Info Jumaat 13 : Zakat

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini tidak mengira bangsa dan agama serta dimana jua anda berada..Terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai blog harian yg patut anda lawati.. Seperti biasa, sy pasti akan menghidangkan anda (insyAllah) dengan artikal2, ilmu2 dan pelbagai fakta menarik utk dikongsi bersama.

Seperti biasa info jumaat menemui anda lagi pada hari yang penuh berbahagia ini..Sebenarnya tak da mood sangat nak update sebab sekarang ni dah sampai umah..So, banyak kerja2 perlu dibuat sebenarnya..Tapi untuk anda semua, saya cuba juga untuk update sedikit info untuk kita kongsi bersama..Kalau yang dah tahu, anggap sebagai peringatan, kalau yang belum tahu, ini maklumat baru bagi anda..Dah bayar Zakat belum??

Apa itu Zakat? ok, zakat dari segi bahasa beerti tumbuh, berkembang , berkat, membersihkan atau menyucikan.Dari segi syarak pula,  bermaksud kadar tertentu yang diambil daripada sebahagian harta tertentu , yang wajib diberikan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syarat yang ditentukan.

Zakat adalah wajib.Orang yang ingkar dan menentang zakat adalah kafir dan murtad dan akan diazab.Material nya adalah didalam jumlah kuantiti tertentu seperti emas, perak, tanaman dan buah-buahan, barang perniagaan, binatang ternakan, harta galian dan harta purba. Zakat diwajibkan kepada individu yang memenuhi ciri-ciri berikut: muslim, berakal, dan baligh. Harta yang dimilikinya perlulah miliknya, cukup nisab dan haul.

Zakat diagihkan kepada golongan tertentu. Firman Allah s.w.t. bermaksud." sesungguhnya sedeka-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil-amil yang menguruskannya dan orang mualaf yang dijinakkan hatinya , dan untuk orang-orang yang merdekakan dirinya, dan orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah, dan orang musafir ( yang terputus bekalan) dalam perjalanan ." ( Surah al-Taubah 9:60)

Sebaik-baiknya zakat diberikan pada golongan fakir di kawasan tersebut mengikut pendapat kebanyakkan ulama dan tidak harus dipindahkan wang zakat ke negara lain. Zakat tidak boleh diberikan kepada orang kafir dan Musyrik. Zakat tidak harus diberikan kepada ayah atau ibu dan keatas serta anak-anak kebawah, menurut mazhab yang empat. Zakat juga tidak boleh diberikan oleh suami kepada isteri , bedasarkan ijmak ulama.

p/s: harap kalau ada tersalah kat mane2 bagi tahu..diubahsuai dari solusi


6 comments:

hans said...

sapa2 yg xbayar lagi tu silalah bayar

P/S : Nak Buat Kejutan Tapi Tiba - Tiba....Hahaha!

Nabiel said...

erk..
ntah smpt idak aku nk bayo nie~
adehhh~hehehe

bidadarihijau said...

zakat?masih dibawah tnggungan bpakku..hohoh..
eh bape kali dah tnye utm ke kan..ye saya student UTM yang sejati~~ahah

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

mungkin saudara pengarang dapat menerangkan zakat khas sempena Aidilfitri (Zakat Fitrah)sbb mungkin ada yg tak dapat nak membezakan zakat fitrah, zakat harta, zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat pertanian, ternakan, emas, perak, saham dan rikaz (galian).

Di sini sy cuba menerangkan sedikit bagaimana melakukan pengiraan bg zakat pendapatan (zakat gaji) dan zakat emas/perak.

Zakat Pendapatan:

Takrifan gaji/pendapatan;
Adalah bayaran yg dibuat atau diterima seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yg dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa2 pekerjaan dan perkhidmatan profesional.

Kaedah Pengiraan Zakat Pendapatan;
Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Kiraannya sama satu melebihi nisab maka dikeluarkan zakt 2.5%.

Keperluan Asas sebenar bg tahun semasa(seperti yg diberikan oleh Majlis Agama Islam Johor) *(mungkin berubah so kena rujuk pejabat zakat berhampiran)

i: Saraan-saraan hidup yg diperlukan bg:
a) Sara Diri - RM9000
b) Isteri - RM3000 x bil isteri
c) Anak - RM1000 x bil anak
d) Sumbangan kepada ibu bapa

ii: Perubatan
iii: Pendidikan

Contoh Pengiraan:
A. Pendapatan
Gaji (RM3000x12) = RM36,000
Elaun = RM 6,200
Bonus = RM 4,000
Jumlah Pendapatan = RM46,200

B. Perbelanjaan
Saraan diri = RM9,000
Isteri = RM3,000
Anak (4org) = RM4,000
Saraan ibu bapa
(Rm200 x 12 bulan) = RM2,400
Perubatan anak2
(Rm200 x 12 bulan) = RM2,400
Pendidikan anak2 = RM3,000
Jumlah Perbelanjaan
Setahun = RM23,800

Pendapatan (A) - Perbelanjaan (B)
= RM22,400

Nilai zakat = 2.5% x Rm22,400
= Rm560 setahun
= Rm46.67 sebulan

**Bayaran zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat sebarang tolakan daripada tolakan2 yg dibenarkan di atas.

Note kepada nabil: better amek comment ni pastu post sebagai new topic under "pengiraan zakat pendapat".. pastu edit skit letak bold ke italic ke bg cantik skit.. malas nk letak HTML notation kat sini. leceh

Anonymous said...

Pengkritik bebas:

Sambungan..

Pengiraan zakat emas & perak:

Takrifan;
Maksud emas dan perak adalah yg berbentuk barang kemas utk perhiasan atau utk kegunaan lain seperti jongkong emas, piala dan sebagainya yg dipamirkan.

Nisab emas & perak;
Emas = 20misqal/25mayam/85gram
Perak = 176 mayam/595 gram

Pengiraan;
Emas dan perak yg disimpan atau perhiasan emas yg tidak dipakai (termasuk la emas kijang ke dinar emas ke dll emas)
Iaitu yg disimpan dan tidak dipakai walaupon sekali dalam setahun.

**

Sekiranya cukup nisab 85gram emas atau 595 gram perak maka WAJIB dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.

Contoh PEngiraan:
Jika emas yg tidak dipakai adalah 100 gram dan dianggarkan bernilai Rm10,000 (mengikut harga semasa kepada jenis emas), maka zakat yg wajib dikeluarkan adalah:

2.5% x Rm10,000 = Rm 250

** PErhiasan emas yg dipakai
Emas yg dipakai samada sekali sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika ia melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yg dibenarkan) maka diWAJIBkan zakat atas lebihan uruf tersebut.

Mungkin nabil boleh bg contoh skit mcmana uruf ni.. sekian

Sumber: Majlis Agama Islam Johor

masjuliana|masjuju said...

sudah...