Friday, March 18, 2011

Info Jumaat 33 | Kisah Penggali Kubur

"Saya ada satu kisah....." Ustaz Zaini membetulkan tempat duduknya sebelum memulakan kisah benarnya. Hadirin yang sudah mencecah lebih dari 50 orang tertunggu-tunggu. Makanan di belakang tidak lagi dihiraukan. Keadaan tempat ceramah yang ala kadar itu tidak menjadi masalah untuk hadirin menumpukan perhatian.

Ustaz Zaini menyambungkan lagi kisahnya, "Sambil-sambil duduk, saya tanya si penggali kubur tu, ada apa-apa kisah yang boleh dikongsi dengan kami...."

"Ada satu kisah ..... ini kisah cukup menakjubkan. Ada satu hari saya menggali kubur. Entah mengapa hari itu, hati rasa tenteram dan tenang. Lagi dalam kami gali, lagi mudah jadinya. Biasanya lagi dalam lagi susah sebab tanahnya makin liat... tapi kali ini macam berpasir pula. Kami tak rasa letih. Saya pun tertunggu-tunggu - siapa gerangan tuan punya kubur ini .... teringin nak tahu."




Para hadirin ketika itu sudah mula tertanya-tanya penghujung ceritanya.
"Akhirnya van jenazah sampai ..." sambung si penggali kubur itu. "Kami hanya bertiga mengangkat jenazah tersebut. Masya Allah besar juga jenazah itu .... tapi Allah sahaja yang tahu ... kami bertiga menguruskannya dengan mudah sekali masa kami angkat tu macam kapas.....masya ALlah" Airmata ini hampir meleleh ... tapi nak tahu apakah rahsianya itu.

Kami sudah berdebar ... apa gerangan akhir ceritanya. Si Penggali kubur itu tidak puas hati hendak tahu siapa gerangan suami kepada jenazah tersebut untuk mendapat penjelasan. Akhirnya berjumpa.
"Kata suaminya - isteri saya biasa aje ... sembahyang tak tinggal, taat pada suami ..... biasa aje... tapi ada satu akhlak dia yang saya rasa kalau mati hidup balik 10 kali takkan jumpa seorang isteri macam beliau. Beliau tidak pernah mengeluh ... terima apa yang ada"

Allah ..... Ya Allah .. mudah sekali amalannya tetapi susah hendak diamalkan. Ceramah Ustaz 80% adalah berkisar bagaimana kita hendak merasa redha tentang ketentuan Allah swt. Saya ada rakam ceramah beliau. Kalau sesiapa yang berhajat boleh emailkan pada saya ahisham2001@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Selepas ceramah apabila melihatkan muka-muka yang jernih di depan matanya dan apabila diterangkan keadaan masayarakat di situ, ustaz kata, "Insya Allah tiap-tiap bulan molek buat program macam ni ... Insya Allah boleh mohon Jabatan Agama Johor budget ni"

Alhamdulillah..... Ustaz Zaini telah diperkenalkan sebagai petugas Jabatan Agama Johor bahagian Dakwah dan merupakan ahli IKRAM seumur hidup.
Bagi sesiapa yang berminat hendak download kisah ini dari mulut Ustaz Zaini sendiri boleh klik di sini (9 Mbyte). Kalau teringin hendak muat turun keseluruhan ceramah beliau boleh klik di sini Tapi failnya agak besar dan memakan masa lama nak muat turun (90 MByte)


Dr Hishamuddin Alham
Pengerusi J/K Penerangan dan Media IKRAM Johor

4 comments:

zahidah dihaz said...

nice info...thank for sharing....



New Entry: Temubual Cikgu Shida bersama Hot.fm

Meera said...

kite mnusia slalu mcm tu kan.

::FAIZ FARISH:: said...

beruntung la arwah tu

cik kia said...

nabil,kia pun suka dengar ceramah mcmni sebab boleh buat kita insaf.thanks sudi kongsi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...