Info Jumaat 15 : Tamakninah

Salam dan selamat pagi buat semua pengunjung blog ini yang masih setia menghadirkan diri ke blog ini..InsyAllah info jumaat kali ini diteruskan lagi dengan info solat iaitu tamakninah..

Apa itu tamakninah? Tamakninah adalah sebahagian daripada rukun solat yang sering kita abaikan..Kesan daripada pengabaian tersebut, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah..Apabila kita melanggar satu daripada rukun, maka ia adalah tidak sah..Contoh adalah rukun Iman..Kalau 6-1=0. Betul tak?? dari segi matematik memang tidak betul.tapi adri segi rukun, apabila kita tolak 1 daripada rukun, automatik adalah tidak sah.

Rukun yang wajib disertakan tamakninah.

Disenaraikan disini rukun solat yang perlu disertai tamakninah dan akan batal solat sekiranya tiada tamakninah.

1- Rukuk: Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua-dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakkan seketika. Itulah kadar tamakninah.Barangkali sempat membaca subhanallah.

2- Iktidal (bangun dari sujud) : Pergerakkan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah kadar tamakninah.

3- Sujud: Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh ( dua tangan, dua lutut, dua kaki, 1 dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang pergerakkan seketika. Itulah kadar tamakninah.

4- Duduk diantara dua sujud : Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar. Itulah kadar tamakninahnya.

Rasanya dengan penjelasan yang ringkas ni ramai dah nampak apa itu tamakninah..Senang cita, tamakninah ni adalah berhenti seketika apabila nak teruskan. Kalau tak da tamakninah, semua semanyang jadi laju je..Tambah2 time semayang tarawikh haritu..kalau imam laju, tamakninah kemana, ape pon kemana..Adakah semayang kita sebelum ni ada tamakninah? kalau tak da, lepas ni bila dah tahu, semayang kita mestilah bertamakninah ok..Kalau tanpa tamakninah, semayang kita tak sah tau..ok..

p/s: harap dapat memberi sedikit info buat anda semua..
p/s: diolah dan ditambah dari solusi

3 comments:

ProfHariz said...

Terima Kasih Nabil.
Alhamdullilah

New Entry ProfHariz
Semak Jantina PC Anda

::FAIZ:: said...

tq Nabil

cimöt said...

bagus info ni..semuaa sepatutnya tahu pasal ni..bak kate ustaz aku dolu,ader yg professional bley siap semayang in less than 5 minutes..wow~~