Info Jumaat 9 : Info Asas Tentang HADIS

Assalamualaikum w.b.t kepada semua sahabat bloggers, pemaca2 blog ini dan juga kepada penonton2 tv...heheh..

Alhamdulillah kita masih lage diberi kesempatan untuk bertemu sekali lagi di penghulu segala hari iaitu hari jumaat.InsyAllah, tidak lama lagi kita akan melangkah masuk ke bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang2 yang beriman untuk terus bertakwa dimana bulan ramadhan ini adalah bulan yang amat istimewa..Tapi, untuk kali ini saya tak bercakap mengenai Ramadhan, tetapi saya nak berkongsikan apa sebenarnya ilmu hadis yang kita dok sebut-sebut selama ni..So kat sini saya sediakan beberapa soalan biasa yang sering ditanya oleh sesiapa saja.:

Pertama sekali, Apa yang dimaksudkan dengan hadis?
Hadis ialah setiap kata-kata dan juga perbuatan , pengakuan dan sifat yang datangnya daripada Nabi kita iaitu Muhammad s.a.w.

Apakah kedudukan hadis didalam Islam?
Hadis merupakan sumber yang kedua(2) di dalam Islam selepas Al-Quran. Ia dijadikan rujukan dan juga panduan oleh umat Islam sepanjang zaman supaya tidak terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenarnya.

Apakah buku-buku utama yang menghimpunkan hadis?
Diantara buku-buku utama yang menghimpunkan hadis ialah : Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Musnad Ahmad, Muwatto' Malik, sunnan Abu Daud, Suan al-Nasaai, Sunan al-Tirmidzi dan banyak lagi.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'sunnah'?
Para ulama sentiasa menggunakan perkataan 'sunnah' dengan maksud yang sama seperti perkataan 'hadis'. Maka dikatakan 'al-Quran dan hadis' dan 'al-Quran dan sunah'.

Adakah memadai dengan menggunakan al-Quran tanpa hadis?
Adalah tidak memadai jika hanya  menggunakan al-Quran tanpa hadis kerana hadis merupakan huraian kepada maksud al-Quran. Seluruh kehidupan Nabi Muhammad s.a.w(hadis) merupakan cara perlaksanaan atau praktikal terhadap ajaran al-Quran. Malah al-Quran memerintahkan kita untuk mentaati Nabi Muhammad s.a.w.

Rasanaya itu je perkongsian untuk hari ini..Terima kasih kepada majalh solusi. :)

4 comments:

hans said...

yups
betul lah tu infonya
thanks sebab sudi berkongsi dengan pembaca2 yang lain

P/S : Kadang - Kadang Perlu Ada Pertimbangan Dalam Merencana Percaturan Hidup

Anonymous said...

pengkritik bebas:

mungkin bleh masukkan jenis2 hadith ie; sahih, palsu, was2 dll.. apa pon, ilmu ni bagus..

pearl apple said...

solusi memang best..thanks utk info nih..=)

miss lolly a.k.a luvfareda said...

yes.

skurang2nya l0lly ingat balik ape yg l0lly belajar dulu :)