Tuesday, December 7, 2010

Persoalan Hijrah | Salam Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum w.b.t dan salam maal hijrah 1432 H. Alhamdulillah setelah seminggu saya tidak menjenggok blog ini, akhirnya saya tampil untuk menulis suatu entry ringkas yang akan membawa anda 1 persoalan yang mungkin anda tidak pernah terfikir.

Apa itu Hijrah? Semua org akan jawab perpindahan dari suatu benda yang kurang baik kepada yang lebih baik. Betul tak? memang betul pon jawapan tu..Tapi hari ini saya nak bawa anda semua berfikir tentang Hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Madinah. Kenapa perlu Nabi berhijrah? Selain daripada perintah Allah, banyak lagi faktor yang menyebabkan perpindahan Nabi kita..

Semenjak dakwah Nabi secara terang-terangan, Nabi mengajak semua masyarakat di Mekah untuk berkumpul di depan suatu bukit berdekatan dengan Kaabah. Nabi bertanya kepada semua yang hadir disitu, percayakah kamu kalau ak kata belakang bukit ini ada musuh? ( saya tak berapa pasti pernyataan ni). Lepas tu diorang pon cakap, mesti kami percaya sebab kamu tidak pernah menipu.

Lepas tu Nabi cakap, " aku ingatkan kamu bahawa di hadapan kamu ada azab yang pedih" Dengan ungkapan LaillahaillAllah, Nabi mengajak semua orang quraisy illah kepada Allah yakni menyerah diri kepada Allah secara menyeluruh. Ramai org Quraisy yang marah dengan perbuatan Nabi dengan mengajak menyerah diri kepada Allah. Tapi, kenapa orag Quraisy terlalu marah? Sedangkan, bukan Nabi ajak untuk menunaikan solat, mahupun meniggalkan Arak lagi pada masa itu? Sebabnya, quraisy faham dengan kalimah syahadah yang amat mendalam maknanya.

Hijrah Nabi dihalang oleh org Quraisy? Kenapa ini berlaku? Kalau diorang dah tidak suka kepada Nabi, kenapa diorang tak biarkan je Nabi Beerhijrah? kenapa perlu dihalang pulak? pernah tak kamu terfikir kenapa mereka halang Nabi? Kalau dah tidak suka kepada Nabi, sepatutnya diorang lepaskan nabi berhijarah cmtu je..Ni nak kena halang kenapa kan? Jawapannya: Kerana diorang faham dengan message Nabi tadi dan kalau NAbi pergi ke Madinah, nescaya Nabi akan lebih berjaya di sana dan membawa ramai pengikut di sana.

Kenapa Nabi tak buat Masjid di Mekah? Sedangkan pada ketika itu, ada ja org islam di Mekah? Jawapannya: Memang betul ramai orang islam di Mekah. Tapi masyarakat Islam di Mekah masih tidak ada. Sebab itu agak susah untuk Rasulullah berdakwah di Mekah dan terpaksa Hijrah ke Madinah memandangkan di sana kurangnya penentangan. Semasa dalam perjalan ke Madinah, Nabi telah mendapat perintah untuk dirikan solat. Dan masjid yang pertama telah dibuat iaitu Masjid Quba. Sebelum sampai di Madinah, Rasulullah s.a.w berjaya membina satu masjid sedangkan di mekah baginda tidak mampu untuk lakukan demikian.

InsyAllah sedikti cerita ringkas untuk anda semua supaya anda tahu kenapa Nabi berhijrah selain daripada perintah Allah. Semoga Tahun baru memberi azam baru dan semangat baru untuk anda semua..

Salam Maal Hijrah Dari SAya.

-Nabil-


17 comments:

Bapak said...

Nabi Muhammad saw berdakwah 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Syariat solat mula diwajibkan kepada umat Islam pada tahun ke-12. Tahun-tahun awal Rasulullah s.a.w menumpukan kepada pembentukan akidah umat...

nabil_potter said...

yup

Fyzal said...

moga tahun ini lagi baik drpd yg lalu :)

selamat menyambut maal hijrah.

suffer8zine said...

selamat juga bro!

Terkini : 100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

Salam maal hijrah. Mari ramai2 kita berhijrah. Dari tak solat 5 waktu kepada solat 5 waktu setiap hari, dari solat bersendirian kepada solat berjemaah, daripada solat berjemaah di rumah2 kepada jemaah di masjid2 rumah Allah.

"Yahudi tidak akan merasa gusar atau terancam oleh orang Islam walaupon setiap negara Islam ada nuklear sekalipon, tetapi berasa gusar dan terancam apabila melihat umat Islam berlumba-lumba pergi ke masjid untuk berjemaah."
-petikan dari ceramah (tak ingat nama)-

"Kekalahan yahudi adalah semakin dekat apabila jumlah jemaah subuh di masjid menyamai jemaah ketika solat Jumaat"..
- amek dari satu artikel-

sebb tu Yahudi akan bersungguh2 melekakan umat Islam dengan perlbagai hiburan yg 'lazat' sehingga larut mlm menyebabkan umat Islam gagal bangun Subuh.

Renung2-reungkan dan selamat beramal.

SENORITA ZATY said...

salam maal hijrah :D

Azza Firza said...

salam maal hijrah ya, semoga segala ibadat anda sentiasa diterima oleh allah, hehe, nak mng RM50 PERCUMA? ayuhh, join kontes azzafirza

http://zaza96.blogspot.com/2010/12/review-paling-kreatif-azzafirza-rm50.html

KiN said...

salam maal hijrah! berhijrah walau hanya sdkit.itu adalah lebih baik...

Hasrol Nizam said...

salam maal hijrah bro.. bagus entri ni :)

Pendapat anda?
Sakit kepala atau migrain?

hans said...

nice entry
selamat tahun baru

P/S : 5 Gaya Rambut Mengikut Zaman

nur 'afifah :) said...

salam maal hijrah..!selmat tahun bru islam..! :)hurmm.nabil potter..! awak ad penyapu terbang jugak ke..??nak pinjm.! hehe.. :)

farhana said...

Nice entry.
Betul tu, walaupun satu tempat/keadaan tu dah baik, tapi ada lagi tempat/keadaan yang lebih baik.
Itulah kebaikan berhijrah.

Salam maal hijrah =)

nadey said...

nabil....

aku teringat balik ustaz aku cerite pasai ni.....

Cik Mieyrarif said...

slam maal hijrah yekk

darkbatman said...

salam maal hijrah.. smoga hidup kita lebih diberkati..aminn

S..U..D..@..I..S said...

salam maal hijrah
semuga kita dadalam rahmat dan perlindungannya

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

salam maal hijra 1432 nabil:)
semoga hari2 yang cerah menanti di hari hadapan anda!

hijrah lah ke arah yang lebih baik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...