Sunday, June 12, 2011

Sukan Malaysia Sukma 2011 | Kurang Meriah

Sukma 2011 yang berlangsung pada 2-15 Jun pada tahun ni dikatakan kurang meriah dan kurang mendapat sambutan..Mungkin juga disebabkan kurang publisiti menyebabkan Sukma 2011 kurang mendapat sambutan.Kalau ditengokkan pada malam pembukaan dan penutupan nya dulu,, nyata memang kurang mendapat sambutan dari segi penonton yang hadir dan media2 yang terlibat..

Tidak seperti Sukma lepas, iklannya berada di merata2 dan ramai jugak yang tertunggu-tunggu kehadirannya..Namun sebaliknya berlaku pada Sukma ke 14 tahun 2011 dimana ramai orang yang tidak tahu tentang berlangsungnya Sukma 2011 ni..

Setelah mencari punca-punca berlaku sedemikian, baru saya tahu sebenarnya Sukma 2011 memang dirancangkan supaya dilansungkan dengan sederhana dengan budget yang rendah daripada Sukma-Sukma lepas. Berikut adalah kenyataan dari http://www.nsc.gov.my

***********

PENGANJURAN Sukan Malaysia (Sukma) ke-14, yang akan diadakan di sekitar Lembah Klang dari 2 hingga 15 Jun depan, akan diadakan secara sederhana iaitu hanya melibatkan bajet RM7 juta berbanding RM100 juta jika diadakan di negeri-negeri.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, temasya Sukma tahun ini akan hanya melibatkan 19 sukan pilihan iaitu akuatik (polo air dan renang berirama), berbasikal (trek), bina badan, bola baling, bola jaring, bola keranjang, futsal, bola tampar pantai, judo, kabaddi, kanu, kriket, lawan pedang, mendayung, ping pong, ragbi, silambam, sofbol dan tenis.

"Kita akan kurangkan perbelanjaan untuk majlis dan juga buat penyesuaian dari segi hidangan... sesuaikan dengan konsep sukan dan tidak berlebih-lebihan," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma di Kuala Lumpur semalam.

**************

Majulah sukan untuk negara.. =)

1 comment:

syaimz said...

memang tak ramai yang gi *bajet macam dah gi je ni,haha*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...