Tuesday, December 14, 2010

Tips Melancong | Road to Bandung And Jogyakarta

Salam ukhuwah fillah dan salam sayang buat semua pembaca.. Sebelum memulakan bicara, lebih baik saya bahagikan entry ini dibawah tajuk personal yakni peribadi..Sudah sekianlama juga saya tidak diberi kesempatan untuk update entry mengenai diri sendiri..Kalau sebelum ni entry semua mengenai new thing dan juga tips2 yhang boleh diambil petunjuk dan manfaat daripadanya..

InsyAllah, entry ini bukan entry yang semata-mata hendak menceritakan tentang perjalanan ke Indonesia, tetapi lebih kepada bagaimana persediaan dan tips untuk kita melancong di negara luar daripada Malaysia. Sebelum tu, izinkan saya untuk memberitahu esok jam 1.40pm saya akan berangkat ke negara jiran kita iaitu Indonesia menaiki pesawat Air Asia.

Serius ini adalah pertama kali menaiki pesawat Air Asia dan agak gementar dan takut juga sebenarnya. Dah banyak cerita mengenai pesawat tambang murah Air Asia iaitu mengenai tempat duduknya yang kurang selesa dan sempit dan ada digambarkan pula bahawa tiada number tempat duduk..Saya tak pasti sama ada perkara ini betul atau tidak.InsyAllah sekembalinya saya di Tanah Air pada 20hb ni, saya akan cerita kembali Travelog seorang Mahasiswa ke Bandung..Hahahaa..

Ini bukan kali pertama saya ke negara luar..Oleh sebab itu, saya mempunyai secebis pengalaman mengenai tips2 membeli..Seperti biasa, kalau kita pergi ke tempat orang, mesti kita akan beli sesuatu untuk dijadikan kenangan. Baju adalah benda yang kebiasaanya orang akan beli..Tapi masalahnya adalah dari segi saiznya..Mengenai saiz ni, mengikut teori saya, lebih baik kita beli yang sedikit besar saiznya berbanding dengan saiz kecik. Kenapa pulak kan? Ok, kalau saiz baju itu besar, kita hanya perlu pergi ke kedai baju dan alter baju tersebut.InsyAllah tak sampai 10 ringgit upah untuk kecikkan saiz..

Tapi, kalau saiz baju itu kecil daripada tuannya, maka 2 option yang boleh kita lakukan sama ada bagi kepada orang lain, atau simpan baju tu dalam almari buat kenangan..Haa...Saya dah tertipu semasa beli di Singapore dulu.. saiz M bagi kita di sini tak sama dengan saiz M di sana..Tapi perlu ingat, itu semua adalah subjektif...Langkah yang terbaik adalah seperti yang saya cakapkan di atas tadi.Ok..Itu adalah Tips melancong yang pertama..

Tips melancong yang ke 2 adalah dengan menyediakan senarai tukaran wang. Ataupun money converter antara negara yang kita nak pergi dengan negara kita..Ini dilakukan supaya untuk mengelakkan kita tertipu dan urusan jual beli berlaku dengan adil. Berikut adalah contoh yang saya telah buat untuk ke Indonesia esok..Kalau tak buat macam ni, mungkin proses melakukan penawaran mahupun jual beli sedikit terganggu..Huhuh.. 

1000 rup = 0.34340
2000 rup = 0.68680
3000 rup = 1.03020
4000 rup = 1.37360
5000 rup = 1.71700
6000 rup = 2.06040
7000 rup = 2.40381
8000 rup = 2.74721
9000 rup = 3.09061

Dan Tips terakhir adalah beli ketika di saat terakhir sebelum bergerak pulang. Ok..Kalau korang pernah pergi melancong, kita akan diberi masa untuk berlegar-legar dikawasan itu contohnya 1 jam. Pada permulaan kita turun dari bas, para peniaga ini kebanyakkan akan menetapkan harga yang tinggi sebabnya mengetahui bahawa kita baru turun dari bas. Untuk mengelakkan daripada ditipu, saya meencadangkan jalan dulu di sekitar kawasan tersebut dan 10 minit sebelum naik bas tu, kita mula membeli.. Dengan keadaan kelam kabut sedikit, insyAllah peniaga akan mengikuti apa saja harga yang kita mahu..Tapi kalau tips ni tak berkesan, saya mintak maaf la.hehehe..

Tips ini hanyalah tips.Mungkin boleh diambil contoh dan gambaran daripada tips ini..Minta maaf kalau tips ini tidak berjaya untuk anda..Selamat Bercuti2 Malaysia..

p/s: doakan perjalan saya dan kawan2 selamat pergi dan selamat balik ke Malaysia..Terima Kasih.


14 comments:

hans said...

belikan aku ole-ole nabil kalau tingat dkt aku
hehehehe

Jom Tengok Entry Terdahulu

P/S : Download OST Lagu Tema Putera Katak - Ku Gembira

P/S : Download Filem : Estet

P/S : Kenapa Perlu Diadakan Benda Yang Tak Pernah Wujud?

Fathiah Farid said...

selamat pergi dan selamat kembali ye!!

KiN said...

owh...bestnyeww

CERITA LEBAT said...

wish u safe journey dude!

yanshumill said...

best nye ,, take care ok .
nak ikot lah ddok kt tyr kpl trbg :P

Hasrol Nizam said...

aku tak pernah terfikir pulak tips yg last tu.. nanti boleh la terai :D

aqim said...

good luck disana

absolutely emy said...

pernah buat tips yang last tu.. tak sengaja buat.. berhasil.. :)

Anonymous said...

aman:

macamana tips nak pegi melancong free??

daydeck86 said...

salam kenal
lagi 1 jangan membeli atau makan di warung tepi jalan (lesehan) kalau minum senang beli air botol atau aqua jer. pandangan saya la

hans said...

sakan hang bercuti noh sampai xupdate blog
hahahah

P/S : Mari Memasak Laksa Sarawak Bersama Chef Hans

IRAH HAJERAH AZMAN said...

eh, tolong update perjalanan di bandung, place ko pegi n tpt shopping ek. Aku plan nak ke sana bulan 6 ni without travel agency. Bukan pergi dengan fakulti ney

::aMaD:: said...

dlm paper pun ade bace psl yogjakarta neh.mcm best.

Beauty Tips Blog said...

tips yang keren, silahkan kunjungi juga tips dr aku yak ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...