Info Jumaat 27 | Darah Nifas

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang di sayangi.

Alhamdulillah segmen info jumaat kali ini bertemu lagi dengan topik yang lain..Kalau minggu lepas, telah dibicarakan dan saya telah kongsikan tentang kelebihan Air Zam-zam dan ramai juga yang memberi respon..Terima kasih kepada yang telah membaca dan memberi respon semoga bermanfaat untuk kita bersama.

Kalau bab2 mencari ilmu dan belajar, kita memang tak perlu..Kalau org malu untuk mencari ilmu, memang agak pelik la..Kita memang tidak seharusnya ada perasaan malu dalam untuk mencari ilmu tambah-tanbahnya ilmu agama..Kalau kita tak pandai membaca al-quran, kita patut tanya org yang pandai..Jangan malu untuk bertanya.. Kita sepatutnya lebih malu kalau kita tak pandai baca al-quran tapi kita tak bertanya dan berlagak seolah2 pandai..Nauzubillah.Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang malu untuk menuntut ilmu.

Ok. Apa itu darah nifas? kalau sebelum ni, mungkin pernah dengar..Tapi tak tahu plak ape itu darah nifas.. ok..darah nifas ialah darah yang keluar selepas melahirkan anak. Dinamakan nifas adalah kerana ia keluar selepas keluarnya satu jiwa ( nafs) dan perempuan yang mengeluarkan darah ini digelar nufasa'.

Pembahagian nifas

Nifas dibahagikan kepada 3 bahagian bedasarkan warnanya:

1- Nifas Rubra ( Lochia Rubra ). Darah nifasyang keluar selama kira-kira 3-5 hari selepas bersalin. Ia bewarna merah kehitaman dan sangat pekat kerana kandungan darahnya masih banyak.

2- Nifas Serosa ( Lochia Serosa ). Darah yang keluar pada tempoh ini bewarna perang atau merah jambu. Ia mengandungi eksudat ( exudate) atau lelehan, enthrocytes iaitu sel darah merah matang, leukosit ( leucocytes) dan mukus serviks. Tempoh ini berlangsung sehingga hari ke sepuluh.

3- Nifas Alba ( Lochia Alba ). Darah nifas bertukar manjadi agak putih atau kuning cair. Ia keluar pada minggu ke tiga atau keenam selepas lehairan, iaitu di penghujung tempoh nifas. Darah yang keluar pada waktu ini mengandungi sedikit sel darah merah, selain campuran bahan-bahan lain seperti leukosit ( leukocytes) , sel-sel epitelium , kolestrol , lemak dan mukus.

Tepoh nifas

Tempoh paling singkat = satu lahzah ( seketika sahaja)
Tempoh biasa = 40 hari
Tempoh paling lama = 60 hari

Perkara-perkara yang haram dilakukan ketika dalam nifas

Para ulama sepakat bahawa darah nifas adalah sama dengan haid. Oleh sebab itu, semua hukum ang berkaitan dengannya adlaah sama.

1- Solat
2- Puasa
3- Tawaf
4- Jimak
5- Membaca Al-quran
6- Duduk dalam MAsjid

Tempoh Nifas bagi wanita yang melahirkan anak kembar.

Tempoh nifasnya dikira daripada kelahiran anak terakhir dan bukannya anak yang pertama. Ini bererti, walapun tempoh anak pertama dan terakhir adalah lama, ia tetap di kira apabila keluanya anak terakhir. Darah yang yang keluar pada kelahiran yang pertama dianggap darah haid sekiranya kebiasaan haidnya begitu. Jika tidak, ia dianggap darah istihadah.

Nifas wanita melahirkan anak secara pembedahan

Bedasarkan tinjauan perubatan, wanita seperti ini juga boleh keluar darah melalui jalan biasa ( faraj) walaupun pembedahan dilakukan di bahagian perut . Oleh sebab itu, fuqaha bersepakat menyatakan sekiranya seoang wanita mendapati darah pada farajnya selepas melakukan pembedahan untuk mengeluarkan anak, ia dianggap sebagai darah nifas. Tetapi jika selepas pembedahan ini, tidak ada darah yang keluar daripada kemaluannya, dia dianggap bersih.

DIadaptasi dan diolah daripada Solusi.

Semoga bermanfaat untuk semua kaum adam dan hawa.

8 comments:

Mr feckry said...

tambah sikit ilmu gua

norliza said...

bertambah lg pengetahuan ku

ch!natsu said...

sangat berguna.. thanks =)

::FAIZ:: said...

sesuai dibaca org yg dah kawen

hans said...

alhamdulillah
bertambah ilmu aku
owh,darah nifas tu macam tu yer
hebatnya wanita

P/S : Bersama Hans Menikmati Aneka Masakan Berasaskan Telur Di Kampung Kuantan

KNS said...

alhmdulillah
bertmbh ilmu pd pagi2 buta ne
tq tq ;D

Laman Teman said...

terima kasih...sebelum ni x penah amik tau pun...

Myra Arshad said...

huhu. tq 4 info :)