Info Jumaat 3 : Berjihad tetapi masuk neraka


Salam kepada sahabat2 bloggers…Apa khabar semua?
Seperti minggu-minggu yang sebelumnya, setiap jumaat saya akan membuat satu artikel pendek di bawah tajuk info jumaat. Kepada rakan2 bloggers yang baru kali pertama menyinggah blog ni, mungkin belum tahu tentang info jumaat yang akan diterbitkan setiap jumaat.InsyAllah.
Tapi, hari ni kan hari sabtu?betul tak? Mr Potter ni dah pening ke ape?hehehe… ok, sebenarnya saya masih lagi waras dan amat bersyukur sebab masih lagi diberi peluang untuk merasai nikmat yang paling besar iaitu iman dan islam..Cuba bayangkan kalau kita telah di tarik 1 nikmat dari Allah? Contohnya nikmat penglihatan..Cuba bayangkan keadaan ketika itu? Dapat bayang?bagus…Tepuk dada Tanya iman..Minggu ni sebenarnyaa saya sangat sebok sebab telah ceburkan diri utk melakukan part time job..Job apa?tunggu next entry…hihi
Ok, berbalik kepada tajuk entry hari ni, berjihad tetapi masuk neraka. Pelik kan?Knpa ble jadi cmtu? Kalau ditanyakan kepada rakyat2 palestin tentang mati, ramai antara mereka akan menjawab, kami mahu mati syahid..Jihad di jalan Allah..Saya pun nak jugak mati syahid..Pada zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat baginda berebut2 untuk mati syahid di medan perang..Tapi kalau zaman sekarang ni, kalau offer untuk pergi berjihad di palestin, agak2 brapa org sangat yang akan pergi..betul tak??
Rasulullah s.a.w menceritakan kepada para sahabat ketika di dalam satu peperangan tentang seorang lelaki yang telah berjhad yang akan dimasukkan kedalam neraka padahal dia sama2 berperang dengan orang2 muslim yang lain..Para sahabt terkejut dengan cerita yang dicerita oleh Rasulullah.Lalu sahabat dengan rasa ingin tahu terus pergi berjumpa dengan lelaki tersebut untuk mengetahui latar belakangnya.
Mereka mendapati dia berjuang dengan bersungguh2 di dalam perang dan dia juga mencederakan dirinya.Salah seorang sahabt menegurnya, ‘Celaka kamu, Apakah kamu mencederakan diri sendiri padahal kamu berperang bersungguh2’? Lelaki tersebut pun menjawab, ‘Aku berperang kerana izzah( bangga) diri dan supaya orang lain melihat keberanianku’.
Kemudian lelaki tersebut meniggal dunia.Benarlah sabda Rasulullah, lelaki tersebut hanya mengharap dipandang mulia oleh manusia, bukan dipandang mulia oleh Allah.Rasulullah juga bersabda yang bermaksud, ‘ Barang siapa yang ingin menjadi terkenal, maka Allah akan menjadikanya terkenal.dan barang siapa yang ingin menjadi riak, maka Allah akan memberikanya juga.’( Riwayat al-Bukhari)
Wassalam.
p/s: minta maaf sebab info jumaat minggu ni terpaksa diterbitkan pada hari sabtu.

6 comments:

azuan said...

tak ikhlas tue~

pondokmerah said...

nice blog, boleh tunjuk ajar saya baru buat blog today

http://pondokmerah.blogspot.com/

nanad said...

trimakasih untuk entry ini :)
sangat memberi kesedaran *thumbs up ;)

Anonymous said...

btol2 x ikhlas...pape pn,blog bessst = )
- hamba Allah -

ikhlaskahaku? said...

tersilap niat :)

Shukree said...

Thanks, membuat saya memuhasabah diri ini..saya amat minat watak Anakin Skywalker dan sangat obses dengan wataknya..