Tabung Kami Bersama mu , LYA




Salam kepada semua sahabat bloggers..

Semoga pada hujung minggu ni dapat diisi dengan pekara2 yang bermanfaat ok..huhu..saya dapat message ni dari abg ben yang mane meminta kepada sesiapa yang mempunyai wang lebih untuk tampil menghulurkan bantuan kepada sis Lya..Cerita lanjut boleh baca kat bawah nie :

**************

Bismillahirrahmanirrahim............

Dengan rasa rendah diri dan penuh harapan, Kami mewakili sahabat-sahabat Lya di alam maya melancarkan TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA.

Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin.

Sehingga ke saat ini, Lya masih lagi ditempatkan di ICU Kemaman, Terengganu. Keadaan terkini Lya agak lemah tetapi masih stabil.

Kami juga memohon doa berterusan dari kalian semua. Semoga usaha kita semua untuk membantu Lya dipermudahkan Allah.

Hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526).

Untuk update terkini tentang Lya, klik SINI.

Kami juga amat berbesar hati, sekiranya kalian semua dapat mewar-warkan tabung ini di blog masing-masing. Jasa baik anda semua amat kami hargai.

Terima Kasih.

*************

p/s: semoga bantuan kalian dapat meringankan beban yang dialami oleh sis LYA

No comments: