Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca..
Alhamdulillah, di pagi hari yang indah ini, dapat juga untuk memberi sedikit info atau pun ilmu kepada anda semua..Sepeerti biasa, info jumaat diteruskan lagi pada minggu ini dengan tajuk fizikal Rasulullah s.a.w.
Ali Ibn Abi Talib menggambarkan ciri fizikal Rasulullah s.a.w: " Postur tubuh Rasulullah s.a.w tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek.Baginda memiliki perwatakkan yang sedang dibandingkan dengan kaumnya. Rambut Baginda tidak terlalu kerinting dan tidak lurus terurai. Baginda berambut ikal, tidak gemuk dan wajah beliau tidak bulat. Kulit baginda putih kemerah-merahan.
Baginda memiliki bola mata yang hitam pekat, bulu mata yang lentik serta bahu yang lebar dan tidak berbulu. Dada baginda berbulu. Telapak tangan dan kaki baginda tebal. Ketika berjalan, Baginda seakan-akan melangkah menuruni tanah yang landai. Ketika menoleh, Baginda menoleh (berbalik) dengan seluruh badan. Antara kedua bahu Baginda terdapat tanda kenabian. Baginda adalah nabi terakhir , manusia yang paling berlapang dada, ucapannya paling mudah dipercayai, karakternya paling lembut dan cara bergaulnya paling mulia.
Siapa pun pertama kali melihat Baginda , pasti segan tetapi orang yang sudah lama melihat Baginda pasti mencintai Baginda. Siapa pun yang cuba menggambarkan karakter Baginda pasti berkata: ' Aku tidak pernah melihat seorang pun yang sama seperti Rasulullah s.a.w., baik sebelum mahupun selepas baginda wafat.'
(Riwayat al-Tarmizi, Ibn Sa'd dan al-Baihaqi)
Ref: solusi by nabilpotter
Waktu Solat Fardhu Zohor Kuala Lumpur:
Zohor: 1:22PM
3 comments:
SubhanaAllahhh
begitu hebat
New Entry Prof-Hariz
HADITH MENGENAI WANITA
suka baca :)
sunah nabi dada berbulu.. ;)
Post a Comment