Info Jumaat 19 : Tips Cinta 'Muda' Ketika Tua

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi buat semua pengunjung blog ini, buat followers, buat sahabat alam maya, dan sesiapa saja yang mengenali diri saya.Seperti biasa, kalau tiada kekangan, InysAllah setiap jumaat akan diterbitkan satu entry yang diberi tajuk Info Jumaat. Infi Jumaat kali ini merupakan minggu yang ke 19.

Cintailah CINTA.Ayat ini dipetik daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang mana dia menulis ayat ini ketika saya meminta beliau untuk sign pada buku tulisannya iaitu 'TENTANG CINTA'.Apa yang ditulis ustaz adalah 'Cintailah CINTA'. Tapi saya buat entry ini bukan untuk menghuraikan phrase tu tapi just nak kongsikan tips cinta ketika tua..Jangan ingat kita ni muda tak perlu baca..Tapi perlu ingat, kita juga akan menjadi tua..

Bila usia isteri dan suami melewati 45 tahun, dan usia perkahwinan mula menceceah 20 tahun, ketikat tu anak-anak sudah menjadi dewasa. Sering satu persoalan timbul di dalam hati para suami, Bagaimana untuk membuat isterinya terus malah lebih mencintainya berbanding anak-anak? Maka untuk menjawab soalan tu, dekat sini saya senraikan beberapa Tips yang berguna untuk para bakal suami.

Antara Tips Cinta 'Muda' Ketika Tua adalah:

1- Istiqamahkan solat berjamaah dengan pasangan.Carilah kaedah bersama untuk menguatkan hubungan dengan Allah.

2- jangan abaikan makan bersama di rumah. Jika boleh, makan dalam bekas yang sama sekali sekala.

3- Berkebun atau memasak bersama. Berkongsi hobi atau minat bersama.

4- Luangkan masa berjalan-jalan, memandu bersama pasangan.

5- Bercerita sambil mengimbau kenangan-kenangan manis bersama.

6- Lawati semuala tempat yang menjadi nostalgia bersama seperti masjid dimana anda diijabkabulkan, lokasi temat anda berbulan madu dan sebagainya.

7- Ziarahi orang yang pernah berjasa dan berbudi dalam kehidupan anda berdua sama ada pada awal usia perkahwinan atau masa kini.

8- Baca, lihat, tonton semula majalah, album gambar atau filem-filem yang boleh megembalikan kenagan manis bersama.

9- Ziarah pusara ahli keluarga atau sahabat-sahabat rapat anda berdua.

10- Sekali-sekala buat kejutan dengan memberi hadiah, kad ucapan, sekuntum bunga atau jemputan makan diluar.

Saya rasa mungkin dah cukup dengan 10 tips ini..Kalau ada apa2 lagi nak tambah, silakan..InsyAllah, dengan tips ini hubungan anda akan bertambah mesra dan bahagia..Amin..

2 comments:

CPFZ said...

wah...
bahagia gitu kan?

^.^

Sakinah said...

cam lambat lg...harap xlupe bile dh tua...hehe