Assalamualaikum.. Bertemu kita sekali lagi. Di kesempatan ruangan masa yg tak seberapa ini hanya sedikit info mengenai stress diceritakan. Semoga kita sama-sama bertambah ilmu.
Punca-punca stress bagi kita warga Malaysia adalah seperti berikut:
* Masalah kewangan
* Menunggu lama
* Konflik rumahtangga (kita berada di dalam keluarga tersebut)
* Kena buli
* Rasa rendah diri yang melampau
* Beban kerja
* Penyakit fizikal (mungkin cacat, kudis2 yg kita khuatir org nampak)
* Kesesakan lalulintas
* Tragedi @ trauma
Gejala stress dikenalpasti seperti berikut:
- Rasa gelisah
- Risau keterlaluan
- Gangguan tidur (ramai yg mengalami benda ni..mlm2 pn bizi check facebook lagi =p)
- Kurang tumpuan ketika bekerja
- Cepat marah (emosi tak stabil nih)
Amalan 10B yg dapat mengurangkan stress (kalau pegi bengkel ke kursus stress management, ini jugak tips2 yg diceritakan, cuma huraiannya lebih panjang..):
i. Beribadat (muhasabah diri dan kembalilah ke jalan yg lurus dan mohonlah pertolongan Allah, Insyallah kita akan dibantu)
ii. Bertenang (berfikir seketika sebelum bertindak)
iii. Bernafas dengan dalam (untuk mengurangkan tekanan darah dari meningkat mendadak)
iv. Berkata: "sabarrrrrr" (sabar itu sebahagian dari iman)
v. Bercakap dengan seseorang (pastikan anda tahu batasan anda, kalau suami orang, jgn guna alasan ini nk memadu kasih dengan isteri orang dan sebaliknya bg anda yg bergelar isteri)
vi. Berehat dan mendengar alunan zikir, bacaan kalam-kalam Allah dan mendengar muzik-muzik semulajadi seperti bunyi ungas2 di hutan, bunyi ombak membelah pantai dll)
vii. Bersenam (bersukan bukan sahaja baik utk fizikal malah utk perkembangan mental)
viii. Beriadah (bersiar-siar waktu petang kalau malas nak bersenam..hehe)
ix. Berfikiran positif (sentiasa berprasangka baik)
x. Berurut (ni tak tahu logiknya kat mana.. kang semua owang kena cekup kat rumah2 urut tu guna alasan "saya datang nak hilangkan stress, tak lebih dari tu"...)
sumber diadaptasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia
**merokok dan mengambil dadah bukan satu cara menangani stress bg manusia normal melainkan anda seorang yg paranormal..
Fatwa: "Merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan" Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke 37, 1993
Kalau dulu tak tahu, bleh la merokok.. skrang dah tahu.. nak teruskan jugak ker??
bacaan lanjut boleh didapati di laman ini: http://www.stress.org/topic-effects.htm (American Institute of Stress)
16 comments:
kalau kita stress memang tarik nafas dalam2...lepas tu jangan fikir sangat
stress ni blh dtg bila2 lagi2 kalau ada masalah, untuk student cam kita final exam la paling common..huuu
lagi bertambah umur kita,
lagi bertambah stress kat kapla ni...
oh...how i wish i am a baby so that i wont feel any stress!
tak suka Streesssss....
dulu time kat skolah,femes btol article macam ni.hehe :P
Pengkritik bebas:
jom bersukan atau pegi bersiar2 melihat alam semulajadi.. bleh ilang stress.. tp kalau besiar2 gi shopping complex, jumpa org ramai yg sesak, makin betambah stress rasanya..
bagus,,aku akan try..
yup btol 10B tu mmg klu ikut can release our stress..nyahstress....
one thing i read b4, klu after keja bhenti kat mana2 tempat around 5-10minit utk buang2 kan -ve ion/stress supaya xbw blik smpi rumah..mmmmm
time study, nak hilangkan stress, petang2 duduk tepi tasik, tgk kehijauan pokok2 smbil borak2 dgn kawan.
sekarang, rasa mcm stress, amek kunci kereta, drive tanpa hala tuju destinasi..
tapi, dalam banyak2 cara hilangkan stress, yang betol2 memberi kesan ialah, amek earfon, pasang kat telinga, dengar zikir..InsyaAllah..automatik hati tibe2 rasa tenang dan lapang...=)
fiq slalu stress sbb duit dan bebanan kerja =(
aman:
dulu sy selalu stress, balik keje dah pkol 7, rehat sat solat semua, pkol 930 pegi bersukan sampai 1100. balik rehat semua dah pukul 12.. dah kena tido sebab esok pkol 6 dah nak bangun siap gi keje.. kitaran hidup yg dilalui mcmtu la hari2 kecuali hari sabtu dan ahad sbb sabtu halfday and ahad cuti.. suatu ari, time balik tu tegerak hati nak singgah masjid.. sebab terasa malu bila dengar laungan azan tp buat bodo mcm takda apa2 perasaan pon.. sejahat-jahat syaitan pn ada perasaan takut bila dengar laungan azan.. takut kepada Allah.. hishh.. apa nak jadi ni.. jadi aku pn singgah di sebuah masjid baru di sekitar wangsamaju.. selesai solat magrib, tersandar aku kat dinding belakang.. tak buat pape pn kecuali dok baca ayat2 khat yg menghiasi dinding masjid tu.. terasa sangat tenang.. subhanallah.. duduk rehat2 sampai masuk isya.. selesai isya balik rumah ja, terasa hidup ni lengkap.. selama ni masa aku sentiasa ada aktiviti tp tu pn terasa hidup tak lengkap lagi.. bermula dari saat itu, aku cuba utk singgah dimasjid2 terdekat sekiranya terdengar laungan azan utk berjemaah.. anda patut cuba.. nanti cerita kat sini.. insyallah..
kalo dpt faham lagi tenang sbb syaitan selalu berbisik
kalau aku makan coklat
hehehehe
P/S : Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 39
aku kalau nak rilek2, bawak moto pusing2 sambil tengok2 org.. :D
Pendapat anda?
Kenangan cuti sekolah aku dulu-dulu
salam singgah, info menarik tentang stress.. terima kasih kerana berkongsi
hari2 stress pun tak baik jugak
Post a Comment