Assalamualaikum kepada semua sahabat bloggers, para penonton tv, kepada pengikut blog ini dan juga kepada semua readers yang rajin mmebaca..Alhamdulillah harini dah 3 hari kita berpuasa..bagaimana iman? Bertambah atau berkurang? Kalau bertambah, Alhamdulillah, kalau berkurang, cepat2 tambahkan..Ambilkesempatan terhadap Bulan ramadhan al-mubarak ini.
Info jumaat pada minggu ini ialah tentnag Solat sunat duha.Saya tahu, pada bulan ini, ramai org akan melakukan pelbagai perkara sunat antaranya solat sunat duha.
Waktu Duha
Waktu duha bermula dari setelah matahari tinggi sejengkal iaitu lebih kurang jam 8.00 pagi sehinggalah sebelum matahari mengeak iaitu tengah hari. Solat Duha tidak boleh dilakukan sebelum atau selepas dari waktu yang dinyatakan tadi. Oleh sebab itu, solat sunat Duha adalah solat sunat yang dilakukan dalam waktu Duha sahaja. Solat ini adalah solat sunat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjamaah.
Jumlah rakaat
Paling sedikit adalah 2 rakaat dan paling banyak adalah 12 rakaat mengikut pendapat yang sahih.
Fadilat solat sunat Duha
Antara fadilat solat sunat Duha sebagaimana yang dinyatakan dalam Solat Sunat oleh Ustaz Abdul Rahman Mohamed:
1- Jaminan Rezeki
Allah berfirman di dalam surah al-Dhuha ayat 1-5 yang bermaksud: " Demi waktu Duha.Dan malam apabila ia sunyi sepi.(bahawa) Tuhanmu (wahai MUhammad) tidak meninggalkanmu dan ia tidak benci (kepadamu) sebagaimana yang dituduh oleh kaum Musyrik. dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaanya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan diakhirat) sehingga engkau redha."
waktu Duha ialah waktu Allah mencurahkan kurnian-Nya. Oleh sebab itu, siapa yang inginkan kurniaan tersebut, perlu baginya untuk melakukan solat sunat Duha.Rasulullah s.a.w juga bersabda didalam sebuah hadis kudsi riwayat al-Tarmizi yang bermaksud: " Allah s.w.t berfirmanyang bermaksud. ' hai anak Adam, solatlah kapada ku empat rakaat pada permulaan siang, nescaya Aku cukupkan keperluaanmu pada akhir siang.'"
2- Kekuatan Jasmani
Daripada Buraidah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :" pada diri manusia ada 30 ruas tulang, dituntut keatasnya untuk memberi sedekah pada setiap satu daripada ruas tersebut.Para sahabat bertanya,:' siapakah yang berdaya melakukannya ya Rasulullah?' Lalu baginda bersabda: ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau mengilangkan halangan di jalan raya, kalau tidak dapat dilakukan maka dengan melakukan dua rakaat solat Duha memadai baginya."( Riwayat Ahmad dan abu Daud)
Imam muslim meriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata: " rasulullah s.a.w berpesan kepada ku dengan tiga perkara agae jgn ditinggalkan semasa hidup: puasa 3 hari sebulan, solat sunat Duha dan solat witir sebelum tido."
3 comments:
thanks tuk info ni..
sgt berguna :)
terima kasih berkongsi ilmu!
mengaku,culas juga solat duha. T.T
terima kasih untuk peringatan. sudah lama tinggalkan.. ~nuffnangers
Post a Comment