Info Jumaat 40 | Rasulullah Selalu Berlapar

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..Alhamdulillah dapat juga update entry walaupun masa tidak mengizinkan.Harap dapat memberikan sedikit input buat anda semua..

Aisyah r.h.a berkata. " tidak pernah keluarga Rasulullah S.A.W kenyang makan roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia."

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim Khatib , Ibn Asakir dan Ibn al-Najjar daripada Abu Hurairah r.a dia berkata:



Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: ' Ya Rasulullah ! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?'

Jawab Baginda:' Aku lapar, wahai Abu Hurairah !'

Mendengar jawaban Baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda itu. Baginda merasa kasihan melihat aku menangis , lalu berkata:

' Wahai Abu Hurairah! janganlah menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia."

SubhnAllah..Begitu hebatnya peribadi Rasulullah s.a.w. Semoga kita sama2 menghayati hadis ini..

Wasalam.

No comments: