni, saya harap dapat membantu raka-rakan memahami maksud perkataan tersebut.Selamat beramal :)

1- al-ijarah = kontrak sewa
2- al-ju'lu = saguhati
3- al-qirad = pelaburan
4- al-takhifif = keringanan
5- ayyuhal ikhwah = wahai saudara-saudaraku
6- fadhail al-'amal = kelebihan beramal
7- fidyah = denda sebab tidak melakukan/ melanggar sesuatu fardhu
8- hablunminallah = hubungan dengan Allah
9- hadis maudhu' = hadis palsu
10- haji wada' = haji perpisahan
11- husnul khatimah = kesudahan yang baik
12- kibr = bangga/ego,sombong
13- manhaj = kaedah/cara
14- maslahat = sesuatu yang berfaedah atau berguna
15- muamalat = perkara yang berkaitan dengan urusan kemasyarakatan
16- rukhsah = kelonggaran
17- sir = rahsia/senyap
18- sirat = titian, jambatan
19- qawliyy = perkataan
20- ummi = tidak tahu membaca dan menulis

InsyAllha dengan istilah ini dapat membantu mempertingkatkan mutu bacaan dan juga menabah ilmu di dalam bahasa Arab..Sikit-sikit lama2 lupikir la sendiri..huhuh..

1 comment:

Fendy said...

bgus3..aku suka arab,,hohoh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...