Sekitar Telecommunication Exhibition 2011

kami engineer to be..
Salam semua..Pada hari rabu lepas, telah diadakan Telecommunication Exhibition 2011 bertempat di Fakulti Kej. Elektrik UTM skudai. Exhibition ini adalah dengan kerjasama FKE, UTM dan juga company2 ternama seperti Motorola dan juga MIMOS.

Selamat datang ke booth D19 :)
abu ngn faiz
Tujuan exhibition ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa untuk membiasakan diri berhadapan dengan orang luar dan juga industry dalam erti kata lain belajar berhadapan dengan situasi bekerja sebelum menjejak kaki keluar ke UTM.

bersama exhibitor dari somalia.
Oleh sebab itu, kami sebagai student dan juga peserta exhibition diberi 1 booth seorang untuk present projek masing2. 1 booth mempunyai 1 poster dimana poster itu mengandungi butir2 mengenai projek yang kami buat seperti abstract, methodology, esult dan juga conclusion.

abg mat..
muka dah habis present..
This is my first time hadir dan terlibat sebagai peserta pada exhibition ini. Rata2 panel yang datang adalah daripada golongan profesional dan ramainya adalah professor mewakili ipta dan company2 mereka. Perasaan tu memang tak payah la nak citer..Diorang datang je booth kita dah rasa lain..Yang bestnya, apa yang dirancang pada awalnya, semua tak jadi.. Masa training dan fikir nak cakap camni..Tapi bila datang je panel , terus lari daripada training..Hehehe..
paham ke ni?
Pengalaman yang best yang tak dapat dilupakan..Kami bukan sahaja didedahkan kepada industri, tetapi juga menjemput adik2 daripada sekolah berasrama penuh dan juga mrsm untuk datang ke exhibition ini. Tapi satu masalah yang saya dapat kenal pasti apabila projek yang kami buat ini tidak mempunyai hardware untuk mereka lihat mahupun sentuh..Untuk makluman, tak semua projek mempunyai hardware.. Ade je yang hanya buat analisis.
lepak2 menunggu pengunjung..
projek sape ntah ni..

So, bila diorang datang ke booth yang buat analisis tu, bila explain je, semua muka dah blur..Kesian adik2..Maap ye adik2 sekalian kalau tak faham..Mungkin tak sampai level lagi kot..hihi..Ok la..Tak nak bebel banyak, selamat menduduki peperiksaan Final Semester buat semua mahasiswa yang terlibat..

Wasalam

7 comments:

M a W a D D a H said...

macam menarik tajuk projek tuh...tapi kalau ada hardware, mesti mantap kan...:)biasa lar tu, kalau bab2 software n kuar graph jer memang xmenarik minat org melainkan dia memang dah dlm bidang tu, bidang yg sama...:)

Unknown said...

wah..best..rugi x sempat pi..huhu

ayookk..cian adik2 sekolah nganga2 dengar nabil explain..hihi

Afir said...

menarik jer program nih..org luar leh join dtg ker?

my5xurra said...

hehehe.. i prefer hardware presentation..

farah said...

sume ke student set yg join exhibition nih?ato selected ones?

nabilpotter said...

Afir: yup..terbuka untuk semua orang yang berminat.

my5xurra: akak dulu present pa?

farah farhana: semua terlibat..compulsory.

Hafidzah Hafidz said...

wahhh~ terbaek la kan..okai nih..berani terangkan ape yang you faham nabil kat orang ramai..tuhan je la yang tau kan bila time exhibition, time org dtg crit..hehe..ape2 pun, pengalaman..besttt! hikhik