Info Jumaat 25 | Musibah : Mesej Daripada Ilahi

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bertemu lagi kita pada kali ini setelah sekian lama bercuti..

InsyAllah infojumaat ke 25 akan diteruskan dengan tajuk musibah..Tajuk musibah dipilih adalah kerana semasa saya di Indonesia,
saya telah melawat ke gunung Merapi yang mana semua orang tahu tentang kejadian yang menimpa penduduk tempatan.

Selain itu, kita juga di samping kebahagiaan hidup, mesti kita akan diuji oleh Allah s.w.t dengan pelbagai musibah dan ujian seperti banjir,
sakit, kemalangan, tsunami, kebakaran dan pelbagai lagi musibah..

Tapi kena ingat, Allah buka sengaja nak turunkan musibah kepada hambanya..Mesti ada sebab kenapa Musibah kena pada kita.

Sebuah negara yang menguji kekuatan pasukan tenteranya  dan kehebatan senjata miliknya, sebenarnya sedang menyampaikan mesej kepada negara
jirannya bahawa mereka kuat. Begitu juga dengan musibah yang menimpa penghuni alam ini, ia mengandungi mesej2 yang tertentu yang erlu kita
renungi.

Berikut adalah beberapa sebab renugilah hikmah disebalik musibah:

1- Melatih diri agar bersabar
2- Menyucikan hati daripada sifat-sifat tercela
3- Menguatkan iman seorang Mukmin.
4- Agar Manusia lebih dekat dengan Allah.
5- Supaya darjat umat dapat ditingkatkan.
6- Musibah juga ditimpa manusia kerana  manusia memutuskan hubungan dengan Allah. Supaya manusia mengambil pengajaran daripada musibah tersebut.

Allah berfirman yang bermaksud,: " dan sesungguhnya Kami telah menghukum ( firaun dan ) kaumnya dengan ( mendtangkan)  musim kemarau yang
panjang dan kekurangan buah-buahan supaya mereka mengambil pengajaran." ( Surah al-'Araf : 130)

7- Menunjukkan Allah maha Perkasa manakala manusia itu hamba yang sangat lemah.
8- Memabangkitkan orang yang diuji daripada kelalaian dengan nikmat dunia
9- Musibah juga menunjukkan bahawa dunia ini hina dan tiada apa-apa jika dibandingkan dengan akhirat. Dunia hanya jambatan ke syurga atau neraka.

10- Sesungguhnya pilhan Allah adalah pilian yang terbaik  berbbanding pilihan seseorang hamba. Begitu juga musibah, ia adalah pilihan Allah buat hamba-Nya.
Renung-renungkan dan selamat beramal.Wasalam.

3 comments:

Anis izyan Abd Rahman said...

like4x...
terima kasih atas ingatan nie

psst my secret said...

hurm,saia nak ckp 2 benda je,tp hencik kena banyak2 barsabar n bawak2 la mengucap..
1~siyes stylo blog ni der...
2~wah..terbaik nye shoot gmbr,.(saia dengki thap klimaks,)
3~header yg terbaikk dari kilang blog..(dengki lg)
4~brader,lu lase lu macho ke ngn wt entry cmtu????(hehhe,ini auta,memain je)

Anonymous said...

aman:

tajuk khutbah jumaat kat pulai perdana pn lebih kurang camni gak.. berkaitan ujian Allah.. kekayaan, kesenangan dan keamanan yg kita tengah rasa sekarang ni juga merupakan ujian Allah. Sedarkah kita?