DI SEBALIK KEJAYAAN ABANG GANGNAM STYLE, PSY

Psy, nama yang tiba-tiba menjadi sebutan ramai dikala muzik kpop digilae ramai. Oppa Gangnam Style telah melonjakkan namanya dikenali ramai. Psy bukalah artis baru yang baru hendak menapak dalam industri kpop ini. Malah Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang sudah lebih 11 tahun memulakan keriernya sebagai penyanyi. 

Siapa psy? 

Pasti semua tertanya-tanya siapakah jejaka gempal ini sehinggakan mampu menjadi perhatian dunia. Apa yang pasti kemunculannya sama sekali berbeza dengan imej artis kpop masa sekarang. Rapper ini juga menyifatkan dirinya bukanlah lahir daripada acuan kpop. Psy dilahirkan di Korea Selatan pada 31 Disember 1977 dan mendapatkan pendidikan di Universiti Bostan dan barklee College Of Music. Psy memulakan karier muzik seawal Januari 2001 sewaktu berusia 24 tahun dengan mengeluarkan album pertamanya, Psy...From the Psycho World!. 

Album pertamanya dirundung masalah dan dikatakan mengandungi kandungan yang tidak sesuai dan dikenakan denda. Malah, selepas 5 bulan pertama album dikeluarkan, album itu dilarang dijual kepada remaja bawah umur sekeras-kerasnya kerana lirik yang mengandungi pengaruh negatif. Sejak itu, Psy terus dikenali sebagai penyanyi kontroversi dan album keduanya, Ssa 2 turut mengalami nasib yang sama apabila dilarang dijual pada remaja berusia bawah 19 tahun.. 
 
Penyanyi aneh Diberi gelaran sebagai penyanyi aneh oleh peminat muzik Korea kerana gemar membuat tarian yang unik dan lirik yang lucu. Selepas menyepi sementara, Psy membuat kemunculan semula pada tahun 2010 sewaktu gelombang kpop sedang menular di seluruh dunia. Namun, dia mengakui status idol terlalu mustahil untuk diberikan kepadanya kerana kriteria imej yang berbeza. Walaubagaimanapun, nasib menyebelahinya apabial Gangnam Style menerima liputan meluas seluruh dunia. Sehingga kini, jumlah tontonan video klipnya sudah mencecah 1 billion tontonan. 

Hebatkan?.hhehhee Bermasalah? 

Artis dan penyalahgunaan dadah bukanlah satu perkara yang baru. Malah, psy juga turut disabitkan kesalahan dadah jenis ganja sewaktu ditahan pada 15 November 2011. Pernah menamatkan perkhidmatan tentera pada 2005, bagaimanapun Psy diminta untuk mengulangi kembali khidmat tentera pada 2007 kerana dikatakan tidak berkhidmat dengan betul sepanjang tempoh yang ditetapkan. 

Abang Gangnam Siapa sangka tarian kuda yang ditonjolkan mampu membawa kepada populariti dalam sekelip mata untuknya. Menarik jutaan peminat menerusi stail muzik yang unik dengan lirik yang cukup simple dan ditambah dengan muzik video yang lucu, Psy memecahkan tradisi budaya kpop yang menggambarkan selebriti lelaki harus berpenampilan menarik serta pandai menari. 


Gangnam Style dikatakan menyindir gaya hidup daerah Gangnam yang disamakan dengan gaya hidup mewah Beverly Hills. Lirinya berkisarkan sinikal kehidupan mewah golongan elit di Gangnam. Gaya hidup wanita Korea yang cuba kelihatan cantik dan seksi serta pelbagai lagi masalah sosial. ‘’Gangnam dikatakan sebagai Beverly Hills Korea dan ramai sekali yang mengaku mereka berasal dari Gangnam sedangkan tidak. 

Meraka berpura-pura menjadi cool dan hebat, jadi lagu ini ditujukan khas buat individu yang cuba sedaya upaya untuk menjadi seseorang yang bukan diri sebenar mereka’’, ujar Psy yang diiktiraf sebagai bintang kpop yang paling ingin ditemui oleh peminat antarabangsa. 




-E'in-

1 comment:

akmal said...

dah nak pencen katanya..