Info Jumaat 2: Bagaimana Menjadikan Tidur Sebagai Ibadah
Salam alaik kepada semua rakan2 bloggers...
Seperti yang diberitahu pada Info jumaat lepas, saya cuba untuk menjadikan hari jumaat ini dengan satu slot khas yang diberi Info Jumaat. So, hari ini merupakan Jumaat ke 2 setelah slot ini dihidupkan..Sama2 kita renungkan kandungan Info Jumaat pada kali ini yang bertajuk Bagaimana Menjadikan Tidur Sebagai Ibadah.
Tidur merupakan amalan yang biasa dilakukan oleh manusia..Kalau tak tidur selama seminggu, itu bukan manusia normal saya rasa..Untuk makluman, orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam untuk tidur setiap hari.. Tapi, cukupkah kita untuk tidur 6 jam sehari?sama2 kita renungkan..Jangan samapai kelas atau tempat kerja menjadi tempat untuk kita sambung tidur kita yang tak cukup tu..
Hal ini menunjukkan, 1/4 daripada keseluruhan umur kita dihabiskan untuk tidur..Jika dibuat pengiraan, jika umur kita 40 tahun, 10 tahun telah dihabiskan untuk tidur..mmm...10 tahun tu lama kan?daripada 40 tahun, berapa lama plak kita peruntukan sehari untuk baca al-quran? 1 jam?2 jam? xpon al-quran hanya dijadikan hiasan di dalam almari? tepuk dada tanya iman...
Untuk menjadikan tidur sebagai ibadah, berikut adalah beberapa cara yang perlu kita lakukan.Antaranya adalah:
Niat: Niatkan tidur kita untuk berehat dan untuk mendapatkan kembali tenaga supaya kita bangun esok boleh buat melakukan ibadah dengan baik dan khushuk..
Subjek: tidur adalah harus. Allah berfirman yang bermaksud, " Dan kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian ( yang melindungi)."( Surah al-Naba' 78:10)
Perlaksanaan: Perlaksanaanya mestilah betul. Jangan tidur secara sengaja semasa bekerja, memandu atau semasa mendengar khutubah.
Optimum: Hendaklah tidur di tempat yang selamat, nyaman dan kondusif. Adab2 tidur yang telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w juga perlu dipatuhi. Tidurlah dengan mengiring ke sebelah kanan.
Tidak meninggalkan Ibadah yang asas: Jangan tidur sehingga tertinggal waktu solat.
Natijah: Tenaga dan kesegaran yang didapati dari tidur yang cukup digunakan untuk melaksanakan kebaikan bukan sebaliknya, melakukan kemaksiatan.
Oleh yang demikian, secara konklusinya, adat kebiasaan bernilai ibadah. Dengan menggunakan konsep yang sama, maka kita sama2 aplikasikan dalam setiap perbuatan harian kita seperti makan, bekerja, belajar, berpakaian,memasak dan sebgaianya supaya setiap perbuatan kita dianggap sebagai ibadah di sisiNya..
p/s: gambar dari En.google
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
mekasih nabil for sharing this article ;)
i suka entry ni :)
LIKE entri ni :D
eh, tak letak button LIKE fb kat blog lagi? best.
pegi SINI
yeshhh.
banyak cara kita nak dapatkan pahala sebenarnya :)
.::WaNiE::.
sama2.. :)
msrh's
thanks..:)
isyaAllah
tidur ini di berkati.
NISECA suka merapu
adeyh~~~~~ gambar itu, sgt menarek perhatian~~ hehehe
dulu dulu aku selalu tidur macam budak tu.
best wo
Post a Comment