AssalamualaIkum w.b.t…
Salam satu malysia, salam ukhuwah…
Setelah berhari2 tidak mepunyai idea untuk mengepost bahan dkt blog, tiba2 pada petang tadi tersengar lagu opick iaitu tombo hati…apa itu tombo hati? Itu dalam bahasa indon…tapi kalau dalam bahasa melayunya disebut ubat hati… apa yang nak citer kat sini bukan ubat penyakit hati yang boleh dibeli dekat farmasi or klinik berhampiran anda, tapi ubat hati ni special sikit..heheheh…xperlu mengekuarkan sedikut pon wang…..tapi insyAllah hati anda mungkin akan terubat…
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
Sebenarnya nak bercakap hal2 agama bukan senang, takut jugak sebab xde tauliah..hehehe..so kalau ada masalah or salah ape2 tolong la betulkan sy ye..sy Cuma manusia biasa yang cuba untuk menjadi insan yang terbaik dan juga khalifah di muka bumi ini….
Nikmat yang paling berharga dikurniakan kepada manusia ialah nikmat hati, yang merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan Allah semulia-mulia kejadian, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah segala-galanya.
Benarlah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.
Begitulah di antara penawar-penawar dan juga cara2 yang digariskan oleh ulama bagi mengubati hati-hati kita dari segala penyakit yang menyebabkan gerak geri yang dipertontonkan oleh kita melencong ke arah kemurkaan Allah SWT. Mudah - mudahan kita digolongkan dikalangan hamba-hambanya yang sentiasa dalam keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai mengingati Allah SWT.
p/s-Moga2 dgn aritikel pendek ni kita mendapat ketenangan hati..insyAllah…
p/s/s: [download lagu opick-tombo hati]
Tombo Ati
by Opick
Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur?an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti ALLOH nyembadani
Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur?an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti ALLOH mencukupi
No comments:
Post a Comment