Tuesday, January 25, 2011

Singapore gesa penduduk Islam kurang patuh pada agama!

Assalamualaikum w.b.t

Kalau ditengokkan pada tajuk tu, mesti kamu semua tahu siapa Kuan Yew kan? Pengasas SIngapore tu la yang merupakan tali abrut Yahudi dan ada juga orang mengklasifikasikan Singapore seagai Israel ke 2. Bila terbaca saja tajuk tu, terus saya shock kenapa dia sanggup kata sedemikian?

Mungkin dia cuba untuk menark orang Islam di sana supaya lebih mengabaikan agama.Tapi saya percaya, walaupun dekat sana minoritinya adalah org yang beragama ISlam yang tertindas, tapi INsyAllah mereka masih lagi mampu untuk survive..Ye..memang betul..Ada org Islam Singapore dah macam org  bukan Islam..Ini bukan sahaja berlaku di Singapore..Mana2 tempat pon akan ada orang macam tu..

Tapi persoalannya, masih ada lagi sahabat seagama dengan kita yang masih mampu bertahan malah mempunyai iman yang kental walaupun mereka sedar negara yang mereka duduki itu adalah negara yang sentiasa mencari alasan untuk menidas org Islam..Tapi, semenjak pelancaran buku tu, saya beranggapan, Lee Kuan Yew dah kalah dengan programnya tersendiri yang menidas secara rahsia..Kini dia sanggup untuk mengeluarkan buku dan dinyatakan secara terang-terangan kepada penduduk Islam disana.

Atas nama ad Din Islam, kami sentiasa berdoa supaya rakyat Singapore yang beragama Islam di sana terus bertahan dan jangan sekali lunturkan semangat..Agama Islam adalah agama yang diredhai Allah..Tindakan Kuan Yew berbuat demikian saya rasa sepatutnya umat Islam di sana lebh berhati2 dan lebih bersatu..Jangan sama sekali sanggup korbankan agama untuk memuaskan hawa nafsu..

Kalau kamu abca artikel ni, kamu tahu yang Singapore tidak pernah puas hati dengan Malaysia dan sentiasa mecari alternatif untuk menghncurkan Malaysia..Tapi dalam kita tengah sedar, masih ada pemimpin yang boleh membatalkan projek jambatan bengkok dengan Singapore...Astaqfirullahalazim..Apa la yang kamu khuatirkan wahai pemimpin? tidakkah cukup dengan apa yang kamu ada? Ha?

Saya amat berharap, Sultan Johor bersuara kembali untuk meneruskan semula perancangan membina jambatan bengkoko.Kami penduduk Malaysia sangat bersetuju supaya jambatan Bengkok di teruskan..Saya jamin, kalau DS NAjib dapat teruskan dengan prjek jambatan bengkok, InsyAllah, PRU akan datang tak ada masalah..

Mungkin kamu boleh baca dulu artikel ni boleh comment:

**************
SINGAPURA - Pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menggesa masyarakat Islam di negara itu supaya menjadi kurang tegas dalam hal pematuhan ajaran agama demi meningkatkan integrasi dan proses pembangunan negara bangsa.

Singapura didominasi oleh penduduk etnik Cina manakala kaum minoritinya dibentuk oleh kelompok Melayu beragama Islam dan orang India.

Kuan Yew sering menekankan mengenai pentingnya keharmonian kaum.

"Saya ingin menyatakan pada hari ini, kita boleh mengintegrasikan semua agama dan kaum kecuali Islam," kata Kuan Yew dalam bukunya yang bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going.

Buku tersebut mengandungi pandangan-pandangan jujurnya mengenai Singapura dan masa depannya.

"Saya fikir kita bergerak maju dengan baik sehinggalah timbulnya Islam dan jika kamu tanya tentang pemantauan saya, komuniti-komuniti lain lebih mudah berintegrasi, kawan-kawan, perkahwinan berlainan bangsa dan sebagainya.

"Saya fikir masyarakat Islam secara sosialnya tidak menimbulkan sebarang masalah, tetapi mereka berbeza dan terpisah," kata Kuan Yew yang menggesa komuniti Islam untuk menjadi kurang tegas dalam mematuhi Islam.

Sewaktu pelancaran buku tersebut pada Jumaat lalu, beliau yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pragmatik memberi amaran kepada rakyat Singapura tentang perasaan puas hati mereka.

Kuan Yew turut menyatakan republik yang majoritinya terdiri daripada etnik Cina itu masih dalam proses membangunkan sebuah negara bangsa.

Di dalam bukunya, beliau menyifatkan Singapura sebagai sebuah bangunan 80 tingkat yang dibina di atas tanah berpaya.

Kuan Yew menegaskan bahawa Singapura mesti berdepan dengan perasaan bermusuhan daripada jiran-jiran beragama Islam yang lebih ramai.

"Kita mempunyai jiran-jiran yang peramah? Sedarlah... Inilah yang melemahkan kita kerana kita merupakan orang yang gemar mencampuri urusan orang lain," katanya yang mendakwa usaha Malaysia dan Indonesia untuk menjejaskan perniagaan pelabuhan Singapura.

Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 ekoran perbezaan besar terhadap dasar Kuala Lumpur yang memberi keistimewaan kepada kaum Melayu. Sejak itu, Singapura telah mewujudkan pasukan tentera paling moden di Asia Tenggara untuk menangani ancaman negara asing.

Bercakap tentang politik tempatan, Kuan Yew menyatakan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah sejak tahun 1959 apabila Singapura memperoleh autonomi politik daripada pemerintah kolonial Britain akan kehilangan kuasanya pada satu hari nanti.

"Akan tiba satu masa apabila orang ramai berkata, mari cuba pihak yang satu lagi. Sama ada kerana kualiti PAP telah menurun atau pihak pembangkang sudah menghasilkan satu pasukan yang setanding dengan PAP. Hari itu akan tiba. Bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, saya tidak fikir ia akan berlaku. Menjangkau tempoh itu, saya tidak tahu," katanya.

Kuan Yew menyatakan walaupun satu kaji selidik menunjukkan sebaliknya, beliau percaya rakyat Singapura masih belum bersedia menerima seorang perdana menteri yang bukan daripada etnik Cina.

"Satu undian menyatakan 90 peratus masyarakat Cina Singapura menyatakan mereka akan melantik seorang bukan Cina sebagai PM. Baiklah, ini adalah ideal. Anda percaya undian-undian ini? Betul-betul sampah. Mereka bercakap apa yang secara politiknya betul," tegasnya.

Kuan Yew juga mempertahankan dasar mempromosikan perkahwinan sesama rakyat Singapura yang berpendidikan tinggi.

Dasar itu dilihat oleh para pengkritik sebagai satu proses kejuruteraan sosial dan menafikan tanggapan mengenai cinta pandang pertama.

"Rakyat mendapat pendidikan. Golongan yang cerdik akan naik statusnya dan mengahwini pasangan yang sama-sama menerima pendidikan yang bagus. Hasilnya, anak mereka pasti lebih pandai berbanding anak-anak tukang kebun.

"Ini adalah hakikat kehidupan. Anda mempunyai seekor kuda betina yang bagus, anda tidak mahu membuat kacukkan antara ia dengan seekor kuda biasa. Anda akan mendapat anak kuda yang kurang bagus. Manusia yang tertarik kepada karakteristik fizikal akan menyesal mengenainya," katanya lagi.

Kuan Yew mendedahkan beliau telah mendermakan semua pendapatannya berjumlah AS$10 juta (RM30.6 juta) kepada kebajikan sejak mengundurkan diri sebagai perdana menteri pada tahun 1990 selepas 31 tahun berkuasa.

Menteri-menteri kabinet Singapura mendapat bayaran gaji tertinggi di dunia sebagai sebahagian daripada strategi mencegah rasuah dan menarik bakat dari sektor swasta.

Kuan Yew yang memegang jawatan khas, Mentor Perdana Menteri kini bertindak selaku penasihat kepada Perdana Menteri Singapura yang juga merupakan anak lelakinya, Lee Hsien Loong yang mula memerintah sejak tahun 2004.Di sebalik kata-katanya yang tegas, Kuan Yew menunjukkan ciri-ciri kelembutannya apabila ditanya tentang mendiang isterinya, Kwa Geok Choo yang meninggal dunia pada usia 89 tahun, Oktober lalu.

"Ia membawa makna lebih keseorangan," kata Kuan Yew dalam buku tersebut yang mengandungi siri temu ramah eksklusif dengan wartawan-wartawan akhbar Straits Times. - AFP

*************

p/s: sumber kosmo

10 comments:

suffer8zine said...

ni la manusia akhir zaman bro

Terkini : 10 Sebab Lelaki Membujang

ch!natsu said...

hope yg xsedar akn sedar..
dan hope yg sedar akn diberi kekuatan utk berubah dan stick dgn kebenaran..

SweetyMui2 said...

alahai...sentap jugak baca..huu..tak lama lagi pupus la saudara islam kat singapore kalau tindakan awal tak diambik.tak pun kalau xkuat iman..

noni said...

serios smpai mcm ni..huh !

zirconia said...

masyaAllah. pokok pangkalnya hati umat Islam tu sendiri. kalau iman kuat, insyaAllah akan terpelihara.

hans said...

kuan yew tu tak faham Islam
Islam bukan agama yang sama macam agama2 lain sebab tu bab2 kahwin campur ker apa tu memang tak sama lah macam agama2 lain

moga kita rakyat Malaysia lebih mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dan marilah masing2 bersatu supaya Islam dibumi Malaysia kembali dihormati

Korang Ada Petua Hilangkan Masalah Bibir Pucat?Kongsikan!

asyikin azizan said...

semoga Malausia akan terus dilindungi hendaknya..

rujukan tambahan
baca paper utusan
khamis 20/01/2011 page:10
(tulisan Ridzuan Tee Abdullah)

eja said...

sy duduk johor, ayh sy singaporean..nsib bek da PR sini...i love malaysia...

Anonymous said...

org johor patut lebih concern pasal isu Malaysia Singapore ni.. jgn tak tahu plak.. jgn jadi pak turut ja..

author said...

Sabda Rasulullah S.A.W “Dikahwini wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana cantiknya dan kerana agamanya. Maka nikahlah dengan wanita yang beragama nescaya engkau beruntung.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...