Tuesday, September 7, 2010

Cara pengiraan zakat pendapatan

Salam buat semua pembaca

Entri ni dipetik dari comment form untuk tajuk Info Jumaat : Zakat. Terima kasih kepada saudara pengkritik bebas atas maklumat ini..

Di sini sy cuba menerangkan sedikit bagaimana melakukan pengiraan bg zakat pendapatan (zakat gaji) dan zakat emas/perak.

Zakat Pendapatan:

Takrifan gaji/pendapatan;
Adalah bayaran yg dibuat atau diterima seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yg dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa2 pekerjaan dan perkhidmatan profesional.

Kaedah Pengiraan Zakat Pendapatan;
Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Kiraannya sama satu melebihi nisab maka dikeluarkan zakt 2.5%.

Keperluan Asas sebenar bg tahun semasa(seperti yg diberikan oleh Majlis Agama Islam Johor) *(mungkin berubah so kena rujuk pejabat zakat berhampiran)

i: Saraan-saraan hidup yg diperlukan bg:
a) Sara Diri - RM9000
b) Isteri - RM3000 x bil isteri
c) Anak - RM1000 x bil anak
d) Sumbangan kepada ibu bapa

ii: Perubatan
iii: Pendidikan

Contoh Pengiraan:
A. Pendapatan
Gaji (RM3000x12) = RM36,000
Elaun = RM 6,200
Bonus = RM 4,000
Jumlah Pendapatan = RM46,200

B. Perbelanjaan
Saraan diri = RM9,000
Isteri = RM3,000
Anak (4org) = RM4,000
Saraan ibu bapa
(Rm200 x 12 bulan) = RM2,400
Perubatan anak2
(Rm200 x 12 bulan) = RM2,400
Pendidikan anak2 = RM3,000
Jumlah Perbelanjaan
Setahun = RM23,800

Pendapatan (A) - Perbelanjaan (B)
= RM22,400

Nilai zakat = 2.5% x Rm22,400
= Rm560 setahun
= Rm46.67 sebulan

**Bayaran zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat sebarang tolakan daripada tolakan2 yg dibenarkan di atas.

Pengiraan zakat emas & perak:

Takrifan;
Maksud emas dan perak adalah yg berbentuk barang kemas utk perhiasan atau utk kegunaan lain seperti jongkong emas, piala dan sebagainya yg dipamirkan.

Nisab emas & perak;
Emas = 20misqal/25mayam/85gram
Perak = 176 mayam/595 gram

Pengiraan;
Emas dan perak yg disimpan atau perhiasan emas yg tidak dipakai (termasuk la emas kijang ke dinar emas ke dll emas)
Iaitu yg disimpan dan tidak dipakai walaupon sekali dalam setahun.

**

Sekiranya cukup nisab 85gram emas atau 595 gram perak maka WAJIB dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.

Contoh PEngiraan:
Jika emas yg tidak dipakai adalah 100 gram dan dianggarkan bernilai Rm10,000 (mengikut harga semasa kepada jenis emas), maka zakat yg wajib dikeluarkan adalah:

2.5% x Rm10,000 = Rm 250

** PErhiasan emas yg dipakai
Emas yg dipakai samada sekali sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika ia melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yg dibenarkan) maka diWAJIBkan zakat atas lebihan uruf tersebut.

Sumber: Majlis Agama Islam Johor

8 comments:

Azwan Ismail said...

entry yg bagus ni..ramai yg x tau nak kire zakat pendapatan dan ramai yg tau zakat fitrah ajerr :)

::FAIZ FARISH:: said...

Good Entri

hans said...

wah
bagus entry nih
ku pun xtahu
zakat aku family masih bayar
xsabar nak bayar sendiri bila kerja nanti

P/S : Alhamdulillah! Thanks DIGI! Thanks Nuffnang! Terima Kasih Semua!

I*K*T*I*R*A*F said...

walaupon x keje lagi.apa salahnya tambah ilmu kan?

thanx atas entrinya. :)

ProfHariz said...

Terima kasih di atas perkongsian ini :)


New Entry ProfHariz
Awas! Kepada Pengguna Facebook.. Must Read!

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

entri yg berguna walaupon gaji.. rupanya2 gaji kecik pn kena zakat.. huhu. terima kasih atas ingatan entri ni..

cegu ida said...

suami saya gaji lebih kecik dari saya...hanya rm1400 shj sebulan. kalau saya nak kira bayaran zakat ni perlu tak tolak bahagian tanggungan untuk suami rm3000 setahun seperti contoh yang anda tunjukkan(tolak tanggungan utk isteri). buat pengetahuan gaji bulanan saya termasuk elaun adalah sebanyak rm3154.37.mempunyai 4 org anak dan memberi wang bulanan sebanyak rm200 kepada ibu saya...

Anonymous said...

nak tanya, kalau bayaran pinjaman masa belajar dl dikira sebagai perbelanjaan pendidikan atau tidak??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...