Ada apa pada AJL 24?

salam semua...
insyAllah entry kali ni bukan saya buat..memang 100% amik dari tuannye dgn meminta kebenaran..tujuan amik entry ni sbb rasanay saya perlu berkongsi apa yang saya tahu kpada semua org..kalau yang dah tahu tu, xpe la..ni blog asal penulis article ni(http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com)..selamat membaca...
Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?
Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengajamenampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;




piramid

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?




Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?






Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…


3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.



Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini.

youtube (The Arrivals. ap 13)




Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.


Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.



Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.



di tali gitar




ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orangguitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?



Apa persamaannya?



Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...


*penambahan:


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.


Sekadar penambahan. Terima Kasih.


Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.
25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010

11 comments:

Anonymous said...

kbetulan? mungkin ya mgkin tidak..

N said...

kebetulan la rasanye

walluhu'alam

Anonymous said...

pengkritik bebas (aman):

mungkin kebetulan yg disengajakan.. kalau kebetolnan, jadikan pengajaran dan teladan..

Mrs H said...

ntah la.. mybe persamaan yela fikiran dorg cetek kot. lemah ilmu agama. mcm ni la jadinye..

Wanie Azeera said...

oh dunia~! secara rasionalnya mmg kita x sedar benda ni jadi. isk.. tp betul la.. bila saye duk mesir kan, saye nmpk mcm2 benda pelik kat msia. huhu.. bersam-sama la kite amar ma'ruf dan nahi mungkar!

Anak Johor said...

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=461591&extra=page%3D2

dalam forum di atas ni pong penah gak dibincangkan hal ni...

nabilpotter said...

to saiful--> yups..mungkin kebetulan yang disengajakan..kita tak tahu...

to perempuan ITU--> no ones know accept God...

to Anonymous--> that right..

nabilpotter said...

to .::tAk AdE pErAsaaN::.--> xtahu siapa perlu dipersalahkan..kita kena berhati2..rancangan yahudi amatlah licik...

to Wanie Azeera--> salam..what do you means benda2 pelik kat malizi??betul2..as dai, bersam-sama la kite amar ma'ruf dan nahi mungkar! 3:104

to Anak Johor--> bnda yang sama dibincangkan..terima kasih..

imma.jayma.azima said...

saye tak tengok pun AJL mlm tu.. hehe

FaTiN said...

pendapat saya : nampak macam perlahan-lahan kita di suntik dgn ajaran lain tanpa kita sedari

nabilpotter said...

to ^ ZuMaWaMBa ^--> bagus2...sama la kita..heheh

to cik EPAL--> mungkin satu kebetulan,atau mungkin tidak...

to FaTiN--> a.a.betul2...kita tak sedar sebenarnya..kita kena sentiasa berhati2..