Friday, June 24, 2011

Info Jumaat 43| Adab Bersedekah

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat pembaca setia blog ini..Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi pinjaman nyawa kepada kita sehingga kita dapat bangun dari tido harini..Bersyukur juga kita atas nikmat-nikmat yang diberinya iaitu nikmat Iman dan Islam..InsyAllah, info jumaat kali ni adalah mengenai adab bersedekah.Sebelum kita meneruskan perbincangan, dah puasa ganti belum? Ramadhan dah menghampiri kita..So, siapa yang belum ganti tu, segera la berbuat demikian takut-takut nanti terlupa..

Kata-kata yang biasa kita dengar, " Beramallah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup kekal abadi dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok." Maksud yang menghampiri kata-kata tersebut adalah seperti kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar harta dunia disamping bersungguh0sungguh mencari juga bahan untuk akhirat.



Terdapat 10 adab-adab bersedekah yang telah disenaraikan oleh Ustaz Nik Abdul ghani iaitu:

1- Tangan di atas( memberi) lebih baik dari tangan di bawah(menerima).

2- Ikhlas dalam bersedekah. Wajib untuk kita ikhlaskan diri sedekah kerana Allah dan untuk mendapat keredhaaNya.

3- Mendahulukan sedekah yang wajib. Sebgaimana yang disebutkan dalam hadis yang bermaksud "... dan tidaklah seseorang hamba mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Aku sukai
daripada apa yang telah Aku wajibkan atasnya...( Riwayat Al-Bukhari)

4-Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran.

5- Mestilah diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan layak.

6- Bersedekah dengan harta yang halal.

7- Tidak mengungkit-ungkit.

8- Wajib kepada pemberi untuk bersyukur atas nikmat rezeki yang Allah kurniakan.

9- Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat, sebgaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud " Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala sahaja) sedangkansedekah kepada
kaum kerabat mendapat sua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silatulrahim.' ( Riwayat Al-Bukhary dan Muslim)

10- Jangan buruk siku.

Wasalam.

1 comment:

::FAIZ FARISH:: said...

nice info, thanks 4 share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...