Faizal Tahir insaf !

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini tidak mengira bangsa dan agama serta dimana jua anda berada..Terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai blog harian yg patut anda lawati.. Seperti biasa, sy pasti akan menghidangkan anda (insyAllah) dengan artikal2, ilmu2 dan pelbagai fakta menarik utk dikongsi bersama.

Kenal faizal Tahir? Ala, yang lagu gemuruh jiwa tu...kalau tak kenal, pasni anda mesti kenal dia..Entry ni saya ambil sepenuhnya daripada laman web Aqsa syarif..Siapa aqsa syarif? Meh klik kat sini...Oleh kerana entry ni menarik hati saya, so saya juga nak kongsi untuk anda semua..Sama2 kita baca yew.. :)

***********

Tidak terungkap dengan kata-kata. Jiwa bergejolak meronta mahu menghulur bantuan, simpati akan anak-anak yatim yang memerlukan belaian kasih sayang. Hidup serba kedaifan adalah pemandangan biasa masyarakat di sana. Faizal Tahir menginsafi segala pengalaman yang dilalui sepanjang enam hari di Kem Pelarian Palestin di Lubnan. Kesyukuran dilantik sebagai Duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin membebaskan dirinya dari belenggu kehidupan selama ini.

“Jika dulu saya selalu merungut dengan masalah yang menimpa, namun sekarang melihat kedaifan dan kesengsaraan hidup mereka dengan mata sendiri, baru saya sedar dugaan saya hanyalah sedikit. Tak dapat dibandingkan dengan mereka. Mereka yang susah untuk bersyukur sepatutnya dihantar ke sana untuk belajar erti penderitaan yang sebenar.


“Bayangkan kem pelarian yang disediakan untuk didiami 5000 ribu orang terpaksa dikongsi dengan lebih 20,000 pelarian. Sangat daif keadaan di sana, saluran air tak teratur, sistem pendawaian yang bersepah dan boleh dikatakan setiap tahun pasti akan ada kanak-kanak yang meninggal dunia akibat litar pintas yang berlaku.

“Entah bagaimana saya mahu gambarkan, anda harus melihat sendiri kehidupan di sana. Itulah tempat makan, tidur dan tandas mereka. Menjadi pelarian harus belajar untuk survive. Rakyat Palestin terdiri daripada lepasan universiti dan ada di antaranya bekas doktor dan jurutera, namun mereka tidak dibenarkan bekerja. Harapan mereka hanya satu, ingin kembali ke Palestin.

“Saya ke sana bukanlah sekadar ingin berkongsi pengalaman namun saya sangat berharap masyarakat boleh buka mata dan hati, ada sesuatu di luar sana yang memerlukan perhatian. Saya berani beri jaminan segala bentuk bantuan anda akan sampai kepada penerima yang sepatutnya.

“Kalau boleh saya mahu syahid di sana. Saya mahu ke Palestin sendiri melihat keadaan mereka. Saya seronok apabila kami dikepung askar di kawasan perkuburan kerana dapat merasai sendiri bagaimana perasaan mereka di sana.

Bangga dipilih dan bertanggungjawab sebarkan mesej untuk orang ramai. Saya sarankan semua bersama-sama membantu. Paling kurang pun anda boleh menaja seorang anak yatim dan menyumbangkan RM170 setiap bulan untuk membantu kehidupan mereka di sana.” tambahnya yang dianggap sebagai perempuan di sana kerana berambut panjang.

Perjalanan Faizal Tahir menjengah kem-kem pelarian Palestin di Lubnan akan bersiaran bagi episod khas Bersamamu : Bebaskan Bumi Palestin pada 25 Ogos, 1 dan 8 September pada jam 9.30 malam. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, sila layari http://aqsasyarif.com/tajaan/ untuk maklumat lanjut.


*************

Rm2.50
RM2.80

p/s: sapa nak beli choclate tu, bleh la order di temapat berhampiran anda..Untuk warga UTM, Hari selasa ni di Kolej Perdana Utm skudai.
p/s: membeli sambil menderma...

9 comments:

chuckkay said...

cool !

humaira said...

faizal die baek lah!
hee

AzketOm said...

suka ngan faizal tahir. lain dari yg lain.

salam singgah :)

aque said...

nice sharing ;)

Miss Anisah said...

sayang faizal tahir lah!

Unknown said...

boifren ku dah balek msia dah

hehehehehe

Anonymous said...

pengkritik bebas:

semoga dapat dijadikan iktibar oleh rakan2 artis dan umat Islam yg lain terutamanya yg mengetahuinya (yg baca entry ni la)..

Aliesha Kirana said...

faizal terbaekkk!

Unknown said...

emm palsetin...