Wangian memang sangat sinonim dengan wanita.Betul tak??tapi, adakah kita tahu apa tujuan memakai wangian? Suka2 ke? Sunnah ke? Ape ke? hanya kita je yang tahu tujuan sebenarnkita memakai wangian..Kalau dulu kita pakai wangian sebab nak wangi, apa kata lepas ini kita ubah mind set kepada tujuan memakai wangian adalah suatu daripada sunnah Rasulullah s.a.w..InsyAllah niat yang baik, mungkin ganjaran yang baik dari Allah..
Setiap muslim diajurkan untuk memakai wangi-wangian khususnya ketika hendak mendirikan Solat Jumaat atau ketika hendak menghadiri sesuatu Majlis.Rasulullah s.a.w sangat suka menggunakan wangi-wangian, sehinggakan kilauan minyak di kepala Baginda dapat dilihat degan jelas.
Bagi lelaki, wangian hendaklah yang tidak bewarna sama ada di dalam atau diluar rumah, sebagaimana sebuah hadis riwayat Imam al-tarmizi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: " wangian lelaki adalah apa yang jelas baunyadan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan adalah apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya." Ada sesiapa yang boleh huraikan lebih detai hadis ni?huhu..
So, berbalik kepada Faedah Memakai Wangian adalah:
1) Menyegarkan diri dan merangsang minda.
2) Memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa.
3) Wangian sangat disukai Allah, para malaikat , para rasul dan orang soleh. Rasulullah s.a.w bersabdayang bermaksud:" Empat perkara daripada sunah para rasul ; perasaan malu, memakai wangian, bersiwak dan bernikah." ( Riwayat al-tarmizi , Ahmad dan al-Baghawi.Hadis Daif)
4) Menghindari daripada syaitan kerana syaitan amat tidak suka bau wangi sebaliknya suka bau busuk.
5) Wangian melambangkan kebaikan dan bau busuk melambangkan kekejian.
6) Wangian adalah satu sifat surga sebagaimana hadis riwayat Abu Nu'aim daripada Abiu Sufyan dan Jabir r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud," Allah s.w.t berfirman kepada syurga, wangilah untuk penghuni engkau ! Lalu syurga pun bertambah mewangi. Maka demikianlah bahawa hawa dingin (serta keenakan baunya) yang dirasai manusia (di dunia) kala dinihari, iaitu sebgaimana juga Allah menjadikan api di dunia dan kepedihannya, juga kegelisahan dan dukacitanya sebgai peringatan tentang api di akhirat."
Semoga info ini berguna buat semua yang membacanya..Wasalam
Diolah daripada solusi.
Wasalam.
10 comments:
banyak faedah pakai wangian ni ye...baru tau.. :)
tp jgn terlalu wangi..pening sih..perempuan tak elok wangi2..
kina pakai bodyshop bau coklat..so bile org terbau..sape makan coklat ni?haha..
jadi wahai lelaki di luar sana..rajin2 la pakai minysk wangi ye..hehe yg perempuan jgn la wangi2 sgt..berdosa nnt..utk suami je takpe..=)
yang aku tahu perempuan takley pakai wangian masa keluar rumah
pakai di depan suami je..
tapi aku pun xreti nak pki wangian2 ni
aku pki yg oldskul je ..cologne.woha!
wangian dijual,hehehe
http://www.aroma2u.biz/mieza
Mmg tak salahla kalau org pakai minyak wanggi sebatu bau kan? hehe
bukan laki sahaja..perempuan pun sunat pakai tapi dengan suami...wangi kan bersih..islam suka kepada kebersihan
org laki boleh pkai sebatu,.he3,.law pompuan just utk setakat diri je bau dan utk suami juga..
wangian meransang minda , sudah pastinya.
Entri terbaru -> Tag Blogwalking 2010 dari Sue
bagi aku bau minyak petrol tu wangi..amacam???
Post a Comment