Saturday, March 26, 2011

Lepas SPM nak kemana? Matrikulasi?Diploma?STPM?Politeknik?

Selamat pagi buat semua pembaca setia dan yang tak setia di blog ini..Tahniah buat semua adik2 SPM yang baru sahaja amik result dan berjaya diperingkat SPM..Tahniah sekali lagi..

Bukan ingin menakut-nakutkan adik2 semua..SPM tu sebenarnya kurang mencerminkan masa depan semua..Yup..memang benar..Sesetengah orang cakap SPM adalah segala-galanya..Kalau SPM teruk, gelap la masa depan..Pada saya tidak..Tapi tidak bermaksud adik2 tidak perlu berusaha untuk buat yang terbaik pada SPM..Usaha beserta doa dan tawakallah..

Ok..Dah..Yang lepas tu jangan diingatkan kembali..Kalau yang straight A's tu, pilihannya mesti menjurus untu fly ke oversea sama ada melalui JPA, MARA attau pun duit sendiri..Tapi ingat, tak semua yang dapat straight A's dapat fly..Kalau yang tak fly tu, memang bersepah2 la dekat matrikulasi..huhu..

Kalau yang result sederhana, cuba untuk minta matrikulasi..Ini cadangan saya..Adik2 memerlukan sekurang2nya 1 tahun sahaja di matrik..Pastu boleh sambung degree ikut kursus masing..Kalau STPM, adik2 memerlukan 2 tahun dan lepas itu boleh sambung degree dan kalau diploma, memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun then sambung degree..Ikut la rezeki kita dapat yang mana..Semua ada kelebihan masing2..

Fobia nak masuk matrik? Rrrrr... Mesti adik2 pernah dengar cerita daripada org luar yang mengatakan matrik ni susah giler kan? Memang gila2 la kena study? betul tak? Memang tak dinafikan, ada saja student yang kena tendang dari matrik apabila mendapat result 2.0 kebawah kalau tak silap..Tapi my oppinion, kalau adik pergi kelas, ikhlaskan niat belajar, ingat pesan mak ayah, letakkan satu 'GOLD' yang jelas dalam diri kita, insyAllah, PNGK 3.0 tu memang senang2 je la..insyAllah, percaya dengan diri sendiri..



Diploma..ramai nak buat diploma katanya lebih mudah dan santai..Betul ke? saya tak pasti sebab saya tak ada dalam golongan ni..Tapi, 3 tahu tu agak lama jugak..Then nak sambung lagi 4 tahun..Agak2 mesti rasa nak termuntah jugak la study..betul tak? huhuh..Tapi kalau sanggup, xda masalah..teruskan..

Kalau yang tak ada kesempatan untuk masuk matrik, mahupun diploma, jgn berputus asa..Banyak lagi peluang dan tempat utk anda..Politeknik ada, Kolej komuniti, Institut Perguruan pon boleh mintak, SPA pon boleh, IKBN dan banyak lagi..Kalau yang ada duit, nak minta kolej swasta pon boleh aje..tapi ingat, PTPTN tu kena bayar..Bukan biasiswa tau..

Oklah..nAk cakap lebih pon macam tak layak je..Saya ni egree pon tak setel2 lagi..Kalau ada apa2 persoalan, boleh je tinggal komen kat sini..insyAllah, ada ja org yang akan bantu anda jawab soalan tu..Ihlaskan niat..Jagan putus harapan, dan teruskan berdoa..

wasalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...